Di Sebalik Terowong


Ada apa di sebalik terowong? Ada Aleesya! Haaa... ini bukan terowong yang scary menakutkan tau. Ini terowong ceria yang bestttttt sangat. Hahahaha.

Entry playground memang akan jadi banyak. Setiap hari kami ke playground, dengan syarat mama pulang awal dari kerja. Hahahha. Rumah dan office baru ni dekat aje. Kalau balik awal, kompem sampai awal. Kecuali mama memang balik lewat, atau hari nak hujan. Kikiki.



Sebenarnya, Adam dah letih. Keletihan menempuh hari yang panas. Dipujuk-pujuk oleh Aleesya untuk bermain bersama. Dek sayangkan adik, Adam main la juga sekejap.


Nampak tak kegagahan adik mendaki tangga? :P


Hero yang kepenatan akhirnya surrender juga. Adam mencangkung bermain laga kemuncup. Amboi! Memang pengaruh Upin dan Ipin betul!

No comments:

Post a Comment