Aktiviti terkini..... tak ada apa-apa. Balik kerja, Adam minum milo dalam kereta. Sampai rumah terus main PSP. Lepas papa balik, main fight-fight sampai tertidur. Itu sahaja sejak dua - tiga bulan ini. Owh.... boring.... Hahahah :)
Twin Yang Dulu Itu
Twin yang dulu ni dah besar. Hasya dah menjadi kakak dan Adam masih remains baby. Insya Allah, tunggu Adam besar sikit lagi, boleh la Adam jadi abang.
1st Time Ke Bazar Ramadhan
Entry ini mengisahkan Adam yang pertama kali ke bazar Ramadhan. Phew..... Dalam bersesak-sesak dengan orang ramai dan tangan yang penuh dengan juadah hasil shopping makanan, terpaksa memikul Adam yang telah mencapai berat hampir 14 kg diusia 3 tahun.
Adoi! Beratnya.... Sepanjang Ramadhan, rasanya adalah 3 kali mama ke bazar. Selebihnya, mama dan Adam berbuka di rumah wan atau kami masak di rumah.
So, inilah hasil kali pertama ke bazar.....
Second time, mama hanya beli popia basah dan ikan terubuk bakar.
Roti Yang Ada Meat Tu....
Sejak Adam diajar makan Subway, dia telah terjatuh cinta dengannya. Menu : Meat and Cheese. Kalau setakat yang 6" tu, hampir habis la Adam makan. So, jangan sapa-sapa berangan nak share.
Adam akan minta, " Mama, nak makan roti yang ada meat tu... ". Disebabkan entry ini adalah entry pekasam ( dah raya pun ), mama nak juga recap apa berlaku masa bulan Ramadhan. Jeng..... Ada la dua kali mama ke Subway utk beli roti yang ada meat tu utk Adam. Sebab Adam tak nak makan kat rumah ( maybe sebab mama puasa dan masak ala kadar je utk Adam yang tak puasa :) ).
Aktiviti Hujung Minggu
Since Adam ada banyak pets di rumah, maka, dua aktiviti ni dah jadi aktiviti wajib di hujung minggu. Pergi ke pets shop untuk shopping makanan ikan dan bersihkan akuarium :)
Aktiviti ini dibuat sebaik sahaja selepas Adam's 3rd birthday celebration. Kedai ikan yang ini agak besar, dengan harga yang agak mahal :(
Kemudian, kami singgah mengisi perut di sini. Nampak tak thumbler yang digunakan? Thumbler itu asalnya dari birthday celebration Adam juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)