First Drawing

First drawing? Bukan la first drawing sangat. Cuma, ini la first time mama snap drawing Adam. 

Cantik tak drawing ini? Mungkin tak nampak jelas, tapi di dalam gambar ini sebenarnya adalah Adam, 2 pokok bunga dan 1 pokok besar.


Lukisan ini, tidak penuh. Jika Adam mewarna penuh, rasanya, mama nak frame dan letak di hall. Walaupun tidak seberapa, bagi mama, sentimental value itu penting. Ini detik-detik yang kita kongsikan bersama. Owh, mama ada sekotak artwork yang Adam buat. Semua ini akan mama organized kan di dalam folder / kotak yang sesuai. Walaupun semuanya nampak seperti hanya contengan biasa, namun mama seronok sebab dapat compare hasil kerja dahulu berbanding sekarang. Dulu, drawing Adam, mama tidak boleh kenal yang mana pokok, bunga, Adam. At least sekarang, mama dah nampak semua itu. Cuma lack of date. Mama tak pula letak date pada semua itu. Lepas ni, mama akan letak date.
Mama rasa, benda-benda yang biasa ini, akan menjadi satu kenangan berharga satu hari kelak. Ianya remeh pada ketika ini, tapi amat bermakna untuk dikongsikan bersama.
Ini adalah aktiviti pertama yang mama lakukan dengan Adam setelah lebih seminggu bercuti ( almost two weeks ). Rasanya dalam minggu ini, mama cuma akan bagi Adam material untuk free drawing atau artwork.  

2 comments:

  1. wah..pandainyer adam...caiyok² adam..

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Lukisannya x seberapa. Tp, ok la dr dok menconteng bagai

    ReplyDelete