Membentuk Self Esteem Anak

Self esteem adalah sangat penting terutamanya semasa anak-anak sedang membesar. Pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti seharian ini akan mempengaruhi cara berfikir dan bertindak di masa akan datang. Ia juga akan menentukan cara anak kita berhubung dengan orang lain.

Kanak-kanak yang mempunyai self esteem yang tinggi akan boleh mengeluarkan potensi diri mereka dengan sepenuhnya. Ia mempunyai kaitan yang jelas dengan ketabahan, kecekalan anak menghadapi cabaran di masa akan datang. Kanak-kanak dengan self esteem yang tinggi akan menyahut cabaran sementara yang rendah self esteem nya akan terus berfikiran negatif. Di antara perkara yang parents boleh bagi kepada anak-anak ialah :

Give unconditional love.
Sayangi anak tanpa syarat. Bukan sebab anak buat itu, ini maka dia disayangi. Penerimaan ibubapa terhadap segala kelebihan dan kekurangan anak akan membantu anak untuk menghargai diri mereka sendiri.


Pay attention.
Caranya, hargai apa yang anak cuba sampaikan. Kadang-kadang, anak-anak ni akan sibuk bercerita itu ini. Masa kita sedang sibuk, masa itulah dia nak bercerita hari ni buat apa, makan apa, main dengan siapa, belajar apa, kawan ni pakai baju apa, siapa puji dia hari ini, siapa marah dia hari ini... semuanya. Perkara ini mungkin remeh bagi parents. Tapi, bagi anak, ia BESAR. Sebab, itulah sahaja aktiviti sehariannya.


Teach limits.
Ajar limits. Susah sebenarnya masa mula-mula. Kalau Adam, mama berjaya bagi satu limit. Satu hari, boleh makan chocolate 1 biji sahaja. Nasib baik Adam dengar. Itu pun jenuh nak menerangkan kenapa tak boleh makan banyak-banyak. Tak tahu la best practice macam mana.... 


Support healthy risks.
Yang ni, quite challenging la untuk mama. Susah juga, nak balancing di antara perasaan seorang ibu to protect her child dengan perasaan untuk encourage anak mencuba sesuatu yang baru.  Takut anak jatuh, cedera, sakit etc. Macam-macam perasaan ibu ni. Tapi, balancing ni perlu untuk membentuk keyakinan diri anak-anak.


Let mistakes happen.
Bila anak buat salah, janganlah dihentam. Ceritakan kenapa salah. Apa yang penting ialah, beritahu apa yang sepatutnya di buat. Jika parents buat salah, sila admit. Biar anak tahu, parents juga boleh buat salah. Cuma, kita kena ceritakan kenapa salah, bagaimana nak perbetulkan kesalahan. So, kalau anak buat salah, takde la di rasa bersalah di tahap gaban. Dengan cara itu, tak adalah confidence level anak itu drop jika berlaku kesilapan.


Celebrate the positive.
Pujilah anak. Jika anak ada pencapaian yang baik, walaupun sedikit, please appreciate! Kecil untuk orang dewasa tapi, besar untuk si kecil. Contohnya, anak mengemas barang sendiri. Pujilah sedikit. Anak boleh mengayuh basikal. Pujilah. Kerana anak telah mengambil satu effort / langkah untuk mencuba.


Listen well.
Listen to your child. Anak-anak yang sedang membesar ni, sebenarnya suka bercerita. Dengan siapa lagi nak berkongsi cerita. Biasanya dengan parents la anak nak bercerita tentang perasaan sedih, gembira, dll.


Resist comparisons.
Terima anak seadanya. Elakkan perbandingan yang tidak sihat di antara anak-anak. Jangan ada sikap melebih anak ini kerana cantik, anak ini kerana cerdik dan lain-lain. Setiap anak ada keunikan masing-masing.


Provide encouragement. 
Anak-anak memerlukan sokongan dan semangat. Terutama daripada parents. Galakkan anak mencuba. Sebarang pencapaian, walaupun kecil perlu diberi perhatian.


Harap-harap, anak membesar with positive self esteem.

2 comments: