Friendship

Kaum kerabat yang berkampung di rumah selama seminggu sempena CNY yang lalu. Dah balik dah.... kesian anak bujang mama. Seronok-seronok main, tetiba rumah kembali sunyi sepi. Ramai sebenarnya. Selitkan a few pic je.

Trio bujang

Cute

Bujang dan dara.

Sharing.... Is Caring

Keseronokan kanak-kanak bermain bersama. Permainan yang ada, main bersama. Cokelat yang ada, kongsi bersama. Tanpa rasa dengki atau jealous. Juga pandai untuk beralah sekiranya ada yang lebih memerlukan.

Pic blur - tapi upload juga untuk kenangan Adam di masa hadapan.



Field Trip To Petrosains KLCC

Last weekend ke Petrosains. Enjoy the pictures.


Excited!

Experimenting the plasma tube.


Feel the hurricane..


Magnet's lesson.


Seeing the moon!

Play the digger!

Back to ancient time!


Dannnn banyak lagi aktiviti menarik! 

Field Trip Ke Pasar Basah

First time mama bawa Adam ke pasar. Selain pasar ramadhan, Adam belum menjejakkan kaki ke pasar lain.

Adegan ke pasar ini dibuat semalam ( 21 Jan 2012 ) -- entry peram. Destinasi : Pasar Keramat. Dekat aje dari rumah. Walaupun tidak semeriah pasar borong Selayang, ok la dari asyik-asyik membeli lauk di Carrefour atau Jusco. Mula-mula, Adam sangat excited. Maklumlah tidak pernah sampai ke pasar. Riuh rendah tengok banyak daging dan ayam. Ayam hidup pun ada tau.

Takut je sebab mama suruh berdiri dekat ayam. Terkejut sebab tak biasa tengok kepala ayam kot.


Abang jual ayam pun perasan yang Adam tak berkelip-kelip tengok ayam dia.


Akhirnya, kebosanan dan ajak kami balik. Sempat singgah breakfast di sini. Malangnya, sebelum sempat Adam habiskan nasi dia, kami terpaksa bungkus dan bawa balik makanan itu. Sebab? Uncle depan kami ralit menghembus asap rokok. Terbatuk-batuk Adam dibuatnya. 

Tapi, pasar ni memang ok. Next time kami akan datang lagi.


Money Money Money

Duit.. Money.. Ada? Macam mana nak dapat duit? Mama fetch Adam dari school awal arini. Mama cuti disebabkan oleh insiden yang lebih kurang macam ini. On the way balik, kami singgah ke McD. Drive thru aje.... Mama teringin nk makan sundae.

Mama tanya Adam, nak berapa ( saje tanya ). Satu. Ok. Satu untuk Adam, satu untuk mama. Satu large fries untuk dikongsi bersama. Adam kata " kita buy ice cream sorang satu. Abg tu, dia share dengan mama dia ". So, mama explain la... " kalau mama ada money, kita buy sorang satu. Kalau kita tak ada money, kita kena share ". Apa respond Adam? " Mama, Adam tak ada money pun. Next time, mama letak money dalam beg Adam ye ". Apa la si mama ni nak jawab. Macam ni lah " Haaaa... Sebab tu Adam kena study. Biar clever. Nnti, bila Adam dah big, boleh lah go to work. Kalau kita work, kita dapat money ". Psikologi untuk Adam yang masih tiada mood nak study.

" Ok la mama. Nnti Adam big, Adam dah work, Adam buy necklace yang bigggg utk mama ". Owh... Trharunya! Anak manja mama ni.

Budak Lelaki vs Budak Perempuan

Budak lelaki vs budak perempuan, ada beza ke? Permainan budak lelaki, girl tak boleh main ke? Di rumah mama, of course la tak ada barbie, dora or baby doll. Nama pun hanya ada seorang anak lelaki... Kalau robot tu, ada la.

Bila ajak mama main, Adam akan tanya sama ada mama tau main tak. Game ni girl boleh main tak. Kalau mama kesian kat Adam, mama kata lah mama tau main. Jika tak, mama kata, mama girl. So, Adam tak kan paksa mama main. Heeee.... Sebab Adam kata, permainan girl ialah barbie.

Bila main fight-fight pulak, Adam tak la terjun melompat atas mama. Main pun slow je. Sebab mama girl. Kalau main dengan papa, rasanya, kuuuusss semangat. Dia terjun, lompat atas papa dia. Nasib baik la papa jenis melayan. Heee...

Kalau kaler baju pulak, dulu mama suka pakaikan pink. Sebab nampak cute. Sekarang ni, Adam suka green. Pink untuk girl. Warna purple pun, kalau dark colour ok. Kalo light purple... Tak nak. Dia kata nampak funny. Hukkkk.

Kalau Adam minta mama tolong warna, Adam yang akan pilihkan warna untuk mama. Selalunya, Adam akan recommend colour pink je untuk mama. Warna macam brown, dia kata untuk boy saja.

Tapi, kalau bab memuji, Adam no 1. Kalau mama pakai baju or tudung baru, Adam yang akan puji dulu. Papa, kadang-kadang tak perasan pun. Tapi, Adam akan perasan. Siap puji-puji kasi kembang hidung lagi. Tq Adam.

Menari Dan Menyanyi In Public

Berani tak menari dan menyanyi in public? Smlm, mama dapat bawa Adam ke playground. Hari dah nak maghrib sangat, tapi kesian punya pasal, kami singgah juga. Orang masih ramai, tapi tak puas kerana takde yang boleh dibuat geng. Kami main berdua.

Owh... Adam naik ke slide dan... tara... Menyanyi dan menari. Dengan kuat dan happy. Wahhh!!! Dunia ini Adam yang punya.

Heee.. Actually nak cerita pasal nyanyi tu je. Like it! Sebab rasa mama, mama dulu tak berani nak nyanyi joget-joget in public. Malu ( sekarang pun sama ). Good boy! Selain well behave, konfiden level tinggi jugak kot.

Owh... Jenguk2 juga Adam menari kat atas stage dulu.

Bermain Itu Belajar


Hari ni, mama balik kerja awal. So, dapatlah bawa Adam main kat playground. Seronok rasanya tengok Adam main. Nasib baik hari ni ada budak-budak yang sebaya. Boleh main sama-sama. Kalau budak-budak besar, diorang tak layan budak kecik. Tak geng! Agaknya, Adam tak cukup lasak la untuk diorang tu.

Adam pulak, pesennya, kalau ke playground dok mengusha siapa lah yang boleh dibuat kawan. So, arini, dapat la dua orang budak main dengan dia. Happy betul!

Kiranya, Adam dah belajar lah untuk hari ini. So, cuba kita tengok apa yang Adam belajar untuk hari ini.

Belajar tentang rakan sebaya
Adam bermain dengan gembira bersama dua orang rakan baru. Ketika bermain di playground, mereka bermain bersama-sama dengan gembira. Adam belajar cara bergaul, bercakap dan mendengar dengan rakan sepermainan. Secara tidak langsung, Adam sebenarnya telah belajar social skill. Juga mama rasakan self esteem atau keyakinan Adam bertambah kerana puas dapat bermain dengan kawan baru. So, dengan bermain, bukan hanya peluh yang dikeluarkan, dalam masa yang sama, otot badan sedang dibina dan juga dapat meningkatkan keyakinan diri anak.
Let's play!

To Be Continue

Projek yang dibuat separuh jalan. Mungkin bosan sebab takde kawan. Huuuu....


Berjalan? Suku jalan pun tidak.



Ahahaha... yang ini jalan!


Sapa nak kawan kan Adam bermain? Meh sini....

Ransang Kreativiti Anak Menerusi Lukisan

3 Jun 2011 - aktiviti mewarna

12 Dis 2011 - aktiviti mewarna
Beza 6 bulan.... untuk move dari "b" ke "j" :)

Parents selalunya menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Buktinya, anak seawal usia 4 tahun telah dihantar ke tadika. Namun, perlu berhati-hati. Pengisian di tadika perlulah sesuai dengan tahap kematangan anak itu. Jika anak telah bersedia, apa salahnya. Tepuk dada, tanya selera. Namun, disebalik aktiviti mengejar pendidikan formal, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang memaksa kanak-kanak berfikir dan mengikut kreativiti sendiri. Bukan seperti orang dewasa yang terikat dengan segala yang peraturan. Melalui penerokaan secara semulajadi, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Salah satu cara untuk kanak-kanak meluahkan kreativitinya adalah melalui lukisan. Aktiviti ini mudah dan murah. Sediakan peralatan melukis dan mewarna, kanak-kanak mampu untuk meneroka dunianya sendiri dengan gembira. Aktiviti ini sangat senang dan menjadi all time favourite kami. Walaupun pada mata kasar ianya hanya sekadar satu contengan atau lukisan anak kecil, ia sebenarnya adalah luahan semulajadi mereka. Selain daripada dapat meluahkan diri dan emosi, melukis juga dapat membentuk dan membina otot-otot tangan ( fine motor skill ). Ia juga adalah satu bentuk komunikasi - lihat di tv di mana kaunselor menganalisa lukisan anak-anak bermasalah.
Dengan kebebasan melukis, kanak-kanak akan dapat men transfer apa yang mereka lihat, rasa dan percaya ke dalam satu bentuk dan imej yang unik mengikut tahap pemahaman masing-masing. Kalau Adam, pada peringkat awal, suka melukis binatang. Walaupun shape binatang itu tidak kelihatan, jangan sekat kreativitinya. Mama juga tidak mampu untuk mengecam objek apa yang Adam lukis. Tanya dengan baik. Anak akan berupaya menterjemahkan lukisannya kepada kita. Sekarang, objek pilihan Adam adalah family kami. Adam akan melukis mama, papa dan Adam. Lukisannya semakin bertambah baik dari masa ke semasa. Jika dulu hanya part muka, sekarang mama dah nampak part kaki dalam lukisan Adam. Cuma, part badan, Adam kata ada kat belakang. Sebab itu tak nampak dalam lukisan. Apa sahaja la sayang.

Jadi untuk parents, sediakan peralatan asas seperti kertas lukisan, warna - pensil, krayon, water colour dan berus lukisan untuk anak bebas melukis. Pembelajaran anak kecil bukan hanya bergantung kepada pendidikan formal, tetapi apa yang mereka lalui sepanjang hari. Kanak-kanak belajar dengan bermain. Jadi, jangan menidakkan peluang mereka untuk bermain. Mainlah Adam puas-puas :)

Tengah pilih toys.
Semasa entry ditulis, sedang dipangku oleh mama sambil main ultraman.

Berlalu Sudah 2 Minggu Di Bulan Januari

Bulan Januari 2012 akan masuk ke minggu ketiga. Nampaknya anak mama masih belum bersedia lagi untuk menerima pendidikan formal secara tidak formal dari mamanya. Plan mama itu, mama akan tetap maintain. Ambil la masa, jika masih belum bersedia. Wishlist tu, mama boleh carry forward hingga ke akhir tahun. Cuma, mama perlu menukar kaedah / pendekatan yang mama buat sebelum ini. Atau mungkin mama perlukan target yang baru.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang pembelajaran formal dengan mama. Mama akan cuba selitkan ketika Adam tidak sedar. Bermakna melalui a lots of games. So, sasaran baru adalah memperbanyakkan menyanyi lagu / nursesry rhymes yang telah lama mama tinggalkan. Kami hanya menyanyi lagu-lagu yang common sahaja, like baa baa black sheep (fav Adam) ngan sesekali dengan satu atau dua lagu lain. So, nampaknya, from now on, kita akan menyanyi la ye. Izinkan mama untuk berjalan2 di youtube mencari lagu. Actually, mama ada buku ni. Di beli di zaman Adam masih tidak boleh bercakap. So, sekarang, mama akan berkawan dengan buku ni la. At least, mama boleh focus kepada listening dan pronounciation Adam. Juga mama akan cari lebih banyak video mengaji.




Sememangnya kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka suka. Alhamdulillah, video ni telah membantu Adam mengenal alif baa taa. Walaupun sebenarnya, mama tidak pernah mengajar Adam mengaji.

Juga mungkin mama akan selitkan sedikit cerita-cerita tentang nabi ketika kita selesai solat. Macam wan buat kat mama dulu-dulu. Sapa tak solat, tak boleh dengar cerita :)

Actually, membaca adalah rutin Adam - read aloud. Setiap malam, Adam akan mengambil buku dan ajak mama membaca. Dulu, kami hanya melakukan aktiviti ini dengan seronok. Mungkinkah, mama agak menekan sekarang? Atau mungkinkah toys yang baru dibeli itu yang menyebabkan Adam ketagih untuk bermain? Ini satu perkara yang perlu mama lihat. Mama merasakan tiada apa yang berubah di dalam cara mama ( kecuali mama semakin malas di sebabkan kepenatan ). Atau mungkin ekspresi muka mama yang nampak letih, maka Adam pun jadi malas. Atau ia hanyalah satu proses semula jadi kanak-kanak di dalam men digest apa yang dah dipelajari selama ini? Mama tidak pasti, cuma mama akan berusaha untuk membuatkan aktiviti Adam lebih menyeronokkan.

Tips Mengajar Bayi

 Pic Mr Google

Anak kecil boleh diajar. Malah ada kajian yang mengatakan bayi mampu menguasai 7 bahasa. Satu fakta yang hebat. Article di bawah ini mama ambil dari majalah pa & ma. Tips khusus untuk mencapai potensi sebenar diri anak.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

Buta Huruf

Speechless. Kesian dan tak tahu apa nak dikata. Ini bukan kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran tetapi, kanak-kanak buta huruf yang tidak pernah bersekolah.

Readeasy Volume 3 - phonics



Alhamdulillah. Volume 2 berjaya kami habiskan Dec 2011 yang lepas. Sepatutnya, awal Januari nak baca pula Volume 3. Kemalasan ibu dan anak, minggu pertama Januari berlalu begitu sahaja. Next week ( esok ) boleh start kot?

Sebelum baca Volume 3 ni, nak review la sikit. Volume 3 ini, masih untuk tahap beginner. Kira naik Volume ajelah. Level belum lagi. Insya Allah, tak lama lagi, kita akan naik level. 


Inilah tahap beginner
Volume 3 ni memperkenalkan 3 lagi consonant yang ada : /h/, /s/ dan /d/. Itu sahaja. Setiap volume, tidak banyak perkataan baru diperkenalkan. Mungkin untuk mengelakkan kanak-kanak confius atau stress untuk membaca. Walau bagaimana pun, semua words dalam Volume terdahulu akan digunakan di dalam volume selepasnya. Mungkin untuk tujuan pengukuhan. 
Sebab naik pangkat, buku makin tebal. Cuma bila mama tunjukkan dekat Adam tadi, dia tanya, kenapa tulisan ( font ) makin kecil? Mama jawab sebab Adam makin besar. Hehehe...


Masih mengekalkan words dalam Volume 1 & 2. Cuma tambah "hat" aje.

Kalau betul jangkaan mama, Volume 3 ni, sepatutnya boleh dihabiskan dengan lebih cepat berbanding volume terdahulu. Sebab rasanya, untuk menghabiskan Volume 1 dulu, masa yang diambil agak lama. Masa untuk Volume 2 juga agak lama sebab nak dapatkan feel membaca. Cuma mama perasan, ada certain word yang sama pattern macam volume 1 & 2, bila mama test untuk Adam cuba meneka bunyinya, dapat! Ini memang satu motivasi yang baik untuk mama dan Adam. At least, mama takde la rasa yang mama merapu-rapu atau syok sendiri mengajar Adam. Untuk Adam, of course la dia happy sebab berjaya sound out perkataan baru tanpa bantuan. Seronok! Happy!


Walaupun di add in perkataan2 baru, insya Allah kanak2 yang telah tahu membunyikan perkataan akan dapat membunyikan perkataan tersebut

Apabila membaca bersama Adam, mama akan tutupkan ruangan gambar. Masa Volume 1, mama memang tidak tutup gambar itu. So, kadang-kadang, Adam meneka bunyi berdasarkan gambar. Setelah masuk ke Volume 2, mama tutup gambar untuk "memaksa" Adam membunyikan sendiri perkataan tersebut. Insya Allah, anak akan dapat membunyikan dengan betul.

Last week, walaupun tiada sebarang aktiviti membaca, mama dan Adam berjaya melakukan at least 1 line tracing worksheet setiap hari. Gigih juga tu. Line tracing ni crucial sangat bagi mama. Sebab, mama rasa cara Adam mengikut garisan titik-titik tu, macam tidak confident. Eikkk? Dari tulisan nampak ke confident ke tidak? Not sure. Itu mama punya interpretation. Next entry, maybe mama boleh ceritakan pasal line tracing tu.

Field Trip Naik Tren

Semalam mama bawa Adam naik tren untuk pertama kalinya. Hehehe... Tercapai dah hajat nak bawa Adam merasa naik tren. Itupun, terima kasih kepada kunco-kunco dan bonzer yang ada kerana sanggup nak membawa si kecil ini.




Di rumah lagi Adam dah excited. Mama saja tanya, mcm mana cara nk naik tren? Jawab Adam " mula2 climb up stairs, lepas tu, naik la tren ". Owhhh... Itu daya pemerhatian seorang kanak-kanak. Dia selalu nampak tren ni dari dalam kereta, railway dia kan di atas. Of course la kena naik tangga kan?



Pengalaman pertama sangat mengujakan. Nasib baik dapat tempat duduk. Kalau tak, jenuh la juga. Sepanjang perjalanan, Adam berkepit dengan best friend dia, si uncle bonzer. Bakal menyertai keluarga kami Mei 2012. Amin....

Destinasi : Sogo yang crowded dan juga pasar malam jalan TAR. Komen Adam : kat mana ni mama? Org ramai sangat!.



Terjoget-joget ni

Menitik peluh jantan melayan Adam

Di Sogo, mama dapat la beli dua pasang baju exercise utk Adam pakai di nursery. Saiz utk Adam sangat susah nak dapat. Sebenarnnya mama nak borong lima pasang terus, tapi dua je yang ada. Kena bergilir la.... Mcm biasa. Seluar dan baju yang ada telah ketat. Kesian juga lihat Adam pakai setiap pagi. Tapi disebabkan kesukaran mencari saiz, mama pakaikan juga. Juga terpaksa mama jugakan sehelai slack utk bersenam. Sangat tidak sesuai sebab, aktiviti senaman agak lasak juga. Seluar itu haus di lutut, maknanya, kesian kat lutut Adam. So sekarang, dah ada baju dan seluar yang sesuai saiznya.



Cuba teka, tangan mana yang ada chipmunk?

Hanya itu yang mama beli. Tiada apa di jalan TAR. Owh Adam mendapat habuan jam tangan berharga RM8. Anti tanya, Adam nak jam Ben 10 tu? Jawapnya, tak nak. Adam dah ada banyak. Fuhhh... Mama rasa sangat bersyukur. Baik anak ku ini. Tak nak apa-apa. Rupanya, masih ada sambungan ayat. Jam spiderman Adam belum ada, sambil tersenyum-senyum manis. Ok. Jam spiderman ni satu!

Adam sebijik macam mama. Jika happy atau mahukan sesuatu, tersengih-sengih aje. Tak boleh nak kontrol. Memang akan tersengeh2. Happy sampai menusuk ke jiwa.... Tu belum dapat lagi hajatnya. Bila dah dapat, makin meleret la senyum... Kuah tertumpah dalam nasi. Makan aje lah :)

Habis seharian kami berjalan. Jalan kaki. Cuma Adam je yang best sikit, sebab tak payah berjalan. Huuuu... Sorry ye uncle. Next time, pasti bawa uncle lg ;)

P/s: at least satu hasrat dah tercapai dalam Januari 2012 -- bawa Adam naik tren.

Plan Aktiviti Untuk Januari & Febuari 2012

Untuk bulan Januari  ngan Febuari ni, rasanya mama nak start dengan alphabet parade ( hihi... nama glamour ). Nak kenalkan cara menulis alphabet yang betul kepada Adam. Rasanya aktiviti ini boleh dibuat dengan sangat santai. Penekanan adalah huruf kecil sahaja. Menulis. Adam memerlukan banyak aktiviti penulisan. Sama ada line tracing, dot tracing, free writing atau mungkin mama boleh mulakan dengan Adam menulis di atas garisan? Mungkin nampak mudah, tetapi, mama rasa biarlah Adam selesa free writing dahulu. Tulis di udara pun boleh. Asal tahu macam mana nak menulis :)

Mengenal Alif Ba Ta. Kadang-kadang Adam bawa juga buku Iqra' dia untuk mama ajarkan. Cuma, rasanya, mama nak kenalkan huruf tu la dulu. So, mama rasa, kita nyanyi la dulu. Mama akan buat macam mama ajar Adam ABC dulu-dulu. 

Kenal nombor. Adam boleh kenal nombor 1 - 10 dengan baik. Juga telah didedahkan dengan nombor 1 - 100. Cuma, mama rasa disebabkan tiada aktiviti pengukuhan, maka agak tidak strong nombor di atas 10. Yang ini bergantung kepada kemampuan kami. Mama tidak letak target yang tinggi. Mungkin hanya mengukuhkan 1 - 20 sahaja dulu. Tambah, tolak? Belum lagi....

Melihat jam. Yang ini perlu diperkukuhkan. Setakat ini, Adam cuma telah tahu jam genap dan setengah jam. Mungkin mama boleh ajar untuk 15 minit dan 45 minit dahulu. Tunggu dan lihat.

Mama pun tak tahu sama ada sasaran ini terlalu banyak atau terlalu general. Cuma, mama perlukan guideline apa yang perlu dilakukan. Meanwhile, mama akan tetap teruskan dengan readeasy.

Satu Hari Di Pagi Tahun Yang Baru

Entry ringkas di pagi tahun baru -- entry pekasam.

Adam bangun awal pagi. Daripada bangun tengok tv sahaja, mama ajak baca buku. Ok. Adam memang sukakan buku. Kalau ke book store, mesti dia akan request buku. Tapi, yang letihnya, laaaaammmmaaaa la dia memilih. 

Sebenarnya, mama harap la dia akan baca buku pagi-pagi hari ni. Taraaaaa.... dikumbahnya magic box mama, dan jumpa la tissue art. So, kami mulakan hari dengan bertisu-tisuan.




Habis bertisuan, mama try lagi ajak baca buku. Rasanya sudah lebih seminggu kami tidak mengadakan sebarang sesi read aloud. Walaupun research mengatakan bagus juga untuk read aloud walaupun anak tidak mahu membaca, mama rasa tak comfortable. Mama hanya akan membaca jika Adam mahu. 

Owh, request untuk baring-baring pula. So, mama ambil bantal dan blanket. Bentang blanket sahaja. Tak perlukan toto rasanya. Foam mat ini dah cukup selesa.

Akhirnya, Adam baca buku juga. Alhamdulillah. Owh... buku ini rupanya. Patutlah syiok je....




Bersambung dengan aktiviti bermain barang-barang permainan.