Hunting Di Malam Hari

Seperti yang telah dijangka, buku ini habis malam tadi. So, sesuai dengan "Janji Ditepati", mama try la cari buku idaman Adam. Puas la ke sana dan ke sini. Tak ada!


Alamak!!! Macam mana ni? Adam kata, kalau tak de tak apa. Kita cari buku lain. So, inilah hasil pencarian kami semalam. Ikutkan, banyak lagi nak beli. Tapi, kawal nafsu di bulan Ramadhan. Hihihih....


Nampak tak buku di atas? Adam kata ini buku untuk mengaji. Nombor dah kenal, huruf dah kenal. Mengaji bila lagi? Haaaaa.....inilah nak ajar ni. Lewat sikit. Target hari tu, nak start awal Ramadhan. Tapi, tak pe. Malam nanti kita start.

Yang di bawah ni, mama beli untuk buku-buku yang sedang digunakan. Ok kan?


Cuma, yang tak tahannya, Adam request yang saiz 1/5 dari yang ini. Untuk apa? Untuk simpan forks Adam. Hihihi. Tak payah! Kan dah ada bekasnya. Hahaha....

Tanda-Tanda Hamil

Bagaimana untuk mengetahui diri anda hamil atau tidak? Ini adalah tanda-tanda yang sering dialami. Namun, untuk pengesahan segeralah berjumpa dengan doktor anda :)

Missed period
Ini adalah satu tanda yang sangat obvious. Bagi mereka yang tetap kitaran haidnya, kelewatan period seawal 2 hari sudah membolehkan kita untuk cuba menggunakan pregnancy test kit bagi mengenalpasti sama ada diri hamil atau tidak.

Kerap membuang air kecil
Janin yang sudah terbentuk akan menekan pundi kencing. Ini akan mengakibatkan ibu hamil kerap merasa keinginan untuk buang air kecil.

Kerap berasa lapar

Kencing Kotor
Kebiasaannya, ibu hamil mudah diserang kencing kotor. 

Morning sickness
Sesetengah orang mengalami morning sickness seawal beberapa hari selepas janin terbentuk. Ada juga yang mengalaminya setelah 5 minggu pada trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan. Segelintir wanita yang bertuah tidak mengalaminya - untungnya!

Suhu badan yang tinggi daripada biasa

Suhu badan akan meningkat lebih tinggi dari suhu asas yang biasa semasa ovulasi. Suhu ini akan berterusan beberapa ketika.

Perubahan warna aurora
Ketidakseimbangan hormon ketika mengandung akan menyebabkan aurora bertukar warna menjadi kehitaman. 

Payu dara sakit dan menegang
Perubahan hormon yang dialami akan menyebabkan payu dara menegang ( seperti didatangi haid ). Namun, sakit ini akan berkurangan setelah badan menjadi imun terhadap perubahan hormon yang dialaminya.

Keletihan
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan akan menyebabkan bakal ibu sering  merasa letih. Ia kerap terjadi di awal kehamilan.

Ibu mengandung nak cuba tak produk Shaklee? Macam-macam ada tau. Dari sebelum mengandung, hinggalah ke selepas berpantang. Seisi keluarga tau boleh pakai produk Shaklee ni. Boleh contact seperti di bawah ye =) 



Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Operasi Lazim Penambahan


Penat dah melukis bulatan untuk mengira. Kalau nombor-nombor yang kecil, tak apalah. Kalau nombor-nombor yang besar? Lenguh tangan. Habis masa nak membulat aje.


So, mama start ajar Adam guna jari untuk menambah. Masih operasi penambahan 1 - 10, jadi tiadalah adengan mengira jari kaki. Hihihi... harap-harap tak perlu lah sampai mengira jari kaki. Kalau dapat pergi beli ice cream stick lagi baik. Sebenarnya, tak sure lah cara mana sepatutnya mama guna untuk kukuhkan pemahaman Adam, tapi rasanya untuk pre-beginner seperti kami, cara ini nampaknya agak berkesan.

Jika operasi penambahan satu nombor adalah lima ke bawah di tambah dengan nombor yang juga lima ke bawah, maka tiadalah masalah. Ayat berbelit. Maksudnya jika (x<= 5)+(x<= 5) tiadalah masalah. Adam boleh menggunakan sepenuhnya jari-jemari.


Namun, jika nombornya adalah melebihi sebelah tangan, Adam nampaknya masih keliru. Terpaksa import tangan cikgu untuk dikira. Nak buat macam mana,  susah sikit. Hihihi. Ada masa lagi untuk mahirkan diri. Belum sempat lagi nak try nombor 11 - 20. 

Adam masih belum belum melupakan buku ini. Ada request rupanya. " Mama, kalau Adam study banyak, nanti buku ni dah habis, mama beli buku yang space tu ye? ". Ok. No problem. As long as Adam suka :)


Owh ye, juga dah pandai melakukan trick. Trick? Short cut la kot. Selalunya, Adam akan kira / buat setiap soalan. Tapi tadi, mama tengok soalan last ADam tak buat. Bukan untuk pengiraan la kan. Untuk aktiviti matching macam ini. Soalan last Adam match kan dengan jawapan yang masih belum di match kan. Owhh... Siap bangga lagi. 

" Yang last senang aje, Adam tak count pun ". 

Ishhh... kalau dalam exam bahaya ni. Mana la tau ada careless soalan yang atas-atas tu. At least kalau kira semua, boleh double check jawapan. Bijak!

Tulisan Cantik


Yeay! Ada buku baru. Buku macam zaman sekolah dulu-dulu. Adam kan dah besar, so, nak try la ajar Adam menulis ikut garisan. Tulis cantik-cantik, nanti senang cikgu nak baca. Hihihi...


Buku ni ada dua saiz. Tebal dan nipis. Mama ambil yang medium dan nipis. Tebal-tebal nanti bosan. Kan seronok kalau dapat selalu tukar buku? Tapi, nipis pun 80 muka surat. Haiiii... boleh habis ke? 


Lama la juga kami berkelana di MPH semalam. Tapi, tak tahu kenapa, semalam tak banyak exercise book untuk budak-budak besar Adam. Hajat hati nak cari buku latihan math & science. Science tu, of course la buku space yang menjadi idaman Adam. Tapi, tak ada. Tak ada buku pun. Selalunya, banyak aje. So, kita akan hunting di Popular pulak. Harap-harap ada stock ye Adam. Sebab, buku math yang ini tinggal dua page je lagi nak habis. 

Tulisan free writing.



Bermain Belon - Science Project

Ini science project yang mudah + murah + senang. Bahan-bahannya adalah : cuka, baking powder, belon dan bekas plastik. Hihihi... buat projek dalam bilik air. 




Masukkan cuka, campurkan dengan baking powder. Lepas tu, pasangkan belon. 


Tengok, belon mula mengembung.



Tunggu punya tunggu, belon ni tak besar-besar pun. Adam sebenarnya expecting belon tu untuk membesar dan terbang! Hihiihi.


Akhirnya, inilah permainan belon yang sesuai dengan umur Adam.



Owh ya, campuran cuka + baking powder tidak menghasilkan gas merbahaya. Cuma karbon dioksida sahaja. Hiihihi... macam nak buat kek aje. Cuka + baking powder. Teringat pada kek yang bantat

Full List Of Dolch Sight Word

Dalam blog mama ni, banyak penekanan kepada phonics. Tapi, sebenarnya tidak semua perkataan boleh dibunyikan. Ada juga perkataan yang susah atau jika dibunyikan tidak sama dengan bunyi sebenar. 

Jadi, untuk membantu anak-anak belajar membaca dengan cepat, perkataan yang tidak boleh dibunyikan hendaklah dipelajari dengan cara menghafal. 

Jadi, jika mengikut list ini, terdapat 220 perkataan yang sering digunakan di dalam ayat. Seperti di bawah :

Pre-primer
Primer
Grade One
Grade Two
Grade Three

a
and
away
big
blue
can
come
down
find
for
funny
go
help
here
I
in
is
it
jump
little
look
make
me
my
not
one
play
red
run
said
see
the
three
to
two
up
we
where
yellow
you



all
am
are
at
ate
be
black
brown
but
came
did
do
eat
four
get
good
have
he
into
like
must
new
no
now
on
our
out
please
pretty
ran
ride
saw
say
she
so
soon
that
there
they
this
too


under
want
was
well
went
what
white
who
will
with
yes

after
again
an
any
ask
as
by
could
every
fly
from
give
going
had
has
her
him
his
how
just
know
let
live
may
of
old
once
open
over
put
round
some
stop
take
thank
them
then
think
walk
were
when


always
around
because
been
before
best
both
buy
call
cold
does
don’t
fast
first
five
found
gave
goes
green
its
made
many
off
or
pull
read
right
sing
sit
sleep
tell
their
these
those
upon
us
use
very
wash
which

why
wish
work
would
write
your


about
better
bring
carry
clean
cut
done
draw
drink
eight
fall
far
full
got
grow
hold
hot
hurt
if
keep
kind
laugh
light
long
much
myself
never
only
own
pick
seven
shall*
show
six
small
start
ten
today
together
try
warm
Shall sudah jarang digunakan

Yang colour biru tu, untuk panduan mama sahaja :)

Sharing Article - Set the Stage for Early Literacy

Article ni mama ambil dari sini. Untuk mama juga :)

Most parents expect their children to learn to read when they enter kindergarten at five or six years old. However, some parents and scientists are finding out that the ideal time to teach a child to read may in fact be much sooner.

Dr. Maria Montessori, scientist and founder of the widely known Montessori Method, refers to a child’s brain during the ages of zero to six as “the absorbent mind.” It is during this time that children experience 90 percent of their lifetime brain development. As a result, they effortlessly soak up new information due to a high degree of neuroplasticity, which refers to the brain’s ability to change and form new connections. Young children are simply able to learn faster and more efficiently than adults.

Children learn to speak their native language without specifically being taught because they are in this absorbent state. By exposing children to written language in the same way that they are exposed to verbal language during this period, they can learn to read at the same time they are learning to talk.

Children who are early readers advance rapidly in school, can better comprehend the world around them at an earlier age, and typically score higher on IQ tests. Early childhood reading techniques stimulate brain development and can be especially beneficial for special needs children. According to Professor Sue Buckley OBE, chief scientist at Down Syndrome Education International, teaching reading skills as part of an early intervention program “can transform outcomes for young people with Down syndrome, enabling them to lead more independent and fulfilling lives.”

As a parent, you can help your child during formative years by creating a language-rich home environment. One popular way to introduce words and letters is by using flashcards with extra-large font. Initially, choose words and pictures of your child’s favorite people and things. The flashcards should always be presented as cheerfully as possible. Play is the work of a child, and they learn best while having fun.

Busy parents with no time to prepare homemade flashcards may opt to use computer software or DVD flashcard programs specifically designed to teach young children to read. If you allow your child to watch television, consider replacing their current programs with educational DVDs that provide a substantial amount of written language on-screen. This simple change can make a dramatic impact in your child’s reading development. Cartoons that teach the alphabet, letter sounds, and word blending are an excellent option.

Some additional ideas include:
• Provide your child with multi-sensory alphabet toys, such as texturized foam letters during bath time or ABC fridge magnets that sing letter sounds.
• Look for books with very large font placed preferably on the opposite page of the illustration. Children also adore “touch and feel” books that offer tactile exploration.
• Create custom books printed on cardstock using very large text and personal photographs. Laminate the pages or slip them into protective plastic sleeves for durability. A book about your child’s “Favorite Things” is sure to captivate!
• Label your home with printed stickers identifying the names of common household items and furniture. Point them out to your child throughout the day.
• Run your finger smoothly under the words as you read aloud to your child during story time. This helps children begin to identify words and ingrains that reading patterns are always left to right.
• Create fun routines for presenting lessons, such as showing flashcards in their highchair during snack time or singing the ABC’s at every diaper change. Routines give children comfort in knowing what to expect, and they help busy parents consistently fit lessons into their day.

Using these simple techniques helped me provide a reading-ready environment for my own daughter, Lily, who began to demonstrate an interest in letters and words at 14 months old. Through the use of carefully selected language-based DVDs and flashcards, Lily began sounding out basic words phonetically by 19 months old. Some may consider it an accomplishment, but to Lily and other young children like her, learning is just a game.

Encourage your child to blossom, but follow her lead and observe the need for balance in her life. Brief lessons incorporated into your child’s day should always be paired with far more hands-on exploration and playtime with Mom or Dad. Use learning time as a way to strengthen parent-child bonds, and soon, you too can watch your little one joyously unwrap the gift of early literacy.

Tip Bekalkan Tenaga Anak Kala Berpuasa

Copy & paste sepenuhnya dari sini.

Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.
Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Makanan Seimbang
Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.
Makanan Berserat
Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.
Protein Dan Kalsium
Kepentingan protein dan kalsium, jangan sesekali diabaikan biarpun ketika berpuasa. Dalam memastikan anak anda berterusan mendapat bekalan protein dan kalsium secukupnya ketika berpuasa, galakkan dia untuk makan hidangan yang mengandungi sama ada daging, ikan, ayam, kekacang, susu ataupun produk tenusu ketika bersahur ataupun berbuka puasa.
Karbohidrat
Anda amat disarankan untuk memastikan anak mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi mahu pun roti secukupnya agar ia dapat membekalkan tenaga mencukupi semasa berpuasa.
Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.
Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.
Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.
Jangan Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.
Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.

More Video On Blending Phonics

Untuk reading session, senang pulak rasanya dengan bantuan short movies yang comel-comel ni. Pendek dan menarik. Senang sangat nak ikut. Rasa macam tengok sikit je dah boleh baca. Hihihihi... 

Alhamdulillah la. Movie macam ni memang sangat seronok untuk di lihat. Lebih senang berbanding nak duduk membaca buku. Almaklum lah budak. Duduk sekejap dan cepat bosan. Tapi, rasanya lepas ni kami akan mula membaca balik. Dah berhabuk dah buku tu. Harap-harap boleh lah sambung sebelum hujung tahun. 









Amalan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Copy and paste dari sini.


Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.

1. Didikan Di Alam Rahim

Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Antaranya :

Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


Mini 3D Puzzle


Alhamdulillah. Reward dari papa untuk Adam. Mini 3D puzzle. Mama suka bila ada reward yang macam ini, dari beli permainan yang sebenarnya sudah banyak di dalam kotak-kotak Adam. Puzzle ni 31 pieces. Entah di beli di mana, tapi menarik la.


Walaupun bukan Adam yang buat, aktiviti sebegini adalah satu aktiviti family yang baik. Adam yang excited memang akan banyak bertanya itu dan ini. So, macam satu bonding yang sangat sweet terjalin antara Adam dan papa. 



Sebenarnya, Adam memang menggelupur nak buat sendiri. Tapi, Adam hanya dibenarkan untuk menjadi assistant sahaja. Tolong itu dan ini. Sebab? Kecil lagi la kot. Tak pe Adam, next time mama cari yang lain. Adam try la buat sendiri jika boleh. Kalau tak boleh... mama la yang buat. Hihihi.

Berlatih Berpuasa

Alhamdulillah, Adam bangun sahur dan berpuasa setiap hari. Setakat ini, mama benarkan ADam puasa separuh hari sahaja. Semuanya kerana ini. Ye, masa itu Adam tak sahur pun. So, masuk angin la kot. Mama siap pesan kepada teacher di nursery untuk paksa Adam lunch.

Sampai menangis-nangis lah Adam tak nak makan. " Adam nak puasa! ". " Mama kata Adam kena makan. Nanti Adam muntah ".

Kesian juga lah kan kalau sampai menangis-nangis sebab dipaksa makan. Mama janji dengan Adam, weekend ni, kita try puasa penuh. Dengan syarat, sahur kena makan lebih sikit. Kalau mampu la... Kalau tak, tak pe la... Baru je 11 hari lepas menyambut harijadi ke 4. Tahun ni dah praktis, tahun depan Adam cuba puasa penuh ye.

School Adam menempatkan 50 orang kanak-kanak. Teacher kata ada 7 orang budak yang ingin berpuasa, tak mahu makan. So, Adam termasuk di dalam kumpulan minoriti itu.

Selalu ada conversation di antara Adam dengan mama berkenaan puasa ni. Sejak Jun yang lalu, mama saja rajin bercerita tentang bulan Ramadhan. Apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan. Apa yang baik dan tidak baik. Sedikit sahaja la. Cuma, kita replay movie upin dan ipin berkenaan puasa. Memang suka lah ada movie macam ni. Senang nak explain pada anak.

Tujuan mama sebenarnya, hanya untuk create awareness sahaja tentang bulan puasa ni. Sebab, plan asal ialah tahun depan Adam kena belajar berpuasa. Rupa-rupanya, Adam ter advance sikit dari plan mama.

Alhamdulillah. Semoga Adam membesar menjadi orang yang berguna pada agama dan bangsa. 

Menggunting Free Style

Rasanya dah agak lama tiada aktiviti SENI macam ini. Sudah lama tidak bermain watercolour, atau playdough ataupun sand art. Lama sangat. 

Ini aktiviti Adam selepas bangun sahur. Puasa hari ke  empat, mama kejut Adam bangun sahur. Semuanya kerana insiden ini. Berselera Adam makan. Mama sediakan udang seperti yang dijanjikan.

Dan... seperti yang telah dijangka, Adam terus tidak tidur. Lepas satu, satu aktiviti dibuatnya.