Dolch Sight Word


Apa Dolch sight word ni? Sebenarnya, walaupun mama ajar Adam menggunakan kaedah phonics, namun, masih ada sedikit-sedikit kaedah whole word. Kiranya, combination dengan kedua-dua approach.

Kalau menggunakan kaedah Glenn Doman, memang kaedah whole word yang di promote kan. Dolch sight word pula, adalah satu senarai 220 perkataan yang sering digunakan di dalam buku cerita kanak-kanak.

Perkataan-perkataan ini adalah perkataan yang tidak boleh atau susah untuk dibunyikan. Kiranya, melalui kaedah ini, kanak-kanak akan menghafal beberapa perkataan. Jadi, senarai perkataan ini akan memudahkan kanak-kanak untuk belajar membaca :)

Buku-buku read easy yang mama gunakan ini juga terdapat bahagian-bahagian yang ada perkataan look and say ini. Alhamdulillah, rasanya perkataan-perkataan ini diperkenalkan secara berulang-ulang yang sangat mudah untuk diikuti.

Heee... entah faham atau tidak, cuba google dolch sigh word :) Kalau di dalam gambar di atas, dolch word adalah yang berwarna biru.

Berwuduk


Masa mandi semalam, mama terperasan sesuatu. Owh... Masa Adam mandi, bukan mama ;). Rupa-rupanya, anak mama ambil wuduk! Wahhh! Pandai! Terima kasih. 

Dekat nursery, kanak-kanak diajar doa dan surah-surah ringkas. Menghafallah kiranya. Juga dilatih solat berjemaah. Wahhh! Itu yang Adam pandai menghafal surah dan bacaan solat sikit-sikit tu. bukan effort mama la kalau bersolat dan berwuduk ni. Adam tonggang-terbalik sembahyang, memang la kami ajak. Tapi, mama belum beri penekanan untuk bacaan solat. Hanya surah Al-Fatihah sahaja. 

Namun, bila melihat Adam berwuduk mengikut aturan yang anggap aje la betul ( untuk budak 3 tahun ) semalam, rasa terharu sangat. Mama tanya, " Adam buat apa? ". Jawapnya, " Adam ambil hudud ( wuduk ). Kak Ya ( pengasuh di nursery ) kata, sapa ambil hudud, dia budak bagus ". Wahhhhh!!! Kekaguman di tahap maksima. Bukan tidak percaya, tapi, kagum dan terharu yang amat sangat bila anak dapat melakukan sesuatu tanpa di ajar. Heeee... Bukan mama yang ajar. Cikgu dia yang ajar. Sangat-sangat terharu. Lupa pula nak diberitahu kepada papa Adam.

Mewarna Menggunakan Glitter Glue


Tools baru di rumah - glitter glue. Teringin nak mencuba. Seronok sebab Adam nampak happy mendapat barang baru. Sibuk tertanya-tanya macam mana nak guna. 

So, macam biasa, mama lukis la gambar yang simple ni. Siap dilukis, tugas Adam la untuk mewarnakan lukisan tu.
 

Inilah hasil akhir dengan tompokan glitter glue. Tebal sungguh tompokan yang Adam buat. Macam ni, kena beli yang besar la kot. -- ada ke saiz besar?

Tiba-tiba air mata mengalir sesudah ber artwork. Kenapa? Kerana Adam dah sleepy, tetapi tak nak tidur. So, kami habiskan masa dengan bermain baling-baling bola pula. Anak mama kembali ceria :)
 

Bubur Nasi



Ini menu dinner kami ( Adam dan mama ). Sedap! Lama tak makan bubur nasi. Simple saja, tapi... percayalah, ianya sedap. Balik kerja, terasa malas nak memasak. Menu macam ni, main campak-campak je. Rasanya dalam selera4u tak ada resepi macam ni. Heee... Rebus beras bersama tomato masak ranum, carrot, bawang putih. Masuk stok ayam. Hidang d engan bilis goreng. Heee.... Alhamdulillah, kenyang juga :)

Sumber Kalsium

Usaha untuk menghentikan tabiat menghisap botol susu telah berjaya. Bukanlah kronik sebenarnya, Adam cuma akan meminta botol susu di waktu malam sebelum tidur dan juga di hujung minggu semasa berada di rumah. Mama memang tidak suka jika Adam masih berbotol. Sangat-sangat berharap Adam melupakan botol susunya.

Akhirnya, sejak seminggu ini, Adam tidak lagi menghisap botol susu. Tapi, malangnya, dengan melupakan botol susu, susu pun Adam tak minum! Kerana bagi Adam, susu kena minum menggunakan botol susu.

Sepanjang hidup Adam, rasanya adalah 4 - 5 kali sahaja Adam minum milo bancuh. Selainnya adalah milo kotak yang sangat manis. Kandungan gula agak tinggi juga. Jika diamalkan setiap hari ( 2 kotak sehari Adam minum ), bimbang penyakit lain pula yang menimpa. Sudah lah coklat dan pelbagai makanan manis yang lain memang menjadi santapan setiap hari. 

Jadi, ini solution temporary. Mama beri Adam susu di dalam botol di waktu luar sedar. Ngam-ngam sebelum Adam bangun untuk ke nursery. Dapatlah 4 auns sehari. Botol pun comel aje :)

Mama beri juga calsium tablet kepada Adam. Risau jika berlaku kekurangan kalsium dan lain-lain zat. Adam selalunya makan sedikit sahaja. 

Anak berusia 6 tahun dan ke atas dah boleh bagi ostematrix Shaklee. Nak tau apa itu ostematrix Shaklee? Supplement kalsium yang superb dengan vitamin D, magnesium, mangan, kuprum dan zink. Bukan sekadar kalsium. Info lanjut, klik sini.

Untuk mendapatkannya, contact seperti di bawah.


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Khatam Juga Akhirnya.....




Akhirnya, khatam juga! Seronok! So, bila akhirnya khatam. Dan bonus apabila Adam boleh mengeja apa-apa perkataan tiga huruf yang ditengah-tengahnya adalah "a" dan "o". Senang rasa hati. Dalam buku ni, di ajar bunyi "a" dan "o". Walaupun words di dalam buku ini sedikit sahaja, Alhamdulillah... perkataan-perkataan lain yang sama pattern nya, dapat Adam eja tanpa ragu-ragu. Phew!!! Berbaloi!

Mama dah glance thru buku no 4. Banyak perkataan tiga huruf yang ditengahnya adalah "a". Yang ini, anak mama dah khatam. Diperkenalkan juga huruf "i" di tengah-tengah. Progress yang macam ni, rasa sangat berbaloi la walaupun masa yang diambil adalah lama. 

Rak buku Adam, letaknya bersebelahan bakul mainan. Mama belum meletakkan rules bila kena baca buku, bila kena itu atau ini. Semuanya terpulang pada Adam. Cuma, tiap malam, mama kata " Kalau kita study, kita jadi pandai". Jika nasib baik, Adam ambil buku dan minta diajarkan. Jika tidak, toys la yang akan menjadi pilihannya -- kebiasaannya.


Jadi, untuk cepatkan proses itu, sesekali mama ajak Adam main eja-eja semasa dalam perjalanan balik dari nursery. Di dalam kereta, selain berborak, Adam tidak ada banyak pilihan :)  Cara ini seronok juga. Selain mama bunyikan dan suruh Adam eja, Adam juga akan minta mama ejakan sesuatu. Kalau mama eja salah, dia akan betulkan. Kalau mama eja betul, dapat la pujian " Pandai pun mama eja! ".

--Insya Allah, bulan April ni, boleh start manja-manja dengan buku no. 4 :) Ameen.

Jika Anak Merajuk

Jika Adam merajuk, senang sahaja dipujuk. Syukur. Selalunya, peluk-peluk, bagitau  kenapa sesuatu itu tak boleh, kenapa mama marah etc, insya Allah Adam akan ok.

Namun, jika ada stok, sand art memang akan membantu. Aktiviti mudah, kosnya murah.


Newspaper - Teaching Learning Aided Tools Yang Berkesan

Newspaper boleh dijadikan satu learning aided tool yang sangat berkesan. Ia senang didapati dan juga sangat murah. Jangan la pula dipilih mukasurat yang penuh dengan tulisan kecil umpama cacing kerawit. Sebaliknya, pilih mukasurat yang mempunyai tulisan besar yang berwarna warni. Pasti dapat menarik minat kanak-kanak.

Cara ini jarang mama buat. Namun, apabila dilakukan bersama Adam, mama dapati aktiviti ini mampu menarik minat Adam, walaupun untuk jangka masa yang terlalu singkat.

Buka di mukasurat pilihan, kemudian, boleh dibuat dengan dua cara : kita menyebut perkataan dan minta anak mencari perkataan tersebut atau, anak menyebut perkataan yang kita tunjukkan. Atau boleh juga anak menunjuk ke mana-mana perkataan yang dia ketahui dan kemudian menyebutnya. Mama suka cara yang terakhir. Ada beberapa perkataan mudah yang telah Adam pelajari melalui buku read easy ini dan ini. Jadi, perkataan-perkataan inilah yang mampu Adam cari. Hehe.... Buku read easy no. 3 itu masih lagi diteruskan dengan kadar yang perlahan. Insya Allah boleh dihabiskan pada bulan ini. Tiga bulan diambil untuk menghabiskan buku ini. Sebabnya, buku ini sudah jarang-jarang disentuh oleh Adam. Selain asyik demam, Adam busy dengan ini.

Keburukan Permainan Video



Kanak-kanak di awal usia ketagih bermain permainan video. Itu lah Adam. Asal papa dia balik, dia request untuk main game. Huuuu....

Bermain permainan video di awal usia, memang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak. Lalai jadinya. Jika dulu, mama boleh gunakan banyak masa untuk mencuri 5 minit dari Adam, sekarang agak sukar. Kerana Adam sukar untuk diganggu ketika asyik bermain. Haaaa... kalau pasal game ni, dia agak kurang makan saman. Dulu pernah mama katakan, jika main game banyak sangat, otak kita akan musnah. Dia betulkan ayat mama, " Bukan otak... tapi game yang akan cepat rosak ". Ops untuk menggunakan pendekatan psikologi telah gagal di sini.

Mama lebih sukakan Adam yang sibuk bermain fight-fight dengan papa. At least, dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga, keluarkan peluh. Jika bermain video game, Adam main sorang-sorang sahaja. Juga tak bagus untuk mata.

Sesiapa yang ada cara untuk menghilangkan ketagihan Adam ni, bantulah mama. Cukup tak suka bila anak asyik bermain video game!

Pin Poking Activity


Mama cuba-cuba untuk bagi Adam buat pin poking activity ni. Dulu dah try sekali, rasanya, ok. Adam belajar untuk fokus. Cuma kali ini, agak kurang berjaya. Mungkinkah faktor gambar di atas? Comel aje mama rasa si Doraemon ni. Mungkin agak-agak gurlie sikit kot, so next time, stick to si penyelamat dunia!

p/s : Puas memujuk Adam untuk buat nih. Hehehe :)

Ditawan Ultraman

Ultraman menyerang! Kali ini bukanlah untuk menawan mana-mana pihak, cuma ultraman itu kaku sekaku-kakunya. Ultraman ini dijumpai di Jalan Kampung Sultan, Kota Bharu. Enjoy picas. 




My Adam

Projek Mewarna Bersama Adam

Mewarna dan melukis adalah aktiviti popular di rumah kami. Aktiviti ini senang. Walaupun tidak lama, aktiviti ini akan dapat menarik minat Adam untuk fokus. So, lepas la mama untuk bebas memasak etc di rumah. Walaupun mungkin hanya 15 - 30 minit, ia adalah 15 - 30 minit yang sangat berharga. Rasanya, ibu-ibu di luar sana yang bersendirian mengasuh anak akan memahami ( heee... sorry papa, bukan entry mengadu. Tapi ini hakikat bagi mama yang perlu menunggu ke purata jam 9.30 malam untuk papa pulang setiap hari ) -- mencari rezeki buat mama dan Adam :)

Walaupun tidak seberapa, mama rasa cantik sangat. Nampak la progress Adam. Dari mewarna habis semua jadi satu kaler sampai hilang gambar seperti iniberubah lagi ke warna yang ditinggal-tinggalkan seperti iniberubah kepada mewarna ke satu part sahaja seperti ini, dan yang di bawah ini adalah yang terbaru. My boy pieces of artwork!





Gambarnya, of course la mama yang lukis. Tanya Adam lukisan apa yang diperlukan, sediakan water colour, brush dan bekas air, dan.... tinggalkan Adam sebentar. Adam akan fokus hingga siap sebelum kembali mencari mama :)

Aktiviti yang mungkin nampak tidak seberapa ini, sebenarnya mempunyai nilai juga. Untuk menggunakan berus lukisan, sebenarnya Adam perlu juga berfikir. Berus mana yang ingin digunakan. Silap pilih berus, lukisan tak cantik! Rasanya Adam belum lagi berfikir ke arah itu. Tak kisah lah :)

Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak bebas berimaginasi. Lukisannya mama dah lukis, so, imaginasi terbatas kepada pemilihan warna. 

Bila Adam Balik Kampung




Perjalanan jauh balik kampung. Tiada angin, kami pulang juga demi memenuhi permintaan anak yang tersayang. Jika tidak, rasanya, cuti sekolah bulan Jun nantilah baru nampak kelibat kami di kampung halaman.

Perjalanan jauh memakan masa sembilan jam. Mujur juga Adam masih solo. Walaupun jauh, tidak sesukar mana. Adam tidur sorang-sorang di seat belakang.

Tiba masanya, kami berhenti untuk makan. Lihat riak muka Adam yang gembira. Di kampung, ramai cousin yang menanti untuk bermain bersama-sama

Fanomena Air Pasang



Kali pertama sejak Adam besar, ke pantai sewaktu raya puasa tahun lalu. Kini, kami jenguk lagi ke pantai yang sama dengan tujuan untuk membawa Adam mandi pantai. Rupa-rupanya, air laut sedang pasang. 

Pasir tempat kami bermain layang-layang pada tahun lalu dilimpahi air. Lalu terbantut lah hajat Adam untuk mandi laut. Bagi melepaskan hajat, Adam dibenarkan sentuh-sentuh air laut itu.... Mama bagitau Adam, air laut tengah pasang. Jadi, sangat bahaya jika kita bermandi-manda di laut.

Agak-agak, kalau mama ajar Adam pasal fanomena air laut pasang dan surut, dia faham tak? Rasanya boleh cuba nih...

Doa Untuk Ibubapa

Nak ajar Adam doa ini. Bekalan di hari tua. Jom kita amalkan setiap hari.


Kanak-Kanak Riang Bermain

Aksi ketika berjumpa dengan cousin di kampung. Let the picas talk -- rumah si baju purple :)





Bila ramai-ramai ni, Adam dapat la belajar untuk berkawan. Opsss... Kul 9 dah tidur sebab penat bermain :)

Encyclopedic Knowledge - Signal Astro


Tahun 2012 ni, anak mama asyik demam aje. Dah la kerap, lama pulak tu. Badan pun lemah, nampak tak bermaya. Kesian pula... Lemah-longlai.

So, aktiviti bersama Adam mama kurangkan. Bukannya mama nak kurangkan, namun, kasihan pulak. Bila asyik tak bermaya ni, risau pun ada. Tapi, bila asyik bermain, huiiii... Berjam-jam dia mengadap xbox. Sengaja mama tak bukakan. So, Adam terpaksa menunggu papa balik baru dapat menyentuh game itu. Walaupun nampak agak keletihan, larat juga mata menunggu papa balik.

Dalam sibuk-sibuk Adam bermain, sempat juga mama ceritakan beberapa perkara. Bukan read aloud atau think aloud. Tapi, lebih kepada teknik bercerita. Mama gunakan buku-buku yang ada. Berjaya juga menghabiskan buku tentang reptilia dan planet dengan jayanya. Sekaligus menambah pengetahuan mama juga. Mama bukannya tahu pun...

Yang bestnya, pasal planet. Ada diceritakan pasal satelit. 

So, satu hari hujan turun dengan lebat. So, astro pun seperti biasa, tiada servis. Dulu-dulu, Adam akan kata, " Tv kita rosak, mama ". 

Sekarang ni, Adam cakap, " Mama, it's raining. Jadi, hujan tu tolak-tolak satelit. Satelit goyang-goyang. Jadi, tv tak dapat signal la kan ". 

Fuhhh... Terkedu juga mama. Sebab, masa bacakan buku pasal planet ni, mama rasa macam mengarut je. Faham ke anak mama? Tak ke tinggi sangat knowledge ni. Rupa-rupanya, Adam boleh pulak relate dengan kehidupan sebenar. Tiba-tiba mama rasa kagum. Benarlah, otak kanak-kanak ni macam sponge. Rugilah mama kerana tak asah otak Adam awal-awal.

Weekend Bagi Adam


Apa yang dibuat di hujung minggu? Rasanya, sejak dari dulu lagi, jaranglah kami berada di rumah di kala weekend. Jika bukan sehari suntuk keluar berjalan-jalan, setidak-tidaknya keluar petang untuk kembali menghadapi weekdays yang sibuk kemudiannya.

Bagi mama dan papa, weekend sememangnya kami ingin berehat. Namun, rasanya tidak adil untuk Adam jika hanya terperuk di rumah. Isnin hingga Jumaat Adam hanya menghabiskan masa di nursery. Jadi, weekends memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa Adam berjalan-jalan. 

So, apa yang kami buat?

  • Jalan-jalan di tasik
    • Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Bangun awal pagi dan exercise di tasik. Keluar peluh sedikit, terus ke kedai untuk breakfast. Selesai aktiviti untuk pagi.
  • Melawat Zoo
    • Ini juga aktiviti pagi hari. Tapi, meleret sampai ke petang la. Destinasi wajib jika tiada destinasi lain yang ingin di tuju.
  • Menonton wayang
    • Yang ini, aktiviti petang. Bosan-bosan, jika ada cerita yang bagus, menonton la jawabnya.
  • Jalan-jalan di shopping complex
    • Yang ini adalah kebiasaannya. Bawa Adam ke theme park sambil-sambil mama dan papa mencuci mata. Dapatlah juga menghabiskan masa dengan berkualiti dengan Adam. Kemudian Adam akan pujuk ke kedai cd, kedai buku, kedai permainan.
  • Sesekali kami bawa juga Adam ke Aquaria dan beberapa tempat di sekitar KL. Teringin juga nak berjalan-jalan ke Taman Burung, Taman Rama-Rama, dan banyak tempat lagi di sekitar KL, cuma kekadang masa agak terhad.
Entah mana lagi nak bawa Adam. Sekarang musim hujan. Jadi, pilihan tempat untuk aktiviti outdoor adalah terhad. Kalau tidak, bosan-bosan, ke tasik sudah cukup menggembirakan Adam. Jadi, ke shopping complex yang sememangnya banyak di KL la jawapannya....

Kebaikan Bermain Lego

Children learn thru play. Memang betul. Kerana pekerjaan seorang kanak-kanak adalah bermain. Bermain dan tidur. Itu sahaja sepanjang hari.

Salah satu permainan yang sangat bagus untuk kanak-kanak adalah lego. Kenapa Lego? Dan bukan bermain blok atau bongkah kayu? Semuanya bagus dalam menjana pemikiran kreatif anak. Cuma di entri ini, mama pilih untuk bercerita tentang Lego. 

Jika semasa anak kecik, mereka didedahkan dengan permainan blok-blok ringkas, sama juga faedahnya dengan Lego ini. Cuma, mungkin apabila anak-anak sudah besar, bermain Lego lebih menyeronokkan disebabkan bentuk dan warna yang menarik.

Selalunya, tiada silibus atau guideline yang diberikan jika Adam bermain Lego. Legonya, telah dipasang dan Adam hanya bermain. Jarang sekali mama buka dan campur aduk semuanya untuk Adam cuba membinanya semula. Jadi, objektif bermain Lego tidaklah diperolehi dengan optimum.

Cuma bulan lepas, mama ke satu workshop. Kelas untuk kanak-kanak bereksperimen dengan Lego disediakan. Kelas selama 12 jam dengan maksima satu setengah jam sehari disediakan dengan bayaran setengah ribu ringgit.


Memang di luar kemampuan mama. Bukan hendak berkira dengan Adam, cuma, mama rasa mama boleh cuba lakukan di rumah. Walaupun hasilnya tidak sehebat pakar-pakar di bengkel tersebut, namun, mama yakin, jika ajaran pakar kita beri rate sebanyak 100%, ajaran mama boleh lah 30%, jauh lebih baik dari 0%. Jadi, ia akan tetap memanfaatkan Adam -- tapi, jika mama kaya, mungkin mama hantar :)



Untuk memulakan, mungkin tidak dalam masa terdekat. Mungkin bulan hadapan. Itupun, hanya jika tools mama bersedia. Machine laminate masih tersadai di kedai dan colour printer juga tiada. Heee.....