Adam telah berumur empat tahun. Empat tahun! Maknanya, sepatutnya mama hantarkan Adam ke tadika pada tahun depan.
Setelah dilanda dilemma pada awal tahun aritu, setelah difikir-fikirkan, terasa tadika itu satu keperluan. Risau juga bila ada member yang mengatakan bahawa di sekolah anaknya ( darjah satu ), ada ujian membaca dan mengira dilakukan untuk pemilihan kelas anak-anak. Wah!!! Sampai ke tahap itu budak-budak zaman sekarang.
Dulu mama ingatkan, tak masuk tadika pun tak apa. Sebab, Adam akan diajar semua yang diperlukan semasa darjah satu. Namun, jika ada ujian pelbagai, rasanya kasihan pula kepada anak. At least, some basic knowledge perlu diterapkan.
Sebenarnya, masuk tahun 2012 ni, mama semakin malas. Tiada sesi read aloud dilakukan bersama Adam. Mengajar membaca pun dilakukan seminggu sekali. Yang banyak, adalah mengaler. Sebab, mengaler tu benda senang. Maaflah anak... mama perlu perbaiki mood mama.
Di dalam dilemma ini, mama survey la juga tadika-tadika yang berdekatan. Memang ada tadika yang mama suka, tapi, ada kekangan seperti kos yang terlalu tinggi, jarak yang agak jauh dari rumah atau pejabat, tiada halaman untuk kanak-kanak bermain, dan tidak mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan. Ada juga center yang mama rasa sangat menarik, namun, sukatan pelajarannya dibuat mengikut tema homeschool. Elokkah begitu?
Sayang juga dengan swimming class Adam jika berpindah....