Dandanan Rambut Baby Girl Yang Kemas Dan Cantik

Hari tu, semasa ambil Aleesya dari nursery... terpegun mama! Cantiknya! Hahahha. Puji anak sendiri. ;P

Cantik tau rambut Aleesya. Rajin cikgu-cikgu dia buat. Amboiiiii... Seperti biasa, kami ke playground. Haaaa... Aleesya menjadi tumpuan tau! Cantiknya buat rambut macam ni! Sebab yang ke playground ni adalah muka-muka sama setiap hari, maka, kenal la muka masing-masing. Orang-orang yang sama juga. Parents dan juga cikgu.

Serius... masing-masing memuji kerajinan cikgu.

Agak-agak la kan, kalo mama nak buat ni... boleh ke? Hahahah. 

Mama boleh ikat belakang je. Paling-paling, ikat depan kiri kanan. Simple-simple. Itu pun..... tak dapat la sekemas ni. Tak dapat bayangkan macam mana Aleesya duduk diam menadah kepala. Wow!


Aleesya seperti biasa sibuk nak memanjat.





Ini haaaa... dari belakang. Jelas kan? Cantik tak?

2 comments:

  1. Cantik sgt...getah tu mmg getah rambut ke getah yg coklat tu..kalau x kesian alesya kena bukak pelan2...bagus la teacher dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kannnn!!! Getah rambut tu, tapi kaler coklat

      Delete