Jika dilihat pada post yang dibuat pada tahun 2008 - 2010, saaaangatlah sedikit. Mama sangat-sangat menyesal kerana tiada update pasal aktiviti harian. Sedar-sedar, Adam telah berumur 3 tahun. Maknanya, mama kerugian kenangan semasa Adam lahir sehingga berumur 3 tahun. Sayang sangat.
Entry ini pasal flash cards. Ini adalah diantara flash cards yang masih selamat semasa rumah kami dilanda banjir dahulu. Sayang sangat.
Flash cards ini tersimpan rapi di dalam almari. Hahhaha... mama tak pakai dah. Simpan untuk kegunaan masa hadapan. Cuma, sanggup la susah payah sikit untuk buka wrapping ( ok, mama siap wrap lagi ) supaya boleh diambil gambar. Sebab, nak tunjuk kat member.
Ini guna masa Adam dekat-dekat setahun. Before that, mama pakai graphic stimulation untuk mata Adam.
Yang ini, rasanya masa umur dekat dua tahun. Kan rugi x update blog. Hilang kenangan. Tak dapat ingat exact date. Huuu....
Sila compare size...
Yang kecik2 tu, pakai recently. Bukan2... tapi tahun ini la.... Saiz A4 potong empat. Tapi, hangat-hangat tahi ayam. Sebab, mama dah masukkan dalam box. Akan digunakan later :D
Peter and Jane ni, mama dah jarang guna. Sebab tengah pakai buku lain pulak.
Material untuk tulis bagi baby, ini. Guna artline 100. Beli colour merah untuk baby. Kenapa merah? Sebab banyak research mengatakan baby dapat melihat warna merah dengan jelas. Sebab tu, banyak flash cards untuk baby dijual dalam warna merah. So, untuk baby, gunalah marker pen / ink / colour merah.
Mata marker pen tu, besar! Sesuai untuk baby.