Adam @ 2 days - saje letak gambar baby
Mendidik anak bukan mudah. Seringkali tingkah laku kanak-kanak mampu memeningkan kepala ibubapa.
Semasa Adam kecil, kadang-kala, mama ada juga terasa geram dan marah. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, bukanlah perangai Adam yang menaikkan darah, namun keletihan seharian yang membuatkan emosi sedikit terganggu. Amat jarang dapat mendengar mama marah ( pada Adam, kerana mama jenis yang cepat juga marah ). Bukan kerana Adam sangat behave, tetapi kerana mama lebih suka menggunakan pendekatan psikologi.
Hidup bertiga dengan Adam memang menjadikan Adam the center of our daily life. Adam juga cucu pertama di sebelah wan. So, tumpuan penuh memang diberikan kepada Adam. Jadinya, Adam sangaaatlah manja. Tersilap cakap sahaja, bergenang air mata. Belum lagi jika dimarahi.
Sebenarnya, amat jarang kami terasa hendak memarahi Adam. Kerana, Adam sangat pandai mengambil hati. Cuma adakalanya, disebabkan misscommunication yang berlaku, Adam menyangka mama atau papa sedang memarahi dia. Sedangkan, nada suara yang sehabis lembut digunakan untuk menerangkan sesuatu. Penerangan atau permintaan untuk tidak melakukan sesuatu, di interpret sebagai "marah". So, bila anak manja "dimarahi", mengamuk la dia! Bukan setakat bergenang air mata, meraung macam budak kena dera! Heee...
Jadi, setiap kali Adam mengamuk, mama akan beritahu Adam sama ada mama sedang mengajar/memberitahu sesuatu atau Adam telah melakukan kesalahan. Jika bernasib baik, Adam akan terus ok. Jika tidak, kenalah bersabar sedikit. Al-maklumlah, tak nak mengaku salah.
Selain meraung, Adam juga mungkin akan menjerit dan menjauhkan diri. Mama tidak akan membiarkan Adam meraung dan menjerit seorang diri. Sedaya upaya mama akan cuba untuk merapatkan diri dan memeluk Adam. Kemudian, mama akan terangkan kepada Adam apa, kenapa, bagaimana, akibat kesalahan yang dilakukan. Di dalam proses ini, kenalah banyak bersabar. Walaupun jarang berlaku, kaedah ini tidak mudah. Kadang-kadang ambil masa yang lama juga. Namun, mama rasa agak berbaloi juga. Kerana, jaranglah Adam melakukan kesalahan yang sama. Di lain kali, Adam telah pun tahu akibat dari kesalahan dia. Berbanding jika melakukan pendekatan marah, Adam tidak faham sebab akibat dari kesalahan dia. Maka kesalahan yang sama akan diulang-ulang seumpama repeat order. Akibatnya, mama lah yang akan merasa kesannya terlebih dahulu - tension.
Mama tidak pasti adakah kaedah ini akan memanfaatkan Adam untuk jangka masa panjang atau sebaliknya. Cuma, mama tidak mahu jika emosi Adam terganggu atau tercalar disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan. Harapan mama, semoga kita berada di landasan yang betul. Maafkan mama jika mama tersilap di dalam mendidik Adam. Mama pun masih belajar dan masih tercari-cari kaedah yang sesuai untuk Adam dan untuk mama.