Readeasy - phonics

Buku ni, mama beli 2 tahun lepas. Hehehe... sudah lama, yet masih belum dibaca. Apa kes? Sebab mama hanya tekankan read aloud session sahaja dengan Adam. Mama kurang bagi penekanan untuk ajar Adam membaca. Sekarang, mama rasa masanya sudah tiba untuk anak mama membaca.

Kita akan habiskan buku ni. Ada 8 buah semuanya. Actually, mama masih lagi bermasalah untuk menerangkan blending phonics dengan Adam. Adam boleh la sebut satu-satu bunyi huruf, but in terms of blending, nampaknya masih lemah. Will work it out. Sebab, mama rasa once Adam dapat master the blending things, then, Adam akan dapat membaca dengan lancar. Sekarang ni, walaupun Adam tidak tahu mengeja sesuatu benda, dia tahu benda tu start dengan huruf apa. Thanks to phonics.

Buku Readeasy Volume 1. Untuk very-very-very beginner. Nak review sikit la pasal volume 1 ni. Volume 1 ini memberi penekanan kepada huruf "c", "a", "t","o","b". Cara penyampaian adalah sangat-sangat simple, dan sesuai la. Kiranya, pendek dan ringkas. Tak sempat la budak nak rasa bosan ( unless kita yang paksa dia ).



Sangat menjimatkan. Letak satu page protector, lepas tu, boleh buat macam-macam aktiviti menggunakan buku ni. So, sesi membaca pun takde la plain je. Enjoy!

Besides buat sesi ni plain macam kisah cikgu dan anak murid zaman dulu ( cikgu garang ), mama buat games dengan Adam. Adam diberi marker pen, dan mama suruh la bulatkan perkataan yang mama sebut. " CAT colour red ". So, Adam akan buat. Kalau salah, dia betulkan sendiri. Kira macam write and wipe book la. But cheaper version.

Dan nampak jugak keberkesanan phonics. Jika Adam tak tau eja certains words, mama minta Adam sebut word tu start dengan huruf apa. Usually, budak akan dapat sebut dengan tepat. So, senang la :D

1 comment:

  1. hai! to mama adam. i am irisia's mama.very interesting learning time n hope me n irisia can try this tip.

    ReplyDelete