Kalau Cukup

Semalam, mama Adam la pulak yang kembung perut. Drive dalam keadaan tiga suku sedar (hehehe....) ke rumah wan. Nak menumpang bermanja la. Kan x sihat...

Wan bawa Adam pergi beli chocolate. Dalam tidur-tidur ayam, sempat la mama dengar wan cakap nak makan chocolate tu sama-sama. Yang kelakarnya, jawapan Adam. Dia kata, " Kalau cukup ". Lembut dan slow aje dia jawab. Huuuu....

Lagi satu insiden masa pergi lunch last Sunday. Mama order milo ais, Adam teh o ais dan papa air kosong. Sambil minum air Adam jeling-jeling air mama. Dia tanya, " Tu air milo ke air ubat? ". Mama kata air milo. Terus dia minta dan sedut x hengat punya.

Dah air teh o tak berusik, papa minum la. Tersedak papa bila dengar anak comel kata " Kang habis air Adam kang. Kang habis air Adam kang ". Pandainya dia menjawab. Masih dalam nada yang lembut dan slow.

Mana la dia belajar.....

Present Untuk Budak Yang Baru Recover

Present untuk budak kecik yang baru je recover dari high fever + cirit birit. Hehehe. Semoga menceriakan hati... tapi, nampaknya dia tertidur awal malam ini. Eh, heaven juga. Selalu tido kul 1. Ini baru kul 10. Hehehe...

Dia x sedar pun. Esok nak tunjuk post ni. Tgk apa reaction bila melihat diri sendiri tidur bersama mainan baru :)

Owh... mainan itu telah disorok utk buat surprise :D



Pemakanan Ilmuan Islam

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tips Mendidik Anak Dari Kecil

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Sudah Pandai Menjawab

My baby boy sudah besar. Cakap lah apa pun, refer kepada siapa pun, kalo dia terdengar, dia tahu kita refer or cerita pasal siapa.

Last week before Adam kena demam panas, sajer bertanya perkembangan Adam. Budak paling kecik dalam kelas. Yang lain semuanya dah besar-besar. Adalah 3 org yang sebaya. Teacher kata, Adam dah boleh kaler ikut garisan. Hmmm... memang lah, tapi susah nak suruh dia kaler ikut garisan. Kalo xde distraction, boleh la... kalau x, as usual, dia conteng-conteng aje. Mama tau ni.... tapi part yang best ialah .... kalau kakak2 dan abang2 dalam kelas semua dah siap mewarna, apalagi, dia pun dengan kelam kabutnya akan start menconteng. Siapa dah siap kan boleh main. So, rushing nak join the others main.

Bila teacher tegur suruh kaler ikut garisan, dia berenti kaler. Ini ayat teacher dia. " Adam, tengoklah garisan tu kat mana. Kaler la elok2, jangan conteng ". Slowly dia jawab. Very nice and politely, " Dah tengok dah... ". Hahahaha! Pandainya :p

X pe la teacher. Itu luahan anak kecil. Dia x sabar nak main dah tu.... Patutlah, kalau dia kaler kat rumah, dia mesti nk mention kat mama, " Adam kaler kan mama, bukan conteng. Ini kaler bukan conteng ". Kalau dah tahap itu budaknya, sabar lah... Kesian anak manja mama. Nama pun the youngest in the class. Yang sebaya yg lain tu, semua baby awal tahun. Adam memang the youngest and the manjares ( manjares? abai spelling, sebut aje ;p ).

Good work sayang. Pandai anak mama kaler.

Eksyen Sajer

Rak buku idaman tu, macam kene beli aje. Saaaaangat cantik. Cuma, mana nak letak? Rumah pun dah penuh dengan perabut. Nanti menyemak aje. Tapi, kalo x beli, ini la jadinya setiap kali si dia membaca.


Owh yeah.... termalu sorang. Dia baca bismillah sebelum buka buku :)

High Fever

Dah lama rasanya Adam x demam. Last week demam panas la pulak. Very very very high. Lepas makan ubat, masih 39 darjah. So, doc sumbat ubat bontot walaupun mama bgtau baru lepas makan ubat. Huuuu.... Rabu malam, khamis, jumaat, x reda juga. Sabtu, kurang dah. Finally Ahad, x demam lagi :)

Tapi, cirit birit la pulak. Huuuu.... bawa g doc yg sama. Told him Adam cirit birit sejak Sabtu. So, dia bgtau. Maybe Adam x tahan antibiotik yang dia beri. Ramai orang yang x tahan. Memang akan cirit birit. Uhhhhhuuu... macam mana ni? antibiotik tu kene habiskan. Patutla cirit bau ubat :p


Bila difikir-fikirkan, patut la setiap kali lepas demam, Adam cirit! Antibiotik rupanya :(. Ingatkan sebab makan x menentu. Yelah, Khamis & Jumaat langsung x makan apa-apa. Sabtu, mama sogok dengan keropok yang mengarut-ngarut. Sebab kesian anak dah lembik x makan. Ahad, masih x makan nasi, tapi dia makan choc. 

Kesian anakku. Mama terpaksa juga bagi susu sebab kesian Adam menangis. Tapi, kelakar giler. Satu botol penuh air, mama letak secubit aje susu. Cirit mana bleh minum susu. Hahaha.... yg kelakar, dia togok jugak sebotol tu. Memang la suka susu.


Ini antibiotik yang menciritkan Adam.


Susu yang cair.... secubit aje..... kaya lah mama macam ni. Kalo x, satu tin tu, seminggu je.


Hero yang keletihan. Pagi ni makan keropok sahaja. Jadi lah....



Bacalah Anakku

Masa balut buku semalam, Adam was very very very excited. Happy giler dia dapat banyak buku baru + 3 cd. Hahaha.... mama apa lagi, terasa berbaloi la menghabiskan duit gaji utk dia. Excitednya dia sampai semua buku nak dibaca semalam. Sempat menjenguk-jenguk ke buku Dibo. Vocab dalam buku2 tu, Adam dah tau. Cuma sebab buku tu sangat colourfull dan cantik, mama terpikat terus. Illustration dia besar dan smart. Boleh juga dibuat utk sesi mereka-reka cerita. Kira memang berbaloilah!

Kering air liur membaca Bacalah Anakku semalam. Dia teruja sampai mama kena habiskan baca semua buku tu. Adam ikut.

Hai.... inilah yang buat makin seronok nk beli buku. Seronok seronok dan seronok. Walaupun nampak macam main-main saja kita buat, tapi mama nampak kesannya. Insya Allah kesannya akan nampak dengan lebih jelas in years to come.

Yang penting, kita berjaya menghabiskan masa yang berkualiti bersama :D Konon la kan. Xde la masa hanya habis dengan berlingkar di depan tv.

Iqra'

Hoyeah!!!! Sudah beli Iqra'. Lepas ni, boleh la mama belajar mengaji. Well, nak mengajar, kenalah belajar dulu ok?

Sangat teringin nk beli muqaddam besar sebenarnya. Mana nak cari ye. Dulu ada terjumpa satu di book shop, tapi rasanya x besar sangat. Maybe mama kena buat muqaddam sendiri ni. Hurmmmm.... Sebenarnya, kertas card board masih banyak lagi dalam almari. Xde alasan la kalau nk buat sendiri. Tulis besar-besar kasi puas hati.

Yeay!!!! Malam ni nak balut buku baru :D

Kita akan buat sambung titik2 atau nk mama lukis dan warnakan? Lupa nk beli manila card. Uhuuuuu.... x suka la bila ada benda lupa nih....

Malam Yang Bosan

Mama suka bawa Adam ke rumah wan. Best! Apa yang best? Makanan la best. Lepas tu, ramai la pulak yang boleh tolong entertain Adam. Rileks la sikit mama :D

Tapi kesian, last night Adam tertido awal. Bukan sebab letih bermain bersama anti dan uncle2nya, tapi sebab bosan. Semua orang ada benda nak buat, so, tinggallah Adam terkontang-kanting sorang-sorang. Nasib baik ada Jeko dan Jeki untuk dibuat main. 

Suka pulak dengan Jeko and Jeki. Sangat comel. Si kembar yang dipisahkan dua - tiga minggu lamanya akhirnya bersatu kembali. Kesian mereka. Rindu-rinduan....

Kena Beli Buku

Last week berborak dengan cikgu Adam. So, dapat lah input buku apa yang diorang guna dekat school. And.... hehehe... diorang guna Peter And Jane, Bacalah Anakku dan .... lupa la apa mereka guna untuk Jawi.

Since school guna buku yang sama, mama rasa nak bawa la buku tu to school everyday. Bukan apa, nanti, bolehlah cikgu dia tanda dah belajar setakat mana. So, kite recap apa yang teacher ajar ajela. Pasal Bacalah Anakku, ingatkan ada kat rumah. Rupanya, yang ada cuma English version. Nak kene beli la Malay version nampaknya. Utk tujuan recap sahaja. Sebab, mama rasa macam nak stress pada benda lain pulak. Nak ajar menulis. Ala, conteng-conteng ajer, ikut titik-titik. Inikan bagus untuk motor skills. Lagipun, buku banyak kat rumah. Cuma kena rajin sikit. Sebab Adam requires utk pegang tangan dia masa menulis. Dia kata " Mama kene shows. Adam x tau ". Heheh...

Iqra' last time tgk kat satu kedai ni. Macam dah habis. Pisang goreng panas! Mesti bagus.

Teringin juga nak beli edu games, cuma x jumpa yang sesuai utk budak 3 tahun ni. Ehehehe...

Otak Beku, Mahu Tidur

Mata sudah mengantuk. Letih sangat. Jam dah dekat kul 1 am. Adam belum ada tanda-tanda untuk tidur. Masih aktif seperti biasa. Mama dah keletihan sayang. Perlu tidur untuk recharged. Esok nak pulun lagi bekerja. Huwahhhhh!!!

Dalam banyak2, inilah yang mama menyampah sangat2. Tidur lewat since baby. Letih la sayang. Sangat2 letih. Seharian dah pulun, malam kene pulun lagi ke?

Ya Allah, syukur dapat anak yang aktif. Kalau sakit, lagi susah.... ZZzzZZzzz

Ambil Order

Weekend ni, kita x pergi playground. Harap2 Adam x ingat ye sayang. Bukan xnak bawa, papa x sihat. Kesian pulak. Next week kita pergi insya Allah. Tapi Adam kan dapat Den-O baru ngan motobike dia? Bestnya dapat present. Tq papa :)


Sajer jer letak gambar tu. Xde kene mengena dengan article.

Owh... dia dah pandai ambil order. Selalu pegang buku kecil dan pen, pretend utk ambil order. Kalau x tau nak makan apa, dia akan suggest. Macam-macam tau! Selalunya utk makan : nasi goreng / kuew teow goreng, kari ayam, telur. Minum pulak : teh, air milo dan air suam. Hehehe.... apa lagi wan, boleh la Adam buat part-time kat kantin kan....

Komputer Games!

Owh! Owh! Owh! Sudah pandai main komputer games. Makin tekun mengadap siang dan malam. Aduhai!!!! Nak bagi supplement utk mata la kalau macam ni. Kene rajin2 makan sayur ye sayang. Nanti mata rosak.

Dia main siap terjerit-jerit lagi kalau nak kalah. Kalau menang, terjerit2 "YES!!!". Dah besar anak mama...




Serious aje main. Time ni, kalau kacau pun, x layan dah.... asyik mengadap games.

Exercise Hujung Minggu

Ini gambar terbaru anak bujang mama. Sudah besar! Gambar ni diambil semasa bersenang-lenang di taman selepas aktiviti mengisi perut yang kelaparan di kedai mamak.


Pendidikan Kanak-Kanak

Sekarang, sudah semakin ramai ibu bapa yang begitu concern pasal pendidikan anak-anak. Bahkan sudah ramai di barat dan juga timur yang mengajar anak sendiri di rumah. Maksudnya, anak-anak belajar di rumah. Diajar oleh ibubapa dan hanya didaftarkan untuk mengambil peperiksaan awam. Aduh!!! Hebat sungguh.

Dalam kepala ni, memang salute betul la kepada mereka ini. Sangat rajin, dedicated demi menjamin kualiti kecemerlangan anak-anak.

Mama pun ada jugak ajar Adam sikit-sikit kat rumah. Tapi, memang waaaaaays la kalau nk di compare dengan homeschool ni. Setakat 5 minit satu session? Mana ada school yang belajar 5 minit je sehari. But i believe, baik ada dari tiada. Lagipun, apa yang kita belajar ni informal. Seronok-seronok saja. Janji kita happy :D

Owh, untuk itu, terpaksa mengaku, dah seminggu kita x buat apa-apa. Sorry ya.... Ada la sikit, maybe seminit sehari. Ahahah!!!! Satu minit pun kira ke? Kira la sayang.... sebab walau sikit ada impak :D

Kalau nak harap benda yang besar2, memang xde la kan. So, small things pun kira! To took our small steps sebelum boleh berlari ya sayang :)

Main-main

Mama sudah bosan dengan buku-buku yang ada. Bila lah nak ke kedai buku ni. Teringat-ingat buku yang di tengok di PKNS Bangi beberapa bulan lalu. Nak beli time tu, terasa macam banyak sangat. Sebab sehari sebelum tertengok buku tu, mama dah beli 3 buah buku baru. Huuu... jauhnya! Rasa macam terigau-igau. Hahaha....

Hari ni, kita main ini...


Mesti carik buku baru ni. Beli buku lain dulu. Buku tu..... huuuuu

Kreativiti Si Kecil

Ini lah jadinya bila si kecil berkreativiti. The idea datang dari Adam, but of cource la mama yang kene buat. Sesi memakaikan aksesori baru kepada para penyelamat dunia. Weee...




Roti Telur For Breakfast

Bangun pagi-pagi hari. Tetapi agak malas untuk ke dapur. Awal-awal pagi rumah rumah siap dikemas. On tv juga tiada yang manarik. Kenapa anak bujang mama bangun lambat arini? Wehhh.... lambatnya. Bosan ni. Try call anti. Kot2 ada menu special arini, x yah la masak. G tadah perut je. 

Ok la.... roti telur untuk breakfast. Harap2 Adam suka. Kalo suka, kenyang la sambil nak menunggu lunch time. Kalau x, terpaksa la mama masak awal2 utk lunch.

Posing Cara Baru


Tengok tu... sekarang ni, suka posing pegang hidung. Comel la tuh :D

Exposure To Music Starts From Young

Baca article ni from sini. Exposure to music starts from young. Betul la tu. Tapi what kind of music?

Adam Can Read

Adam dah boleh recognize a few word from the Peter And Jane 1(a) and 1(b). Sebenarnya lom habis pun buku tu. Targer sebuah buku seminggu. Tapi, nampaknya sudah 2 minggu lebih untuk buku 1(b). Limited time. Too much playing. Sesi membaca bukannya lama pun. Rasanya x sampai 5 minit untuk 1 sesi. Ye la, mana boleh paksa. Nanti Adam bosan. Reading session patutnya enjoyable. Lagipun, itu hanya guide sahaja. Yang penting adalah prosesnya... bukan hasil. Kalau prosesnya berjalan seperti sepatutnya, kalau x habis semua buku pun, syukur Alhamdulillah.

Sekarang ni, each time ambil buku tu, dia yang nak baca.  So, mama x leh nak proceed to other page. As he dah boleh kenal a few words. Peter, Jane, and, dog, i, like. Put it every where, memang he can read those words. Meaning like our whole words method dah nampakkan resultnya. Dan lagi, he manage to build sentences using those words. Interesting! Asal mama rajin, pasti boleh. The big issue is, mama kene rajin!

Gambatte! Usaha lagi! Dia berminat baca buku. Maybe sebab dari kecil mama dah bacakan buku. So, memang biasa main dengan buku. Phew!!!!

I know what to do. All i need is some marker pen. Boleh, boleh. We can do it. Kita boleh habiskan buku tu. Time frame x penting, yang penting, dapat capture apa yang di ajar :D

I'm doing this because i love you son. Nak bagi sedikit kelebihan bila Adam start sekolah nanti. Nothing pressure. Hanya cara kita menghabiskan masa bersama. I know we can do it.

Honey Madu

Adam dari kecil asyik demam. Kalau demam, lama pulak tu. Bukan sehari dua. Seminggu. Dah tu, suhu dia terlalu tinggi. Ini la dugaan Allah. Setiap bulan pasti demam. Kadang-kadang sampai 2-3 kali g klinik in a month. Kiranya, duit untuk klinik memang laju la.....

Adam makan Scott Emulsion. Juga makan multivitamin. So, mama rasa he has enough supplemens la. Until one day, wan belikan madu. Hm.... try la bagi Adam malam-malam. The result sangat mengujakan! Ahahaha..... madu is the right supplemen for him. Sejak amalkan madu, jarang demam dah. Batuk ada la..... nak buat macam mana, dia dah pandai makan ais krim malam-malam.
So, madu botol besar yang wan bagi dah nak habis. Rasanya ada lagi stock for another 2 weeks kot. Pasni kene la cari yang lain.Tq wan. Kalau tak, sampai sekarang kami asik2 berulang ke klinik. Alhamdulillah :)