Sweet Heart


Cinta pertama mama (selepas papa). Kikiki. Nampak tak peluh di dahi. Penat kan dengan rutin seharian. Seawal pagi mengangkut beg berat ke sekolah. Pagi-pagi lagi kami hantar Adam ke sekolah. Tengahari, Adam naik van ke Kafa. Petang baru mama ambil.

Penat-penat seharian, masih tersenyum melayan kerenah si adik di taman. Walaupun ramai kawan-kawan Adam memanggil, Adam masih melayan si adik yang terjerit-jerit mahukan abangnya. Kadang-kadang, kesian juga. Kesian pada kedua-duanya. Si abang tentunya teringin juga nak berlarian bersama rakan. Si adik pula rindukan si abang yang seharian bersekolah. 

Nasib baiklah ramai kawan-kawan abang yang suka melayan Aleesya. Dapat lah juga Adam mencuri sedikit masa untuk bermain bersama kawan. Terima kasih Adam!

1 comment:

  1. Kecil hati papanya nanti tau cinta pertama terbahagi dua ^_^

    Bagus Abang Adam ni rajin melayan adiknya. Yalah, adik pun rindu kalau seharian tak nampak abang di rumah agaknya. Kalau mereka dua-dua di rumah, tak 'bercakaran' ke?

    ReplyDelete