Dulu, Adam main set ini. Mama beli set yang agak murah. Bukan brand playdough. Beli 4 dapat free 1. So, murah lah kan?
Setelah lama main (berbulan jugak ), mama perasan dia macam berubah sikit teksturnya. Macam lain la. So, semua mama buang. Takut. Walaupun ditulis non toxic, rasa was-was la juga. So, playdough ini dibeli Julai lalu. Mama beli untuk present birthday Adam.
Puas juga hati... Set ni, sebenarnya ada banyak vibrant colour. Tapi, ada colour yang dah macam serupa aje. Apa tak nya, semua colour dah bercampur-baur.
Nampak gaya, Adam memang tak jemu main playdough. Next time, mama beli set yang lain pulak ye :)
Actually, mama ada je resepi untuk buat playdough ni. Kalau buat sendiri, lebih selamat. Masuk mulut pun, tak bahaya. Cuma, sebab Adam diperkenalkan dengan playdough ni masa dah besar, bukan lagi masa nak menyuap semua benda ke dalam mulut, maka, mama tak kisah pun nak membuatnya.
Btw, ini resepinya. Maybe lain kali, mama perlukan bantuan...
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu besar minyak
21/2 sudu teh cream of tar-tar
Pewarna makanan
Caranya :
- Campurkan semua bahan.
- Kacau hingga sampai seperti mash potato.
- Letak colour yang dikehendaki.
- Bagi pada budak.
No comments:
Post a Comment