Children learn thru play. Memang betul. Kerana pekerjaan seorang kanak-kanak adalah bermain. Bermain dan tidur. Itu sahaja sepanjang hari.
Salah satu permainan yang sangat bagus untuk kanak-kanak adalah lego. Kenapa Lego? Dan bukan bermain blok atau bongkah kayu? Semuanya bagus dalam menjana pemikiran kreatif anak. Cuma di entri ini, mama pilih untuk bercerita tentang Lego.
Jika semasa anak kecik, mereka didedahkan dengan permainan blok-blok ringkas, sama juga faedahnya dengan Lego ini. Cuma, mungkin apabila anak-anak sudah besar, bermain Lego lebih menyeronokkan disebabkan bentuk dan warna yang menarik.
Selalunya, tiada silibus atau guideline yang diberikan jika Adam bermain Lego. Legonya, telah dipasang dan Adam hanya bermain. Jarang sekali mama buka dan campur aduk semuanya untuk Adam cuba membinanya semula. Jadi, objektif bermain Lego tidaklah diperolehi dengan optimum.
Cuma bulan lepas, mama ke satu workshop. Kelas untuk kanak-kanak bereksperimen dengan Lego disediakan. Kelas selama 12 jam dengan maksima satu setengah jam sehari disediakan dengan bayaran setengah ribu ringgit.
Memang di luar kemampuan mama. Bukan hendak berkira dengan Adam, cuma, mama rasa mama boleh cuba lakukan di rumah. Walaupun hasilnya tidak sehebat pakar-pakar di bengkel tersebut, namun, mama yakin, jika ajaran pakar kita beri rate sebanyak 100%, ajaran mama boleh lah 30%, jauh lebih baik dari 0%. Jadi, ia akan tetap memanfaatkan Adam -- tapi, jika mama kaya, mungkin mama hantar :)
Untuk memulakan, mungkin tidak dalam masa terdekat. Mungkin bulan hadapan. Itupun, hanya jika tools mama bersedia. Machine laminate masih tersadai di kedai dan colour printer juga tiada. Heee.....
sy beli alisha lego yg jenis biasa tu je.. yang petak 4 tu.. tp sy rs lego ni mg bagus kan..
ReplyDeletelego nie mmg bagus dan diminati..klu tak takde la taman tema lego yg baru dekat Johor tu kan..
ReplyDeletebaru2 nie pun sy ada tgok dekat tv taman tema lego yg overseas punya.mmg canggih gila..
sory komen lari tajuk.haha..
@intan : sama aje yg pat segi tu pun.....
ReplyDelete@pn kutu : teringin nk p jb. Nk g shopping! Cuma poket kurang tebal ;)
bukan stkat budak2..kadang2 kita2 pun suka gak.hahaha
ReplyDeletekito org dewaso nih pun sonok kalo dpt main lego...hehe
ReplyDeletelego mmg bagus utk kanak2.tp utk yg berumur 5 thn ke atas..sebab bawah dari tu..takut nnt akan dimasukkan ke dlm mulut...ehehe..
ReplyDeletechii main ngn lego time umo 8 thn..best sgt2 sebab dpt bina umah...tp based on buku yg diberi la :p