Semalam mama bawa Adam naik tren untuk pertama kalinya. Hehehe... Tercapai dah hajat nak bawa Adam merasa naik tren. Itupun, terima kasih kepada kunco-kunco dan bonzer yang ada kerana sanggup nak membawa si kecil ini.
Di rumah lagi Adam dah excited. Mama saja tanya, mcm mana cara nk naik tren? Jawab Adam " mula2 climb up stairs, lepas tu, naik la tren ". Owhhh... Itu daya pemerhatian seorang kanak-kanak. Dia selalu nampak tren ni dari dalam kereta, railway dia kan di atas. Of course la kena naik tangga kan?
Pengalaman pertama sangat mengujakan. Nasib baik dapat tempat duduk. Kalau tak, jenuh la juga. Sepanjang perjalanan, Adam berkepit dengan best friend dia, si uncle bonzer. Bakal menyertai keluarga kami Mei 2012. Amin....
Destinasi : Sogo yang crowded dan juga pasar malam jalan TAR. Komen Adam : kat mana ni mama? Org ramai sangat!.
Di Sogo, mama dapat la beli dua pasang baju exercise utk Adam pakai di nursery. Saiz utk Adam sangat susah nak dapat. Sebenarnnya mama nak borong lima pasang terus, tapi dua je yang ada. Kena bergilir la.... Mcm biasa. Seluar dan baju yang ada telah ketat. Kesian juga lihat Adam pakai setiap pagi. Tapi disebabkan kesukaran mencari saiz, mama pakaikan juga. Juga terpaksa mama jugakan sehelai slack utk bersenam. Sangat tidak sesuai sebab, aktiviti senaman agak lasak juga. Seluar itu haus di lutut, maknanya, kesian kat lutut Adam. So sekarang, dah ada baju dan seluar yang sesuai saiznya.
Cuba teka, tangan mana yang ada chipmunk?
Hanya itu yang mama beli. Tiada apa di jalan TAR. Owh Adam mendapat habuan jam tangan berharga RM8. Anti tanya, Adam nak jam Ben 10 tu? Jawapnya, tak nak. Adam dah ada banyak. Fuhhh... Mama rasa sangat bersyukur. Baik anak ku ini. Tak nak apa-apa. Rupanya, masih ada sambungan ayat. Jam spiderman Adam belum ada, sambil tersenyum-senyum manis. Ok. Jam spiderman ni satu!
Adam sebijik macam mama. Jika happy atau mahukan sesuatu, tersengih-sengih aje. Tak boleh nak kontrol. Memang akan tersengeh2. Happy sampai menusuk ke jiwa.... Tu belum dapat lagi hajatnya. Bila dah dapat, makin meleret la senyum... Kuah tertumpah dalam nasi. Makan aje lah :)
Habis seharian kami berjalan. Jalan kaki. Cuma Adam je yang best sikit, sebab tak payah berjalan. Huuuu... Sorry ye uncle. Next time, pasti bawa uncle lg ;)
P/s: at least satu hasrat dah tercapai dalam Januari 2012 -- bawa Adam naik tren.
bestnya adam naik tren...senyum jer dia :)
ReplyDeleteaaa la mira. smlm ajak keluar, dia tanya, naik car atau naik tren?
ReplyDeletehahaha... nak naik lagi la tu