A Lion Came To Visit Us

A lion drop by tadi. Guna paper plate, kertas warna, magic colour dan rubber band. Actually mama yang buat. Since mama yang buat, mama gunakan steplers. Kalau Adam buat, mama akan suruh gam.

At first, macam mama sorang-sorang yang buat. Adam was busy with other stuffs. Bila dah nampak rupa, barulah dia berminat.

Mama discuss pasal lion dengan Adam. Soalan-soalan biasa saja: lion ada berapa eyes?, nose, legs. Ada whiskers atau tidak. Finally, Adam colour la Mr. Lion tu.




Azam Tahun Baru ... 2012

Mama ada azam tahun baru... to be organized! Mama akan record semuanya.... without cheating ( hopefully ). Coz next year, Adam will turn 4! Mama perlu asah anak mama before kita enroll to mana-mana tadika. Hehehe....

So, sayang, kita doakan supaya azam tahun 2012 mama akan tercapai! Ada 6 bulan lagi untuk mama starts berangan-angan apa nak buat, maybe start buat some silibus. 
Mama nak teach about life, about logic, about doa.... benda-benda simple, tapi penting for life. Things that tadika tak tekankan sangat, tapi sangat penting untuk masa depan.
As far that i can see, masa depan nanti, sangat-sangat mencabar. Only the strong one will survived. Maybe semua budak-budak adalah sangat pandai. So, orang yang akan lebih berjaya ialah orang yang kuat pegangan agama, orang yang lebih keyakinan diri dan orang yang lebih motivasi dan semangat untuk hidup.

I would like to brush up your confidence level, but I'm still new. I'll teach what i think is necessary... But in the end, Adam yang akan mencari jalan sendiri. Mama will lead you through the way, but it's all up to you.

Doa Di Dalam Mendidik Anak

Doa dan petua orang tua-tua ni, dah lama mama buat pekasam di dalam hati. Sampai dah terlupa. Lupa yang doa ibu sangat mujarab. Ya Allah, padahal, doa adalah perkara termudah.... tapi, lalai untuk dibuat.

Petuanya, bacakan ayat-ayat di bawah dan sapu pada ubun-ubun anak sambil berdoa apa yang dihajatkan. Boleh juga di baca ke dalam air, dan diberi minum.

Insya Allah mama akan try buat untuk sayang mama. 
  • Surah Al-Fatihah ( 1 kali )
  • Ayat Kursi ( 1 kali )
  • Surah Al-Insyirah ( 1 kali)
  • Surah Toha ayat 1 - 7 ( 1 kali )

A Day At Zoo Negara

Hari ni, bawa Adam ke Zoo Negara. Alhamdulillah, compared to the first visit and second visit dulu, rasa berbaloi la untuk meredah kepanasan. Sebab, Adam dah besar. Dah pandai menikmati keindahan, kecantikan dan keunikan haiwan.

Mulut Adam sibuk bertanya nama-nama binatang. Masalahnya, dia tanya, fish apa? Bird apa? Nama bird tu apa? So, our visit kali ni, lebih menjurus pasal belajar tentang animals.

Since Adam dah tahu mana wild animals, mana tame animals, mulut dia bising mengkelaskan binatang-binatang itu. 




Dah pandai posing...





Perlukan Beg Baru

Ini beg sekolah Adam. Rasanya seperti nak kena beli beg sekolah yang baru. Mencari-cari beg captain America yang ada roda. Belum jumpa. Jika tak jumpa, maybe kita akan beli beg Ben 10 lagi.... atau apa-apa beg lain yang beroda.




Jadi Dah Fridge Magnet

Setelah di edit, maka, jadilah fridge magnet. Siap tampal di fridge lagi. Cuma letak kertas A4 dibelakang dan gamkan magnet :D



Bunny In The House

Bunny in the house :)




Foam Paper

Beli ini untuk projek baru. Lom tau lagi untuk apa.... I have a few ideas in mind, cuma tak pasti yang mana lebih sesuai. Rasanya perlukan batang ice cream. Hm.... mana nak dapat. Dah lama x makan ice cream ada batang.


p/s : i love book shop. Suka sangat-sangat. Tapi, selalunya, duit akan habis bila masuk book shop. :( Sampai terlebih-lebih pula rasanya material utk Adam. Padahal, banyak yang belum digunakan punnnn..

Flip Book

Since kegagalan flip book pertama, mama create a new one. Gagal bukan sebab Adam tak suka, tapi material paper dia. Sepatutnya, each page ni, kena di laminate. Baru la tahan lama, mungkin untuk generasi seterusnya. Wakakakaka... Betul! Cuma it quite costly.

So, this one, i try to make it on a thicker paper. Actually, mama beli kertas lukisan saiz A4. Mungkin akan tahan lebih lama. Kalau tak tahan juga, maybe kena juga consider untuk laminate. Huuu....

Bukunya dah siap, tapi untuk content, maybe i should plan first. Aritu sangat teruja... Tak sempat untuk fikir pasal content. 


p/s : Kena sorok till buku ni dah penuh. Takut Adam minta untuk tulis lagi. Nak beli laminate machine, takut tak berbaloi pulak.

1st Sun Cather

Lama x buat aktiviti mengaler pakai water colour. This morning, pagi-pagi lagi Adam bangun. Mama dah janji, this week kita pakai water colour. So, inilah our first sun cather.

Before ....


The processes ...




The result ...



Close up sikit ...




So, untuk hari ini, selain belajar bersabar untuk kaler satu per satu, Adam juga belajar 1 benda baru. Blue + red = purple! Actually, utk sun cather ni, xde kaler purple. Since Adam nak jugak kaler purple, we create one. So, dia tahulah.... blue + red = purple. Harap-harap Adam ingat :)

Hmmm, instead of nak gantung those things, mama rasa macam nak jadikan fridge magnet. Yeay! More of Adam's artwork as our home deco. Hehehe.... Yang ini pun, masih tergantung di fridge mama.

Cards Collector

Seperti budak besar, sekarang, Adam into cards. Sibuk collect cards. Cards ni pulak, berbulan-bulan papa try cari. Susah nak dapat sekarang. Puas menjelajah seluruh KL, finally jumpa di kedai toys kecik kat Subang. Fuhhh.... Puas hati.

Inilah card nya.... before masukkan dalam card holder.


Tiny Zoo

Adam main Tiny Zoo sekarang. Actually, papa yang main dulu. Then, kami dua join sekali. Yang sangat kelakar, masa mula-mula main, rasa ada banyak dah shops and animals. Asyik-asyik berkurang. Rupa-rupanya, Adam keeps deleting menda-menda tu. Aisehhh... Rugi. Sekarang, alhamdulillah. Dia dah pandai. Xde la kami kerugian lagi :)




Projek Semalam

Semalam, mama beria-ia nak keluar cari kertas. Kertas fancy-fancy la. So, kertas punya pasal, I end up habiskan RM35.90 only for kertas. Makkkk oiii... plus a stencil and a junior scissors. Ada la new ideas in mind.


Rupa-rupanya, ini yang mama nak buat. Nampaknya Adam excited. 




Title pun xde lagi. Then, mama start with consonant and vocal. Hahaha.... some sort of teaching to read project. Tapi, instead of buat session macam serious learning, which I won't do, mama buat games session with Adam. Enjoy!

Since ada banyak lagi page kosong dalam ni, Adam ask, " Boleh tulis ke mama? ". Alamak.... nak cakap tak boleh, kesian pulak. So, " Boleh.... ". So, buku ni end up like this...


My Handmade book

This is our third handmade books. Dulu, masa Adam kecik, mama ada buat 2 homemade books. Keterujaan Adam tak hebat sangat masa tu. Or maybe mama yang tak notice. Lepas tu, penyakit mama datang balik. M.A.L.A.S.

Akhirnya, lepas 2 tahun, inilah bukunya. Adam suka. Bila Adam suka, mama lagi suka. Susah ooo nak drive sambil bacakan buku.

So, next project, maybe more of the handmade books ataupun buat powerpoint presentation je... Which I found it quite leceh.


Owh... lupa snap pic. Nanti la...

Naruto Sannnn....

Since dah belikan his first comic two days ago, dia dah tau yang comic ni adalah buku yang sangat menyeronokkkan. Cuma yang kurang menyeronokkan, mama x dapat nak menumpukan perhatian pada tv. Balik rumah, Adam akan kasi can untuk mama tengok tv satu jam. Selepas tu, turn dia pulak untuk habiskan satu dvd. Lepas tu, mama tengok tv lagi :D

Since dah pandai nak membaca comic ni, bila turn mama utk watching the tv, mama kena read a loud comic book pulak.

Buku belajar pun malas nak read a loud. Sekarang kene read a loud comic book. Bila read a loud buku belajar, he'll captured new vocab, plus sikit-sikit imagination coz i'll related apa yang ada dalam buku tu dengan our real life. Tapi, bila baca comic ni, ok la untuk imagination dia. Cuma, part new vocab agak kurang coz mama will read the comic in Malay. Susah ooo... nak reka-reka story pasal superhero ni using English, as my tounge ni, lidah Melayu. 

Hehhe... though Adam pun lidah Melayu jugak macam mak dia, tapi, better than me i guess. Sebab vocab dia boleh tahan jugak as a toddler. Tapi agak sedih juga. Dulu boleh juga dia converse in English. Sejak besar dan berkawan-kawan ni, all the English words turn to Malay. Language needs to be practice. Takut juga Adam lupa. Cara untuk tak nak bagi Adam lupa is, mama need to converse in English with Adam. Huuu..... susah ni. Let's start our vocab class again. A few new words in a week. Macam dulu-dulu....  

Riang-Ria Di Family Day


Adam @ family day mama. Bukan la family day sangat, lebih kepada sukaneka. Yang penting, Adam happy :)

These pictures will do the talking.

Before
The processes

The result
Dapat la 5 ketul gula-gula. Jadi la.... :) All by himself. Mama and papa tlg tgk aje :)

The end

First Comic

Yeahhhh..... Adam is a big boy now. Petang tadi kami ke Jusco. Untuk lunch dan menghiburkan hati si kecil. Sudah banyak hari terkurung di rumah + tidak bersekolah. Kesian sangat. Jadi, gagah kan juga ke theme park jusco tu, setelah badan Adam sejuk ( lepas makan ubat ). Kami ke sana berbekalkan ubat-ubatan, thermometer, sweater, stokin etc.

Seperti biasa, pasti ada habuan utk si dia. Dapatlah seekor eagle man dan .... comic book! Wow! Bulan 7 ni genap 3 tahun, dah ada comic book? Tebal lagi.... pasal iron man. Papa cari juga comic captain america, x jumpa.

Habisnya, kering la tekak mama bercerita pasal iron man tu. Ye la.... mama cerita macam biasa. Semangat! Suara mesti kuat. Kiranya bersungguh-sungguh la..... tapi, dek tebalnya buku itu, adushhh.... letih nak menghabiskannya. Tak habis pun, baru 1/6 buku ( or less ), mama dah stop. To be continue... letih ooo....

Bila kita dah excited, Adam lagi la excited. Sibuk bertanya macam-macam. Bagus la untuk imiginasi dia.... watak2 dalam tu, dia kenal. Mama pun tak kenal. I know only tony stark n iron man.



Show @ Ampang Point

Adam buat show kat Ampang Point. Hehhe... bukan la masuk contest etc, tapi ada stage kat foyer Ampang Point. Mama saja2 tanya, Adam nak joget tak kat atas tu? Dia angguk. Sibuk buat ultraman dance. Tak peduli la orang lalu lalang yang tengok. Mama ajak g tempat lain pulak, dia jawab, " Lom habis lagi la. Ada lagi ni... ". Hehehe.... 

Alhamdulillah..... saja je minta dia buat. Konon nak help to increase his self confidence. Rasanya xde masalah kot. Happy je dia dance. Papa dia pulak yang lari. Heheh... malu ke? Dia dance cute sangat. Steps tu, dia dah hafal. Tengok dvd. 

Actually, mama rasa, benda-benda macam ni, jangan malu. Selagi anak kita tak buat salah, biarkan sahaja. Ini penting untuk self-esteem dia. Sebab tu la, kadang-kadang mama over protective sikit. Mama nak dia tau, apapun yang dia buat, selagi betul, mama ada. Kalau salah, kena la tegur. 


Kuah Tumpah Ke Nasi - Where Else?

Ini yang dikatakan bapa borek anak rintik. Since papa ada banyak collectible items / toys, minat tu jatuh pada anak dia. Agak malang la jugak, sebab, si anak tu pun, pandai menilai toys. Bukan sebarangan toys yang dia minat. Kalau memilih toys, boleh ambil masa berjam-jam. Huuuh! Unless, dia dah tau apa yang nak dibeli.

Hari ini, hari ke-empat Adam demam panas. Mencecah 40 darjah. Masa mama bawa ke klinik last Friday, badan dia macam dah menggigil-gigil. Tarik. Bawa ke klinik kanak-kanak. Mula-mula terfikir untuk ke Ampang Puteri, tapi bila fikir-fikir, takut dapat Dr. entah apa nama dia. Not so good doc tu. Baik hantar ke klinik pakar kanak-kanak. Bilnya memang mencecah seratus, tapi, kalau Ampang Puteri, bil Adam akan cecah hampir RM200 + servis yang mama tidak berapa berkenan. Sorang je doctor yang tak berkenan, tapi, kalau dapat dengan dia, tak berbaloi la duit tu.

Harap-harap hari ni, Adam akan sembuh. Kesian. Bosan jugak kan, terkurung dalam rumah. Nak berjalan-jalan pun, hati tak senang. Kalau Adam ok, petang nanti / malam kita keluar sekejap.

Eh.... lari topic pulak. Actually nak cerita, dalam demam-demam, dia masih boleh tersenyum ambik gambar, masih kepala ligat berfikir apa lagi toys yang dia xada. So, semalam, walaupun demam, kita keluar juga sekejap untuk mendapatkan ini...


Al-kisahnya, last week, papa nak belikan. Tapi dia tak nak. Dia hanya nak kan yang biru sahaja.



So, semalam, lepas tengok vcd, ada la watak birth ni. Terus la Adam mengamuk-ngamuk nak birth. So, terpaksala kami meredah hujan ribut untuk membelinya. 

Owh... collection papa memang telah banyak berkurangan. Kesian. Instead of jadi display dalam cabinet, Adam ambil buat main. Huuuu... mau nangis rasanya. So, dari rumah yang penuh dengan benda-benda ni, nampaknya semakin kosong. In fact, since kami pindah sini, bilik papa tiada lagi rak-rak yang tergantung di dinding. Kalau dulu, rasanya, nak pijak pun kena hati-hati. Dek hilangnya toys papa, papa pun jual. Itu pun, hanya jika Adam approve. Sebab, kalau jual dia tak tau, mau mengamuk la jawabnya. Memory budak kecil sangat kuat. Walaupun banyak, dia boleh ingat apa yang ada.



Yang ini, actually ada yang nak beli. Harga pun not bad. Kira memang untung la... tapi, not approved by si kecik. Hahaha..... 


Owh ya.... demam-demam pun, sempat mumbling sorang-sorang menyebut apa lagi yang dia xde. Habis la..... Kamen rider ni, walaupun dah ada berkotak-kotak, banyak lagi yang xde....


p/s : budak demam ni, breakfast minta McD. Lunch makan sate and dinner makan spegatti. Uik? Lapar sebab banyak hari tak makan kot?

Topi

Cantik tak topi ni. Agak-agak, kalo g picnic, boleh pakai x? Cute. 






p/s : topi ni, Adam buat kat nursery.

Mother's Day Card

Sangat touching. Masa fetch Adam from school semalam, dia berlari-lari ke arah mama sambil menjerit, " Mama, happy mother's day! Adam buat card ni ". Hehehe... seronoknya jika boleh dirakam. Sweet sangat. Siap bercerita macam-macam pasal card tu. Dia kata, dia loves mama. Agak-agak, papa jealous x? May be not. Tapi, papa minta Adam buat father's day card untuk dia pulak.



Tak Ada Internet

Kelakar sungguh. Si kecik ni, kalau dia sibuk browsing cari ultraman etc, tiba-tiba hilang, dia menjerit, " Xde Internet!". Mana la dia dengar ni.... Hahaha.... padahal, maybe page tu tak support. Adam tahu ke internet tu apa? Hahha..... mama rasa geli hati sangat2. Vocab dia boleh tahan. Kalau slow connection pulak, dia kata, " Tengah loading la mama ". Ngeee.... Pasni, boleh la sebut pasal buffer, network etc.... superb vocab untuk budak kecik :D



Makan-makan Di Rumah Wan

Wan jemput kami lunch. Tapi, disebabkan kami telah mengambil brunch ( breakfast + lunch ), maka, kul 3 baru lah terkedek-kedek ke rumah wan. Makanan tidak mengecewakan. Sedap. Disebalik kesedapan mama dan papa makan, ...


Sambung dengan sesi wan dan anti untuk pujuk Adam pergi swimming pool. Teringin nak tengok Adam swims. Hehehe...

Akhirnya berjaya.... tapi hampa... sebab hujan lebat giler. X dapat la Adam menunjukkan kehebatan dia dalam air :D

Mainan Main Buang - Hate It!


Apa yang special pasal mainan macam ni... Sesekali, terasa kalau mama jual benda ni, kaya la mama... itupun, kalau bukan Adam yang jadi regular customer mama.

Dulu, harganya RM5, sekarang ni dah RM7. Mahalnya.... Mama rasa mahal. Sebab beli benda ni, dalam 2 hari dah bocor.... di tong sampahkan. Wahhh... pakai dua hari saja?

Each time keluar, kena beli. So, dah berapa habis untuk benda ni? Lebih baik beli mainan mahal.... puas hati. Asal jangan pakai buang. Tapi, anak punya pasal, beli aje la.....