Register Taekwando Abang Adam

Adam kan dah belajar taekwando dari tadika. Tapi, sejak berpindah sekolah, aktiviti sukan riadah taekwando terhenti. Dan akhirnya.... selepas setahun terhenti... hari pendaftaran taekwando Adam.

Hooray! Mama memang terlebih excited. Bukan apa... kami jarang beriadah outdoor. Semua aktiviti adalah aktiviti indoor. Jadi, memang tercari-cari apa aktiviti yang hendak dimasukkan Adam. Pilihan awal : tennis atau renang. Tapi, Adam pilih taekwando :)

Kata satu murid satu sukan kannnnn.

Coach brief la sikit-sikit. Aleesya yang tekun mendengar.


Selepas briefing, ada la sedikit aktiviti memanaskan badan. Adam terpilih la untuk demo. Lucky boy!




Selepas demo tu, ok... silakan buat seperti yang telah didemokan tadi ye anak-anak.



Sakit ke? Kesian.... Adam sampai dah membongkok-bongkok nak membantu. Kalau masih juga sakit, practice la lagi. Memang badan tak cukup lentur ni. 

Tapi... gambar punya pasal, senyum manis!



Tak boleh rendah lagi...



Adushhhh... budak ni tak de nak membongkokkan badan sikit pun. Tegak je dia berdiri. Fuhhhh... nasib baik Adam steady.


Begitulah kisah hari pendaftaran taekwando Adam :)

No comments:

Post a Comment