Tahun 2011 akan berakhir. Bermakna beberapa jam lagi akan masuk tahun baru. 2012. Opss.... mama ada azam 2012. Azam yang telah disetkan seawal bulan Mei 2011. Hehehehe..... sangat general. Mama ada azam yang spesifik sebenarnya. Cuma, mungkin boleh dikongsi di lain kali.
Untuk menyambut kedatangan tahun baru, ini adalah aktiviti yang kami lakukan bersama. Mandi buih bersama anak bujang untuk mencuci ini.
Tapi malamnya, rajin pula untuk mencuba beads saiz kecil. Yang itu untuk advanced level la sayang. Hehehe... Seterusnya, nak menggunting la pulak.
Untuk menyambut kedatangan tahun baru, ini adalah aktiviti yang kami lakukan bersama. Mandi buih bersama anak bujang untuk mencuci ini.
Semuanya semata-mata untuk mengubahsuai ini. Ruang yang ada agak tidak bersesuaian. Sangat-sangat menyumbang kepada ketidakkemasan di rumah. Ruang ini agak sempit dengan kehadiran sofa yang besar. Sungguh tidak child friendly. Kekecilan ruang menyebabkan mama terpaksa split barang-barang Adam kepada dua. Satu di ruang ini dan satu di ruang tamu di mana segala aktiviti bersama Adam dijalankan. Agak tidak sesuai untuk bersepah-sepah dengan pelbagai aktiviti.
Akhirnya, ruang yang tidak digunakan sepenuhnya itu, telah mama gunakan sepenuhnya. Sofa dialih ke belakang, dan rak buku dipindahkan. Begitu juga coffee table yang mama gunakan sebagai meja untuk Adam beraktiviti.
Hasilnya agak memberansangkan di mana keadaan ruang tamu mama tidak lagi bersepah-sepah apabila kami melukis, mewarna, menggunting dan sebagainya. Dan mama tidak perlu lagi terkocoh-kocoh mengemas semuanya sekali sebelum papa balik. Heeeee.....
Inilah hasilnya...
Sesuai untuk disepah-sepahkan. Heheh. Angle lain pulak....
Di situ sofa disorokkan. Muka Adam masam kerana tidak mahu menghabiskan benda yang dibuat. Main beads sebenarnya. Mama tak paksa pun. Dia tertekan sorang-sorang. Yang ini saiz besar. Untuk beginner. Finally, dia simpan aje barang-barang tu.
Inilah yang berlaku dalam satu masa. Mula-mula Adam mewarna. Mama tak snap pic. Lepas mewarna, dia nak main beads tu. Puas main beads, nak menggunting pulak. Main magnet kejap buat pokok krismas, pastu main kamen rider. Lepas tu, nak mandi. Lepas tu, nak menconteng. So, mama ajak main tengok jam. Alhamdulillah, bolehlah letak kat mana jarum jam dan minit. Cuma garisan bengkang bengkok dengan mama tak kenal mana long hand dengan short hand. Dua-dua garisan lebih kurang sama besar.
Mata melilau ke tv. Akhirnya, aktiviti menonton tv. Juga masih di ruangan Adam. Ruang ini sudah hampir 3 minggu mama ubah sebenarnya. Inilah kali pertama mama angkut toto dan bantal ke sini sebab Adam nak rest di ruangannya sendiri. Kiranya, menjadi ruangan pelbagai gunalah.
Pukul 4, mama bawa Adam keluar jumpa wan dan anti. Balik rumah, main playdough pada malam hari. Habislah aktiviti di ruang Adam. Kini kami menonton masterchef pula di ruang tamu sambil mengangkut semula blok magnet itu. Itulah aktiviti anak mama dari jam 1 tengah hari hari ini. List ini akan terus bertambah kerana Adam hanya tidur pada jam 12 malam. Huuuuu..... Owh.... paginya kami ke playground dan kemudian keluar makan. Sangat aktif. Belum masuk jika Adam mengumbah segala macam permainan yang ada. Letih juga mama nak mengemas walaupun hanya seorang sahaja putera yang mama ada setakat ini. Fuhhhh.... welcome 2012!
*Sebab tu mama suka keluar sehari suntuk on weekends. Hhaha.... penat berjalan. Takyah mengemas :P