Dinasour Egg In The House

Agak lama tiada aktiviti seni begini dengan Adam. Sesekali buat seronok. Mama seronok sebab Adam tekun buat hingga siap. Adam lagi seronok sebab dapat main air. Bahan-bahannya belon, kertas surat khabar dan sedikit air. Mudah, murah dan sangat menyeronokkan. 


Mula-mula, mama perlu demo kan bagaimana nak membuat dinasour egg ni. Kemudian, tinggalkan sahaja. Biar Adam menyiapkannya dengan perasaan gembira. Seronok. 


Agak tebal juga kertas surat khabat yang Adam tampal. 


Dinasour egg ni, kami biarkan semalaman untuk kering. Kering sahaja, seterusnya adalah proses mewarna. Kalau ada tempera paste, elok la. Jika tidak, memadai dengan water colour sahaja.


Esoknya, balik dari school, Adam terus menerkam ke arah dinasour egg kami. Tak sabar nak lihat sama ada egg tu dah kering atau belum. Tak sabar nak mengaler.

Tapi, malangnya... mama lupa nk sapu gam. So, cebisan kertas pada our dinasour egg jatuh satu persatu. Frust.

Mama sapukan satu lapisan gam dan tampal mana yang mampu. Kena tunggu sehari lagi sebelum lapisan gam itu kering dan Adam dapat mewarna.

Hari ketiga. Yesss.... Dinasour egg telah kering dan sedia untuk dicat. So, mama prepared barang-barang. 


So, Adam mulakan aktiviti mewarna.



Tekun sangat. Sampai muncung-muncung mulut :)


Zoom sikit...


Akhirnya, siap! Tapi, mama yang siapkan. Moral of the story, lain kali, bagi Adam colour guna span. Cepat sikit siap. Tak sempat bosan.


Niat Puasa Ramadhan

Masih edisi Upin dan Ipin. Mudah dan menarik :)

DIY Lacing Card

Sebelum ini, untuk lacing activity, mama beli tools : satu menggunakan plastik, satu lagi menggunakan felt. Sedangkan, boleh aje kalau mama nak DIY. Tools semua ada di rumah. Cuma, kadang kala, kena juga beli untuk mempelbagaikan aktiviti anak. Beli - senang dan cantik.




Mama print online sahaja. Mama congak-congak, banyak nak buat ni. Hihihi... biasalah, excited!


Tapi rupanya, sakit tangan nak tekan single hole punch ni. Sungguh, tak tipu. Sampai merah tangan. Owh... kalau punch kertas senang je. Ini kertas berlaminate. Jenuh juga.


Siap la turtle ni. Untuk hare ni, tunggu la....


Stok foam masih banyak. Mungkin mama boleh buat guna foam sahaja. Tak perlu menyakitkan tangan :)

Tips Mengajar Anak Pra Berpuasa

Bulan puasa akan menjelma lagi beberapa minggu lagi. Adam berpuasa? Owh... mungkin tidak. Belum lagi. Solat pun belum pandai. Cuma, dalam bulan Ramadhan yang akan menjelma ni, mama boleh suntik sedikit berkenaan bulan Ramadhan dan kelebihannya. Owh... jika ada sesiapa tahu buku yang simple untuk kanak-kanak, let me know. Nak cari...

Semua orang tahu susah untuk mengajar anak berpuasa. Walaupun amalan puasa tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka perlu diberi pendedahan supaya tidak kekok apabila wajib berpuasa kelak. 

Adam tidak perlu berpuasa. Baru 4 tahun, tapi Adam boleh belajar apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpuasa.   Boleh diterangkan tentang sahur, terawih dan berbuka. 

Sebagai permulaan, selain dari bercerita mengenai Ramadhan dan puasa kepada Adam, sesekali, mungkin boleh kejutkan Adam untuk bangun sahur - hanya pada weekends. Boleh juga mulakan Iqra' pada bulan yang mulia ini. 

Owh, teringat yang Upin dan Ipin kan ada series pasal puasa dan raya! Yeahhh.... boleh dijadikan contoh yang baik untuk Adam.


Kasut Dan Sandal Kanak-Kanak

Adam tiada selipar. Kemana-mana berkasut. Paling tidak bersandal. Sandal yang ada strap di belakang. So, bila disuruh sauk sahaja sandal tanpa di strap kan di belakangnya ( hihihi... berbelit ayat ni ), Adam tak akan jalan. Sebab, susah. Tak biasa.

Tak mahulah anak tak pandai pakai selipar. So, last weekend, beli lah satu selipar ni. Mula-mula pakai, Adam jalan macam budak baru pandai jalan. Moon walk! Dia kepit selipar dengan jari rasanya. 


Setelah beberapa kali dipakai, akhirnya PANDAI. Belum la expert sangat. Masih nampak dia berhati-hati untuk berjalan, tapi syukur la. Akhirnya, Adam pandai pakai selipar! Walaupun ada la 2-3 kali terjatuh :)





Senarai Semak Kualiti Penjagaan Taska / Tadika

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting. Mama berpendapat, pendidikan awal kanak-kanak ibarat pelincir atau minyak untuk kanak-kanak memulakan pendidikan formal. Pendapat peribadi ye...

Mahal atau murahnya pendidikan praformal di taska / tadika tidak menjamin kualiti pendidikan yang anak kita terima. Ada taska / tadika yang mahal, dan ada yang murah, namun kualiti pendidikan yang diterima tidak sama nilai dengan wang yang dibelanjakan. Oleh itu, kualiti pendidikan yang diterima oleh anak tidak boleh dibandingkan smenggunakan wang ringgit. Ada juga anak yang tidak pernah dihantar ke mana-mana taska / tadika, namun diberi pendidikan praformal yang sangat berkualiti oleh ibubapanya.

Disebalik apa yang telah dinyatakan di sini, terdapat juga kriteria lain yang perlu ibubapa ambil berat. Kriteria ini, lebih kepada nilai peribadi penjaga atau guru tadika itu sendiri.

Guru yang sentiasa positif
Anak yang baru pertama kali dihantar ke tempat baru mungkin berubah sikap : menangis atau hanya diam membisu. Guru perlu bersikap positif untuk membantu mengatasi sikap kanak-kanak yang masih belum biasa dengan persekitaran baru. Sokongan guru yang sentiasa tersenyum akan dapat membantu menggembirakan mereka.

Physical contact yang positif
Jika anak menangis, perhatikan tingkah laku guru. Adakah guru hanya membiarkan sahaja sehingga tangisan itu reda sendiri? Atau guru akan cuba menenteramkan anak itu dengan memeluknya etc?

Mesra

Rajin bertanya dan menjawab soalan
Sesetengah kanak-kanak sangat pendiam. Ada juga yang terlalu peramah. Jika kanak-kanak itu terlalu pendiam, guru sepatutnya cuba untuk rajin bertanyakan soalan. Untuk anak itu bercerita, mungkin mustahil. Namun, jika kena caranya, soalan yang ditanya akan dijawab dengan gembira. Kanak-kanak yang terlalu banyak soalan juga perlu di handle dengan baik. Kanak-kanak yang tidak dijawab soalannya mungkin akan kecewa dan menjejaskan daya ingin tahunya.

Komunikasi yang berkualiti
Pujian! Mungkin nampak mudah. Sekadar berkata " Bagus ", " Cantik ", " Pandai ". Anak kecil akan merasa diri mereka dihargai.

Aktiviti membaca
Membaca jambatan ilmu. Semasa sesi membaca di tadika, adaka semua kanak-kanak mendapat peluang yang sama untuk berinteraksi dengan buku?

Tingkah laku kompleks
Guru mesti rajin melayan kanak-kanak. Guru seharusnya mampu bermain, tersenyum dan ketawa bersama anak didik. Melalui komunikasi seharian, guru mestilah memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak. Ajar kanak-kanak untuk berkongsi permainan dll.

Elakkan interaksi negatif
Jangan melabel anak-anak sebagai " Tidak pandai ", " Malas ". Guru perlu kreatif di dalam mendidik anak. Label negatif adalah taboo.

Untuk mendapatkan maklumat di atas, sukar dilakukan dengan bertanya. Ibubapa terpaksa mengambil sedikit inisiatif untuk meluangkan sedikit masa memerhati anak mereka. Lakukan sebanyak 2 - 3 kali pada masa yang berbeza. Biasanya, ini dilakukan pada awal kemasukkan anak.

Beri alasan yang logik kepada pengusaha taska / tadika. Katakan bahawa kita hanya ingin memantau anak. Kebiasaannya, mereka akan membenarkan. Setelah data dapat dikumpul, terpulanglah pada penilaian sendiri sama ada taska / tadika itu adalah yang terbaik untuk anak kita atau tidak. Hendak mencari taska / tadika yang perfect memang mustahil. Ibubapa perlu menilai sendiri ciri yang mana boleh dikompromi dan yang mana tidak boleh kompromi. 

Pengalaman Melihat Kucing Parsi Beranak

Kami ke rumah wan tadi. Sempat la melihat si Puteri beranak. Puteri ni, kucing kegemaran Adam masa dia kecil. Dah besar ni, takut la nak main. Dulu siap timang-timang lagi. Adam suka main kittens.

Yang membidankan  Puteri  ni adalah uncle din. Dia memang pro la bab kucing-kucing ni.

Sedang meneran anak sulung


Zoom sikit


Akhirnya



Kucing pun tahu sayangkan anak.


Owh... uncle din ada share video Puteri beranak di sini.

Naik Motor Kali Pertama

Pengalaman Adam naik motor kali pertama. Setiap kali balik ke kampung, cousins semua beratur untuk di bawa round keliling kampung naik motor. Adam, tidak termasuk. Alasan? Takut.

Hari ni, uncle berjaya mengumpan Adam naik motor. Adam dah tak takut dah. Siap minta naik lagi selang beberapa minit kemudian - best. Berangin :)



Rewards Stamp Untuk Adam

Semua orang menyukai rewards. Even mama, jika diberi rewards akan rasa berbunga-bunga hati. Sama juga keadaannya dengan Adam. 

Sebenarnya, di awal tahun, mama bercadang untuk memberikan rewards di atas kerajinan Adam dengan menampal sticker seperti bintang, good job etc. Kononnya nak customize. Sebab tak jumpa sticker yang sesuai. Kenapa nak memberikan rewards kepada Adam? Sebab, Adam sangat eager untuk mendapatkan rewards walaupun hanya ini yang mama beri pada mulanya.


Kalau Adam rasa dia berjaya buat sesuat dengan baik, dia akan tanya " Boleh dapat star ke ni? Mana star? ". Bermodalkan pensil, mama rasa telah berjaya memotivasikan Adam.

Disebabkan susah mendapat sticker idaman, akhirnya, mama cari stamp pula. Yang macam di zaman kanak-kanak dulu. Dulu, banyak je rasanya. Bila dicari, tak jumpa pula. Akhirnya, mama jumpa ini.


Gunanya, macam ini. Hasilnya? Bersemangat Adam nak study. Tak payah suruh pun. Cuma perlu tunjukkan apa rewards yang Adam akan dapat jika dia study. Hihihihi. Suke!


Program Cahayaku

Mama sedang dalam proses survey tadika untuk Adam. Adalah beberapa tadika yang menarik perhatian, namun, mama shortlisted beberapa sahaja. Priority kepada yang dekat sangat dengan ofis. Pintu depan ye kawan-kawan. Pintu belakang mama reject kerana bukan di dalam laluan mama.

Walaupun begitu, faktor berdekatan dengan pintu hadapan ofis bukanlah kriteria utama. Kriteria utama mama adalah, tadika yang menyediakan day care seharian. Susah juga jika terpaksa transit anak ke sana sini. 

Setelah banyak juga survey di lakukan secara online, mama dapati banyak tadika yang menggunakan kaedah seperti phonic dan cahayaku. Buku pula, kebanyakan menggunakan Iqra' dan Bacalah Anakku. Pendekatan phonic, insya Allah mama telah biasa. Cuma kaedah cahayaku yang masih asing pada mama.

Jika asing, boleh dipelajari. Cuma mama risau pada peringatan penting yang mama jumpa di website cahayaku. Antaranya :

Jangan ajar nama abjad kepada anak-anak
Jangan cuba bunyikan abjad mengikut kaedah fonetik.

Kenapa agaknya? Adam telah kenal abjad - nama dan bunyinya. Jika mama pilih tadika yang menggunakan kaedah cahayaku, adakah menyukarkan Adam untuk belajar membaca kerana telah melanggar dua peringatan penting itu? Owh... kena check ni. Pening juga mencari tadika.

Nursery Math For Toddler


Alhamdulillah, buku pertama telah berjaya Adam habiskan. Sebenarnya, inilah kali pertama kami berjaya menghabiskan buku latihan. Kali pertama. Selalunya, Adam buat, lepas bosan tinggalkan.

Macam entry yang lepas, buku ini memang untuk toddler. Sesuai untuk kegunaan di nursery. Maksudnya, entry level sebelum ke level seterusnya. Mungkin agak mudah, kerana buku satu ini hanya memperkenalkan no. 1 - 5. 

Walaupun mudah, di dalam buku ni, aktivitinya dipelbagaikan. Tracing, counting, colouring. Ada juga patterning. Dan, mama dah beli nursery math 2. Hihihihi...


Nampak macam basic, sebab Adam memang telah kenal nombor. Namun di sebaliknya, buku ini mengajar anak untuk mengikut arahan. Arahan basic la juga, yang sesuai untuk kanak-kanak.

Ini adalah persediaan sebelum Adam mula menjejakkan kaki ke tadika. Mama tengah survey tadika mana nak enroll Adam.

Silibus nursery math 2 ni...


Meh kita intai Adam's handwriting. Semuanya, masih aktiviti tracing lagi. Belum beralih kepada free handwriting. Kadang-kala, cantik. Macam ini.


Bila mood malas menjelma, jadi macam ni... 


Mama pun tak pasti kenapa tulisan Adam menjadi hodoh. Cuma yang dapat mama ingat adalah, Adam try menulis dengan secepat yang mungkin. Mungkin juga rushing nak main game. Hihihi. Yang penting, Adam willing untuk buat. Buku, mama letakkan di tempat yang mudah untuk Adam capai. So, Adam boleh access anytime. 

Setakat yang mama observed, tulisan Adam ok. Tidaklah perfect, sesuai dengan umur. Cuma, colouring skill kena improve. Jika diikutkan, Adam selalu mewarna, tapi, menggunakan water colour. Kaler pensil ni, jarang sangat. Lepas ni, kita praktis guna kaler pensil.


Anak Zaman Sekarang

Kisah yang berlaku sebulan yang lalu di taman permainan perumahan rumah kami. Mama dan Adam seperti biasa, sampai ke playground tu dalam pukul 6 lebih. 

Sekumpulan budak, paling besar dalam lingkungan darjah 4 sedang asyik berborak. Berborak dengan seorang pakcik yang mahu anaknya turut bermain bersama kanak-kanak itu. Borak dalam suasana yang penuh santun. Hihihi... 

Mama Adam ni, hairan ke jika budak sebesar itu pandai behave depan orang tua? Langsung tidak! Tapi mama tercengang dengan kepetahan dan keyakinan diri mereka. Pakcik tu, seorang Japanese. Mereka berborak bukanlah dengan bahasa Melayu. Diorang berbahasa Inggeris. Wow!

Kagum. Kagum. Kagum. Budak sekecil itu mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi untuk berbahasa asing. Terasa mereka ini sangat elit. Huh! Sampai sekarang masih kagum. Harap-harap Adam dapat jadi macam tu juga.

Lacing Activity Untuk Fine Motor

Kanak-kanak lelaki menjahit? Mengapa tidak? Cuma, Adam tidaklah menjahit betul-betul. Hanya menjahit puppet felt. Bersemangat betul Adam menyiapkan his tiger puppet.


Syoknya terasa bila anak bersemangat. Biasalah, dapat barang baru anak pasti seronok. 


Datang dengan colour yang menarik, budak seperti Adam akan mudah tertarik.  Disediakan juga jarum, benang dan sticker untuk menghias felt craft ini. 




Cuma in the proses Adam menyiapkan puppet ni, kadang-kadang tersalah masuk lubang juga. Tugas ibubapa la untuk monitor. Jika nak dibiarkan sahaja anak mencuba sendiri, juga digalakkan. Boleh lah anak berdikari. Mama memang duduk di sebelah Adam. Memberi galakan dan pujian supaya anak menyiapkan sewing nya sehingga selesai.




Sebenarnya, untuk lacing activity seperti ini, ibubapa tidak perlu membeli. Cukup dengan bermodalkan kertas, template yang mudah boleh di sini. Hanya perlu print dan laminate untuk tahan lebih lama. Insya Allah mama nak buat. Sia-sia sahaja mesin laminate tu jika tidak digunakan :)


Lain-lain aktiviti yang support fine motor skills boleh refer di sini ( lacing ), sini ( line tracing ), sini ( pin poking activity ), sini ( cutting activity) dan macam-macam lagi bergantung kepada kreativiti ibubapa.


Kanak-kanak cepat bosan. Terpaksa pelbagaikan aktiviti mereka untuk serlahkan potensi diri.


Layan gambar Adam menjahit :)




Inilah hasil akhir yang boleh digunakan untuk sesi story telling atau sekadar berkomunikasi dengan Adam.








Puzzle Baru In The House

Main puzzle? Puzzle yang mudah saja. Saiz puzzle ni sebesar kertas A4. Kebaikan main puzzle, refer sini

Dah lama sebenarnya kami tidak main puzzle. Mungkin jemu. Cuma, baru-baru ni, jumpa puzzle ni di Mr. DIY. Material kayu, dan harga murah! Next visit, rasa nak beli lagi. Berbeza dengan puzzle yang di beli di kedai-kedai buku popular, harga mahal, dalam RM20++. Yang ni baru RM4.50. Hi.. mana tak teruja nak membeli :)

Yang bestnya puzzle ni dari puzzle Adam yang lain adalah : materialnya kayu ( of course la lebih tahan lasak ), siap ada nombor lagi. So, jika Adam blur nak letak puzzle tu di mana, mama suruh kira love tu aje. Settle masalah! Nak harapkan gambar, budak sebesar Adam ni buat sendiri, boleh blur jadinya. Dengan adanya love tu, Adam boleh kira sahaja.


Ini prosesnya. Sebab hanya ada 16 keping sahaja, tak sempat bosan. Bolehlah main 2 - 3 round sebelum bosan.


Akhirnya, siap! Seronok la Adam dapat puji-pujian. Siapa lagi yang memuji jika bukan mama :)




Nanti-nanti, nak main balik la mama punya handmade puzzle ni.

Nutrien Penting Untuk Anak

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang secukupnya. Kadang-kala kita sebagai orang dewasa akan merasa hairan dengan aktiviti seharian kanak-kanak. Asyik bermain 24 jam tanpa letih. Benarkah anak anda tidak letih? 

Pendapat mama, anak sebenarnya letih, namun, mereka cuba sedaya upaya mengatasi rasa letih itu. Rugi jika berhenti sekejap untuk tidur ;) Jadi, nutrisi seimbang penting untuk membantu mengatasi masalah ini. Di antaranya ialah : 

Kalsium 
Kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Nmun, kalsium sebenarnya penting untuk sepanjang hayat. Bagi golongan dewasa, kalsium penting untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Selain susu, produk tenusu seperti yogurt dan cheese adalah kaya kalsium. Sumber lain adalah ikan bilis, brokoli, kekacang dan buah oren. 

Vitamin A 
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, membantu perkembangan tisu dan sel kanak-kanak. Ia juga akan meningkatkan daya imun melawan penyakit. Di antara sumber kalsium adalah telur, carrot dan keledek. Zat besi Fungsi zat besi pada kanak-kanak sama seperti fungsinya pada orang dewasa. Kekurangannya boleh menyebabkan anemia dan mudah letih. Di antara sumber makanan kaya zat besi adalah daging merah, ayam, ikan dan kekacang. 

Vitamin C 
Vitamin C penting untuk meingkatkan keupayaan salur darah , menyembuhkan luka dan melawan jangkitan penyakit. Jika anak mempunyai simptom demam atau selesema, vitamin C boleh dijadikan remedy. Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Maka, sebarang dos berlebihan akan di flush terus melalui kencing atau perpeluhan. Sumber kaya vitamin C adalah oren, buahan sitrus dan strawberri. 

Serat / fiber 
Penyerapan serat yang berguna akan membantu pergerakan usus dan juga mengelakkan penyakit diabetes. Sumber kaya serat adalah buah dan sayuran, bijirin dan oat. 

Agak-agak, jika anak dapat semua zat nutrisi ni, makin ceria dan aktiflah mereka bermain ;)

Penawar Ekzema

Ringkas sahaja kerana banyak juga keyword yang masuk berkenaan ekzema. Setakat ini, mama puas hati dengan produk moogoo. Namun, sesekali, mama shampoo kan juga Adam dengan cetaphill. Kenapa? Kerana, kulit kepala Adam macam berkelumumur sedikit. So, sesekali, mama gunakan juga cetaphill. Namun untuk kulit, memang tip-top setakat ini. Harap testimoni ini membantu ibu-ibu yang pening memikirkan produk yang sesuai untuk anak mereka. Kita kena rajin mencuba kerana kesesuaian sesuatu produk selalunya berbeza di antara individu.

Doa Dhuha

As salam. Semoga mama dapat ajarkan Adam doa Dhuha ini. Ameen.

Tips Sambutan Hari Lahir Pertama Anak

Entry ini adalah tentang sambutan hari lahir yang pertama anak. Bukan anak sulung, tanpa 1st birthday celebration. Kalau anak sulung + 1st birthday celebration, pasti lebih meriah dan mengujakan.

Kenapa keluar entry ini? Sila rujuk gambar di atas. Birthday Adam akan menjelang tiba :)

Ini adalah yang perlu difikirkan :

Bajet
Rasanya, inilah yang terpenting. Dengan menetapkan bajet, maka, dengan mudah boleh ditentukan berapakah tetamu yang akan diundang. Juga dari bajet yang telah ditetapkan, boleh ditentukan tempat dan menu yang sesuai. Jika tetamu ramai, sesuai jika dibuat sambutan di luar. Jika tidak, sambut di rumah sudah memadai.

Tema
Untuk 1st celebration, biasanya parents yang akan menentukan. Kerana anak berusia 1 tahun masih belum pandai meminta itu dan ini. Semuanya bergantung kepada ibubapa.

Keselamatan
Jika bercadang mengadakan parti di luar, pilih tempat yang selamat dan sesuai dengan kanak-kanak. Pastikan juga terdapat kemudahan yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang membesar kerana tetamu yang dijemput mungkin mempunyai anak yang bukan di dalam range umur anak kita.

Kad jemputan
Untuk zaman yang serba canggih ini, jemputan mungkin di buat melalui emel, sms dan macam-macam lagi. Untuk kenangan, bolehlah DIY kad jemputan hari jadi untuk disimpan sebagai kenangan. Boleh di framekan atau dimasukkan ke dalam album.

Untuk kenangan, boleh disediakan guessbook. Hihihi... macam orang kahwin pula. Tapi ini sebenarnya untuk kenangan sahaja.

Jika berkemampuan, apa salahnya menyediakan baju hari jadi.

Waktu yang sesuai bagi sambutan hari jadi adalah di waktu pagi - tengahhari di mana anak-anak sedang aktif dan segar bermain. Jika dibuat pada waktu petang, bimbang mengganggu waktu tidur anak.

Gambar
Ini adalah perkara wajib. Jika berkemampuan, apa salahnya hire photographer atau videographer. Jika tidak, snap sendiri juga sudah memadai.
Adam's first birthday celebration kami sambut di rumah sahaja. Jemputan pun hanya keluarga terdekat. Menunya adalah nasi ayam + kek. Simple sahaja. Namun sangat menggembirakan. Rumah dipenuhi dengan belon. Walaupun Adam tidak faham erti sambutan itu, Adam gembira bermain belon dan of course la ada hadiah :)
Agak sedih juga kerana mama tidak jumpa gambar itu. Dalam banyak-banyak perkara, rasanya gambar memainkan peranan yang terpenting. Itu adalah satu memori yang tak mungkin dapat diganti.

Buku Keluaran Pelangi

Aktiviti belajar membaca dah lama ditinggalkan. Akan disambung kemudian. Buat masa ini, kita belajar basic - line tracing dan skills yang diperlukan sebagai persediaan untuk membaca. Kiranya macam berjalan backwards la. Kenapa? Sebab, mama bermula dari steps pertama yang Adam buat dulu-dulu.

Tak macam rugi ke kalau berundur ke belakang? Hihihi... undur bukan sebarang undur. Kami undur untuk mara ke hadapan. Aktiviti begini mungkin agak mudah, itu yang Adam suka agaknya. Kalau membaca, kena bagi tumpuan. Yang ini, sambil-sambil pun boleh.

Buku ni, untuk budak 3 tahun. Betul-betul basic. Kiranya, boleh anggap sebagai revision dan latihan pengukuhan untuk anak. Ada 12 buah buku sebenarnya, mama baru beli 2. Nak ambil 12 sekaligus, tak berani sebab papa Adam ikut sekali. Hihihi... maklumlah, buku dah berlambak di rumah. Insya Allah, next time mama keluar beli :)


Tak mahal pun, RM4.30 je satu :)


Nama pun nursery book. Sesuailah untuk si kecil yang sedang merangkak ni :)


Tajuk-tajuk pun mudah sahaja.



Alhamdulillah, arahan-arahan mudah Adam boleh ikut. Arahannya, of course la mama bacakan.



Nampaknya skill mewarna Adam masih lemah. Macam budak yang baru pegang warna. Sedangkan, sejak mula pandai memegang telah pun mama bekalkan dengan kaler dan kertas. Lepas ni, kena mewarna dengan pensil kaler lah nampaknya. Lebihkan aktiviti seni supaya lebih berseni. Kenapa tak tukar-tukar kaler, Adam?