Di Pengakhiran Tahun 2011

Tahun 2011 akan berakhir. Bermakna beberapa jam lagi akan masuk tahun baru. 2012. Opss.... mama ada azam 2012. Azam yang telah disetkan seawal bulan Mei 2011. Hehehehe..... sangat general. Mama ada azam yang spesifik sebenarnya. Cuma, mungkin boleh dikongsi di lain kali.


Untuk menyambut kedatangan tahun baru, ini adalah aktiviti yang kami lakukan bersama. Mandi buih bersama anak bujang untuk mencuci ini.



Semuanya semata-mata untuk mengubahsuai ini. Ruang yang ada agak tidak bersesuaian. Sangat-sangat menyumbang kepada ketidakkemasan di rumah. Ruang ini agak sempit dengan kehadiran sofa yang besar. Sungguh tidak child friendly. Kekecilan ruang menyebabkan mama terpaksa split barang-barang Adam kepada dua. Satu di ruang ini dan satu di ruang tamu di mana segala aktiviti bersama Adam dijalankan. Agak tidak sesuai untuk bersepah-sepah dengan pelbagai aktiviti.

Akhirnya, ruang yang tidak digunakan sepenuhnya itu, telah mama gunakan sepenuhnya. Sofa dialih ke belakang, dan rak buku dipindahkan. Begitu juga coffee table yang mama gunakan sebagai meja untuk Adam beraktiviti. 

Hasilnya agak memberansangkan di mana keadaan ruang tamu mama tidak lagi bersepah-sepah apabila kami melukis, mewarna, menggunting dan sebagainya. Dan mama tidak perlu lagi terkocoh-kocoh mengemas semuanya sekali sebelum papa balik. Heeeee.....

Inilah hasilnya...


Sesuai untuk disepah-sepahkan. Heheh. Angle lain pulak....


Di situ sofa disorokkan. Muka Adam masam kerana tidak mahu menghabiskan benda yang dibuat. Main beads sebenarnya. Mama tak paksa pun. Dia tertekan sorang-sorang. Yang ini saiz besar. Untuk beginner. Finally, dia simpan aje barang-barang tu. 



Tapi malamnya, rajin pula untuk mencuba beads saiz kecil. Yang itu untuk advanced level la sayang. Hehehe... Seterusnya, nak menggunting la pulak.


Inilah yang berlaku dalam satu masa. Mula-mula Adam mewarna. Mama tak snap pic. Lepas mewarna, dia nak main beads tu. Puas main beads, nak menggunting pulak. Main magnet kejap buat pokok krismas, pastu main kamen rider. Lepas tu, nak mandi. Lepas tu, nak menconteng. So, mama ajak main tengok jam. Alhamdulillah, bolehlah letak kat mana jarum jam dan minit. Cuma garisan bengkang bengkok dengan mama tak kenal mana long hand dengan short hand. Dua-dua garisan lebih kurang sama besar.


Mata melilau ke tv. Akhirnya, aktiviti menonton tv. Juga masih di ruangan Adam. Ruang ini sudah hampir 3 minggu mama ubah sebenarnya. Inilah kali pertama mama angkut toto dan bantal ke sini sebab Adam nak rest di ruangannya sendiri. Kiranya, menjadi ruangan pelbagai gunalah.  



Pukul 4, mama bawa Adam keluar jumpa wan dan anti. Balik rumah, main playdough pada malam hari. Habislah aktiviti di ruang Adam. Kini kami menonton masterchef pula di ruang tamu sambil mengangkut semula blok magnet itu. Itulah aktiviti anak mama dari jam 1 tengah hari hari ini. List ini akan terus bertambah kerana Adam hanya tidur pada jam 12 malam. Huuuuu..... Owh.... paginya kami ke playground dan kemudian keluar makan. Sangat aktif. Belum masuk jika Adam mengumbah segala macam permainan yang ada. Letih juga mama nak mengemas walaupun hanya seorang sahaja putera yang mama ada setakat ini. Fuhhhh.... welcome 2012!

*Sebab tu mama suka keluar sehari suntuk on weekends. Hhaha.... penat berjalan. Takyah mengemas :P

Video Alif Ba Ta Iqra'

Best nya jumpa ni....



Cara Untuk Melakukan Aktiviti Think Aloud Di Rumah

Think Aloud. Sekarang ramai yang dah beralih dari read aloud kepada think aloud. Mama juga telah mula praktikkan. Ia satu strategi yang bagus untuk menggalakkan pemikiran aktif anak-anak semasa membaca. Tak de la mama dia baca sorang-sorang, anak melopong aje mendengar. Heee.

Think aloud ni mudah sahaja. Ada orang yang sebenarnya mengaplikasikan think aloud semasa dia read aloud. Huh? Berbelit rasanya. Dua-dua strategi ni sebenarnya saling berkait. Read aloud adalah sebahagian dari think aloud.
Apa sebenarnya yang mama lakukan dengan Adam? Mudah sahaja. Mama pilih aktiviti yang mama rasa mudah pada tahap Adam. Banyak lagi cara melakukan think aloud, cuma mama rasakan, Adam belum bersedia. Kiranya ini think aloud tahap basic untuk beginner la.

Pada sesi read aloud, mama tunjukkan dahulu kulit buku kepada Adam. Kulit buku untuk kanak-kanak kan bergambar. So, mama akan minta Adam ceritakan dulu berkenaan gambar tu. Cerita budak-budak ni, kadang-kadang agak merapu. Teruskan sahaja. Jangan sekat. Sebab, anak sedang berimiginasi. Bagus juga untuk perkembangan otak kanan.

Sambil-sambil baca tu, di mana sesuai mama akan stop sekejap. Masa ini digunakan untuk membuat prediction. Contohnya macam ni. Kalau pakai buku Tom Tiger ni, mama akan tanya " Tom Tiger ni, baik atau nakal? ". Kalau anak jawab baik, tanya kenapa baik. Kalau tak baik, tanya juga kenapa. So, fikiran anak terpaksa berfikir sedikit untuk men digest apa yang telah mama dia bacakan.

Nanti dah habis, suruh anak buat summary. Summary simple-simple sahaja. Jangan la expect summary yang hebat-hebat. Kalau dia summarize macam ni pun dah cukup. " Tom Tiger suka sepah barang. Tak baik sepah-sepah. Lepas main kena kemas ".

Membentuk Self Esteem Anak

Self esteem adalah sangat penting terutamanya semasa anak-anak sedang membesar. Pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti seharian ini akan mempengaruhi cara berfikir dan bertindak di masa akan datang. Ia juga akan menentukan cara anak kita berhubung dengan orang lain.

Kanak-kanak yang mempunyai self esteem yang tinggi akan boleh mengeluarkan potensi diri mereka dengan sepenuhnya. Ia mempunyai kaitan yang jelas dengan ketabahan, kecekalan anak menghadapi cabaran di masa akan datang. Kanak-kanak dengan self esteem yang tinggi akan menyahut cabaran sementara yang rendah self esteem nya akan terus berfikiran negatif. Di antara perkara yang parents boleh bagi kepada anak-anak ialah :

Give unconditional love.
Sayangi anak tanpa syarat. Bukan sebab anak buat itu, ini maka dia disayangi. Penerimaan ibubapa terhadap segala kelebihan dan kekurangan anak akan membantu anak untuk menghargai diri mereka sendiri.


Pay attention.
Caranya, hargai apa yang anak cuba sampaikan. Kadang-kadang, anak-anak ni akan sibuk bercerita itu ini. Masa kita sedang sibuk, masa itulah dia nak bercerita hari ni buat apa, makan apa, main dengan siapa, belajar apa, kawan ni pakai baju apa, siapa puji dia hari ini, siapa marah dia hari ini... semuanya. Perkara ini mungkin remeh bagi parents. Tapi, bagi anak, ia BESAR. Sebab, itulah sahaja aktiviti sehariannya.


Teach limits.
Ajar limits. Susah sebenarnya masa mula-mula. Kalau Adam, mama berjaya bagi satu limit. Satu hari, boleh makan chocolate 1 biji sahaja. Nasib baik Adam dengar. Itu pun jenuh nak menerangkan kenapa tak boleh makan banyak-banyak. Tak tahu la best practice macam mana.... 


Support healthy risks.
Yang ni, quite challenging la untuk mama. Susah juga, nak balancing di antara perasaan seorang ibu to protect her child dengan perasaan untuk encourage anak mencuba sesuatu yang baru.  Takut anak jatuh, cedera, sakit etc. Macam-macam perasaan ibu ni. Tapi, balancing ni perlu untuk membentuk keyakinan diri anak-anak.


Let mistakes happen.
Bila anak buat salah, janganlah dihentam. Ceritakan kenapa salah. Apa yang penting ialah, beritahu apa yang sepatutnya di buat. Jika parents buat salah, sila admit. Biar anak tahu, parents juga boleh buat salah. Cuma, kita kena ceritakan kenapa salah, bagaimana nak perbetulkan kesalahan. So, kalau anak buat salah, takde la di rasa bersalah di tahap gaban. Dengan cara itu, tak adalah confidence level anak itu drop jika berlaku kesilapan.


Celebrate the positive.
Pujilah anak. Jika anak ada pencapaian yang baik, walaupun sedikit, please appreciate! Kecil untuk orang dewasa tapi, besar untuk si kecil. Contohnya, anak mengemas barang sendiri. Pujilah sedikit. Anak boleh mengayuh basikal. Pujilah. Kerana anak telah mengambil satu effort / langkah untuk mencuba.


Listen well.
Listen to your child. Anak-anak yang sedang membesar ni, sebenarnya suka bercerita. Dengan siapa lagi nak berkongsi cerita. Biasanya dengan parents la anak nak bercerita tentang perasaan sedih, gembira, dll.


Resist comparisons.
Terima anak seadanya. Elakkan perbandingan yang tidak sihat di antara anak-anak. Jangan ada sikap melebih anak ini kerana cantik, anak ini kerana cerdik dan lain-lain. Setiap anak ada keunikan masing-masing.


Provide encouragement. 
Anak-anak memerlukan sokongan dan semangat. Terutama daripada parents. Galakkan anak mencuba. Sebarang pencapaian, walaupun kecil perlu diberi perhatian.


Harap-harap, anak membesar with positive self esteem.

More Activities With The Tot - Last Week

Last week Adam malas nak belajar being busy with his toys. Toys lama, to be exact, cars. Agak susah untuk mama menyelit-nyelit tunjuk rajin. Mama cuba untuk bercerita menggunakan buku-buku yang ada. Mula-mula, cuba dengan encyclopedia. Maybe sebab mama tak ready dengan supporting material, its turn out to be a boring one. Bukunya too wordy, kurang illustration. So mama rasa Adam bosan sebab mama being too technical. Sebab? Mama tak pandai prepared.

End up dengan mama recycle buku lama. Alhamdulillah, Adam melekat untuk mendengar. Lega.

Dalam usaha untuk menyelit-nyelitkan sedikit aktiviti buat Adam, sempat juga Adam mulakan readeasy volume 2. Walaupun pada awalnya mama ragu sama ada Adam boleh sound out blend phonics atau sebenarnya Adam menghafal, akhirnya, mama rasa Adam dapat benefits from both. Sebab, Adam boleh sound out satu perkataan baru dalam volume 2. Sikit sahaja, tapi cukup untuk menggembirakan hati mama. Over sikit mama ni. So, mama rasa tidak sia-sia apa yang mama lakukan bersama Adam. Semangat sikit nak teruskan.

Buku readeasy ni, sebenarnya dibantu dengan sedikit gambar. Semasa menggunakan volume 1, gambar-gambar tersebut banyak membantu Adam untuk meneka bunyi perkataan. Untuk volume 2, mama tutupkan gambar-gambar tersebut untuk memaksa to lead Adam supaya pronounce sendiri bunyi-bunyi yang ada.

Teling time 
Baru di tahap jam yang genap dan kepada 30 minutes. Cukup memberansangkan. Betullah orang kata kanak-kanak umpama span. Dua kali tunjuk, sudah mahir. Atau mungkin sebab Adam telah mengenal nombor. Kalau budak besar, kena tunjuk lebih banyak kali kot.

Writing
Writing skills Adam masih di tahap lemah. Untuk membantu Adam, last week mama dengan senang hati membenarkan Adam menggunting kertas di sana sini. Line tracing tidak dibuat, cukup dengan aktiviti menggunting. 



Ada dua aktiviti lagi yang boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Biar mama cuba dahulu.

Playdough Mat
Bangun pagi terus kejut Adam. Buat playdough. Kali ini guna resepi ini. Fuhhh... playdough ni, perfect! Macam playdoh je tekstur dia. Mama tulis a few words dari dalam readeasy volume 2. Kononnya nak suruh Adam trace guna playdough. Tapi, Adam tak guna pun. Sebab? Adam trace words yang dia tulis sendiri. Alhamdulillah :)


Cantik dan banyak playdough ni...

Ini handwriting Adam. Ditulis tanpa mama sedar. 

First playdough tracing. Comot.

Lepas practice sikit... much better



Drawing
Hahaha.... last week punya drawing dah improve sikit. Ni Adam. Dah ada rambut. Kalau lukis papa pula, ada misai dan janggut :)



Tips Memilih Tadika

Sekarang musim cuti sekolah. Tapi, mama dapat lihat banyak tadika yang berlumba-lumba mempromosikan tadika masing-masing. Maklumlah tak lama lagi sesi baru akan bermula. Teringin juga memberi my point of view berkenaan tajuk ni. Mungkin mama lebih sesuai untuk menulis bagaimana nak memilih taska. Sebab Adam baru masuk taska. Belum tadika lagi.

Tapi, next year Adam dah empat tahun. Mama rasa macam nak enroll kan Adam ke tadika masa umur 5 tahun nanti. So, tadika apa yang menjadi pilihan? So, these might be my concern for now.

  • Yang paling utama - dekat dengan office mama

Kenapa? Senang mama nak menjenguk jika ada apa-apa. Akan menyenagkan kedua pihak. Mama senang nak hantar Adam dan terus ke office ;)

  • Islamik education

Kenapa? Kerana pengisian rohani amat penting untuk anak-anak menghadapi cabaran masa depan. Mama memang kurang / belum menekankan soal pendidikan agama, tetapi sebenarnya, mama pernah bercita-cita supaya Adam khatam Al-Quran sebelum masuk ke darjah 1. Oleh itu, tadika Islamik sekurang-kurangnya akan dapat membantu mama mengatasi kekurangan/kelemahan mama.

Untuk memilih tadika yang Islamik, bukan perlu dilihat pada anak-anak yang bertudung /berkupiah. Tapi, dilihat dari segi pencapaian anak-anak itu sendiri. Mama telah bertanya kepada beberapa parents di satu tadika yang berdekatan dengan office. Alhamdulillah. Anak-anak mereka dapat membaca muqaddam dan mengerjakan solat dengan baik dengan hanya belajar di tadika ( tak aci jika parents mengajar di rumah ).

  • Persekitaran yang selamat

Tadika perlulah mempunyai pagar dan berkunci. Isu keselamatan penting. Takut pula jika ada orang yang tidak sepatutnya menceroboh masuk.

  • Berlesen

Pastikan tadika berlesen JKM.

  • Makanan

Tanya / rujuk menu makanan yang disediakan. Pastikan anak mendapat makanan berkhasiat.

  • Playground

Ada ruang / laman untuk anak-anak bermain. Jangan lupa, anak-anak belajar dengan bermain.

  • Yuran

Yurannya perlulah berpatutan. Ini juga aspek penting di dalam memilih tadika. Ada tadika yang mama rasakan sangat mahal, ada juga tadika yang mahal tetapi bersesuaian dengan servisnya, juga ada tadika yang berpatutan. Yang ini, kena intai poket, lihat isinya.

  • Sikap guru-guru

Guru tadika perlulah lemah lembut dan penyayang. Takkan anak hendak ditinggalkan dengan guru yang terlalu garang. Sudahnya, anak akan takut dan tidak gembira ke tadika. Guru juga perlulah sentiasa positif, membangunkan keyakinan diri anak-anak. Bukan guru yang membandingkan siapa cerdik, siapa kurang.

  • Guru berilmu

Sekurang-kurangnya, guru tadika telah mengikuti kursus JKM. Ini untuk memastikan guru tersebut ada ilmu di dalam menangani kanak-kanak. Mama pernah ke satu taska/tadika yang agak terkenal di kawasan mama. Pengasuhnya garang. Mencampak permainan sesuka hati ke KEPALA BAYI. Bila ditegur, katanya, bayi tersebut tak sakit. Aduhai.... Kesian Adam kerana mama terpaksa hantar ke sana dulu - antara punca mama cepat-cepat pindahkan Adam ke taska yang lain.

  • Pengisian selain akademik

Pastikan tadika tidak mempunyai jadual yang terlalu ketat. Selain akademik, kanak-kanak perlu belajar cara-cara untuk bergaul, berkongsi, dll yang akan dapat dicapai melalui bermacam-macam permainan atau aktiviti berkumpulan. Lagipun, mama beranggapan, jadual pembelajaran yang ketat akan membunuh sifat semulajadi kanak-kanak yang suka belajar.

  • Ratio pelajar dengan guru

Ini juga faktor penting. Memang la kita tak mungkin dapatkan ratio 1:1. Tapi rationya mestilah memadai. Jika terlalu ramai, nampaknya, akan ada kanak-kanak yang tercicir. Asalkan ratio nya mengikuti garis panduan JKM ( lagi kurang lagi baik ), boleh dipertimbangkan. 
Dilema sebenarnya di dalam memilih tadika untuk anak. Takut di dalam persaingan antara tadika-tadika, semuanya berlumba menghasilkan pelajar bijak pandai. Mama risau jika anak kecil merasa terbeban semasa di tadika. Risau jika bebanan itu di bawa sehingga ke sekolah. Mama mahu Adam seronok belajar. Tidak mahu homework yang banyak ( ada tadika yang memberi terlalu banyak homework! ). Cukup la sekadar satu / dua worksheet sehari. Tiada homework pun ok :) 
Ada setahun/dua tahun lagi sebelum Adam ke tadika. Priority mama mungkin berubah, namun inilah guideline yang akan menjadi asas pertimbangan mama. Owh ya, mama belum pernah melihat / survey silibus prasekolah. Jika silibus menarik, mungkin ia satu option yang baik.

Readeasy Volume 2 - phonics

Buku 1 sudah khatam. Words di dalamnya, mama boleh tunjuk di mana-mana. Walaupun kadang kala terbabas, mama rasa sudah boleh proceed kepada Volume 2. Sebenarnya, mama masih kurang pasti sama ada Adam mengingat words itu sebagai whole words atau Adam membunyikannya. Kerana melalui pemerhatian mama, phonics blending Adam masih lemah. Atau maybe, mama yang tinggi harapan. Certain words berjaya di blend kan dengan tepat. I am certain with a lots of practice, Adam akan mahir.

Sebenarnya, sudah dua hari mama mencuba untuk mengajak Adam move to Volume 2, namun tidak berjaya. Seminggu dua ini, Adam ralit bermain dengan toys yang ada. So, mama tiada peluang untuk menyelit. Cuma sesekali sekali di dalam kereta, mama cuba juga untuk meminta Adam mengeja perkataan-perkataan di dalam Volume 1. Nampaknya, Adam berupaya untuk mengingat.

Volume 2 ini masih di dalam kategori beginner juga. Namun, it's thicker than Volume 1. Naik level la katakan...

Bunyi baru yang diperkenalkan adalah "n","m" dan "p". 6 perkataan baru diajar bersama 2 look and say words. Di dalam readeasy, ia di sebut look and say, tetapi, mama rasa maknanya sama dengan Dolch sight word. Harap-harap, Adam boleh la menjeling-jeling ke Volume 2 ni sebelum tahun baru :)

Develop Fine Motor Skills

Fine motor skills. Kemahiran motor kasar dan halus adalah persediaan awal untuk kanak-kanak mula menulis. Ia meliputi cara menggenggam, mengawal pergerakan kaki dan tangan. Jika kemahiran fine motor kanak-kanak itu bagus, maka, aktiviti-aktiviti seperti makan menggunakan sudu dan garfu, memakai dan membuka baju sendiri, lacing, membuka butang dan lain-lain aktiviti harian akan dapat dilakukan dengan mudah. Kadang-kala mama terlupa untuk memberi penekanan kepada pembangunan fine motor skill Adam.

Lihat contoh di bawah. Line tracing Adam tidak smooth. Ini adalah satu bukti yang nyata bahawa fine motor skills Adam masih lemah. Begitu juga semasa mama bersekolah dulu. Ada kawan yang tulisannya cantik. Ada pula yang tulisannya agak buruk. Rupa-rupanya, inilah puncanya.


Mula-mula melakukan line tracing - garis lurus pun susah :)

Setelah dua minggu - ada perubahan. 

So, bagaimana mama boleh membantu Adam? Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak untuk mengukuhkan fine motor skills mereka. Perlu sabar dan kreatif untuk mencuba pelbagai aktiviti dengan anak. Macam Adam, kalau buat line tracing, hanya satu atau maksimum dua worksheet yang dia sanggup buat dalam sehari. Itupun mungkin satu atau dua hari sahaja.

Begitu juga dengan pin poking activity. Baru tiga kali dapat dipraktikkan. Walaupun mama bercadang untuk melakukan aktiviti ini dengan kerap.

Aktiviti menggunting pula, memang menarik minat Adam. Cuma, pada peringkat ini, hanya menggunting free cutting.
Lain-lain aktiviti yang promote fine motor skills ini adalah lacing activity, origami, membentuk playdoh, mengoyak kertas, bermain puzzle, menggunakan alat kawalan jauh ( main remote control car ) dan juga terdapat beberapa aktiviti fizikal seperti merangkak dan menjulur.
Mama berharap agar apa yang mama lakukan sekarang ini akan memberi manfaat kepada Adam.

p/s : mama terpaksa membantu Adam untuk membuka baju sendiri hampir setiap kali. Harap-harap, lepas ini, Adam boleh membuka baju sendiri dengan MUDAH.

First Drawing

First drawing? Bukan la first drawing sangat. Cuma, ini la first time mama snap drawing Adam. 

Cantik tak drawing ini? Mungkin tak nampak jelas, tapi di dalam gambar ini sebenarnya adalah Adam, 2 pokok bunga dan 1 pokok besar.


Lukisan ini, tidak penuh. Jika Adam mewarna penuh, rasanya, mama nak frame dan letak di hall. Walaupun tidak seberapa, bagi mama, sentimental value itu penting. Ini detik-detik yang kita kongsikan bersama. Owh, mama ada sekotak artwork yang Adam buat. Semua ini akan mama organized kan di dalam folder / kotak yang sesuai. Walaupun semuanya nampak seperti hanya contengan biasa, namun mama seronok sebab dapat compare hasil kerja dahulu berbanding sekarang. Dulu, drawing Adam, mama tidak boleh kenal yang mana pokok, bunga, Adam. At least sekarang, mama dah nampak semua itu. Cuma lack of date. Mama tak pula letak date pada semua itu. Lepas ni, mama akan letak date.
Mama rasa, benda-benda yang biasa ini, akan menjadi satu kenangan berharga satu hari kelak. Ianya remeh pada ketika ini, tapi amat bermakna untuk dikongsikan bersama.
Ini adalah aktiviti pertama yang mama lakukan dengan Adam setelah lebih seminggu bercuti ( almost two weeks ). Rasanya dalam minggu ini, mama cuma akan bagi Adam material untuk free drawing atau artwork.  

Kenapa Mama Suka Read Aloud


Mama bukan guru juga tiada pengalaman atau sijil untuk mengajar anak kecil. Tapi mama adalah ibu yang percaya bahawa setiap ibu adalah guru terbaik untuk anaknya. Mama juga bukanlah suri rumah sepenuh masa. Seorang pekerja yang bekerja makan gaji. Keluar rumah di awal pagi ( sekarang tidak terlalu awal ), dan sampai ke rumah dalam jam 7 petang jika tiada mesyuarat petang. Perjalanan menempuh jem setiap hari hampir satu jam dengan kadang kala mencecah sejam setengah. Sangat meletihkan. Sampai di rumah, mama perlu bergegas menyiapkan makan malam. Selesai makan, barulah aktiviti malam mama bersama Adam akan bermula sebelum papa Adam pulang pada jam 10 malam. Selepas itu, turn papa untuk bermain bersama Adam.

Letih sebenarnya. Itu sebab utama mengapa mama mementingkan read aloud bersama Adam. Owh... sesi read-aloud bersama Adam bermula sejak bayi
Kerana ia adalah aktiviti pembelajaran yang termudah sekali. Hanya memerlukan reading material + anak dan ibu yang bersedia untuk membaca dan mendengar pembacaan.
Alhamdulillah ianya telah menjadi satu rutin wajib untuk mama dan Adam. Jika mama tidak memanggil Adam untuk membaca kerana terlalu letih, Adam akan pilih sendiri buku dan meminta mama bacakan. Setidak-tidaknya, mama berjaya memupuk sikap suka membaca ke dalam diri Adam.

Selain itu, mama merasakan ada satu bounding yang kukuh di antara mama dan Adam. Seronokkan jika orang yang disayangi duduk rapat-rapat dan membacakan buku untuk diri kita. Selalunya mama akan mulakan dengan bertanya apa yang Adam tahu berkenaan cerita di dalam buku itu. Dan, mama mulakan pembacaan dengan menunjuk satu persatu perkataan di dalam buku tersebut. Soal jawab yang berlangsung akan memberikan satu quality time untuk kami berdua.

Banyak vocabulary baru yang dapat diperkenalkan kepada Adam. Mama agak terkejut juga bila Adam bertanya " Mama, earth ni dah mati ke? ". Mama jawab belum. Kita tinggal di planet earth. Adam menjawab, " Pluto je yang mati kan mama ". Pembelajaran tentang planet ni sebenarnya dah terlalu lama. Tak sangka masih tertinggal di fikiran Adam. Walaupun tidak mengikut susunan, Adam masih ingat akan beberapa planet yang wujud di alam ini. Tanpa pembacaan, mungkin mama agak kurang kreatif untuk menceritakan perihal planet kepada Adam. Secara tidak langsung, aktiviti read aloud ini juga bagus untuk meransang listening skills, language dan juga memory Adam. Juga untuk pembentukan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

Dan yang terpenting, pembentukan self esteem yang baik. Kerana Adam tahu yang dia disayangi.

Sesi pembacaan kami tidak lama. Jika lama, mama takut Adam akan bosan untuk membaca. Mama juga akan bertanya sebelum setiap sesi. Jika Adam menjawab dia tidak mahu membaca, maka, mama akan tutup buku. Adam masih kecil. Proses pembelajaran harus dilakukan dengan gembira tanpa paksaan. Mama juga tidak akan menghabiskan pembacaan sebuah buku yang penuh dengan gambar-gambar illustrator menarik di dalam satu sesi. Satu muka surat mungkin hanya mengandungi satu atau dua ayat ringkas. Selalunya sebuah buku yang nipis akan habis dibaca di dalam masa satu minggu. Hanya flashcard sahaja yang mama boleh habiskan di dalam satu sesi ( max 8 cards dalam satu siri, dengan satu ayat ringkas pada setiap card ).

Kerana merasakan Adam masih kecil, mama tidak memberikan penekanan untuk mengajar Adam membaca. Cuma lately, mama perkenalkan phonics kerana Adam akan mencecah umur 4 tahun pada tahun hadapan. 

Water Dan My Neighborhood - Read Aloud

Mama guna dua cards ni untuk minggu ini. Temanya : Water dan My Neighborhood. Simple, dari sini. Entah kenapa, tapi, memang mama target nak menghabiskan cards dari kizclub ini dulu. Buku-buku Adam masih banyak yang belum dibaca, tapi, untuk Adam, mama rasa cards dari sini sangat sesuai. Ayat simple. Baca dalam dua hari, macam dah boleh tangkap structure nya. Adam pula, jenis yang akan apply apa-apa perkataan baru yang dia tahu. So, mama rasa happy dengan teaching material yang free ini. 

Mungkin juga mama boleh speed up sikit. Buku-buku Adam selalunya, mama tak kan baca habis satu buku. Sebuah buku, kita akan habiskan dalam masa 2 - 3 hari bergantung kepada jenis cerita. Tapi untuk flashcards yang macam ni, dua - tiga cards boleh dibacakan dalam masa sehari.

Untuk Water, memang common sense la untuk kanak-kanak menjawab. 

My Neighborhood pula, Adam kata ada trees, birds, playground, kedai fish, bakery, tempat parking sekitar neighborhood dia. Ok lah, mama terima walaupun tak pasti dengan trees dan birds tu. Adam kata dia boleh nampak trees and birds thru windows. Maka, tepatlah juga jawapannya :p


Ok, semalam, kami ke rumah wan. Memandangkan Adam telah tahu apa itu neighborhood, matanya rajin mengusha ke sini sana. Owh, dekat neighborhood wan ada ini, ada itu. Welldone Adam!


And mama rasa, lepas ni, mama nak bagi welldone stickers untuk Adam. Pasti seronok - next year ok! Apa-apa Adam buat sekarang, mama akan tulis welldone besar-besar. Kalau mama terlupa, Adam akan minta. Biasalah motivation untuk budak kecil.