Memperkenalkan Konsep Darab Kepada Adam

Wow! Masuk darjah 2 sudah start belajar darab. Haaaa... darab tu! Bukan hanya tambah tolak je tau. Nampak gayanya, kena lah Adam berusaha sedikit.

" Adam, dekat kelas, kalau tak faham, Adam buat apa? ".

" Adam angkat tangan tanya cikgu lah mama ".

Bagus! Happy berbunga-bunga hati mama. Tanya lagi...

" Contoh apa yang Adam tanya? ".

" Tak ingat la mama. Adam faham je kalau cikgu ajar ".

Deng!!! Alhamdulillah kalau memang Adam benar-benar faham. Kalau tak faham, silakan bertanya ye anakku. Malu bertanya, sesat jalan.

Kebiasaannya, mama akan introduce concept dulu pada Adam. Kalau faham concept, insya Allah mudah la faham yang lain.

Jadi, kena la berkenalan dengan DARAB.

Nak biarkan gambar la berbicara. Ewahhhh!!!

TAPI!!!! Gambar lupa ambil! Ok, kita cerita la. Buat pedoman nak mengajar Aleesya pula bertahun akan datang. Berkenalan dengan konsep ni, tak menggunakan pensel dan kertas. Tapi, mama gunakan batu.

3 X 2 = 2 X 3 = 6

  • Adam kena susun sekumpulan batu. Satu kumpulan ada 3 batu. Jadi, susun la dua kali.
  • Adam kena susun sekumpulan dua batu dalam 3 kumpulan.
  • Adam kena kira jumlah-jumlah dua kumpulan tu. Dapat 6 kan?

Kiranya...


  • Tambah berulang-ulang
  • Gandaan


Mama ulang-ulangkan dengan nombor-nombor lain. Tak lama tau. Dalam 15 minit je la. Sempat la untuk 4 soalan.

Nampak Adam dah faham, mama stop. Esoknya, terus bagi soalan darab yang mudah-mudah ( sifir 2 ). Kikiki. 

Dasyat kan sekarang. Bukan setakat malas nak update blog, nak snap gambar pun malas. Insaf lah mama!!!

3 comments:

  1. Hehhehe mood blogging kalau dah ke laut memang haru... saya pun baru je naik "dari laut" hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hehhehe mood blogging kalau dah ke laut memang haru... saya pun baru je naik "dari laut" hahahaha

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete