Aktiviti Adam Semasa Qiamullail

KAFA Abang Adam memang mengadakan program qiamullail pada setiap bulan. Haaaa... ini memang program yang ditunggu-tunggu oleh semua budak. Seronok tau!

Apa yang seronoknya? Dah la tidur lewat, bangun pula awal pagi. Kikiki. Seronok la, sebab inilah masa anak-anak berkumpul bersama dengan kawan-kawan. Makan bersama, mandi bersama, mengaji bersama, pendek kata... semuanya bersama kawan-kawan.

Lagi pula... biasanya parents akan sponsor makanan! Serius! Kadang-kadang, kami juga sponsor sedikit bekalan untuk anak-anak. Haaaa... mana tak happy!

Kebiasaannya, qiam akan bermula pada petang Jumaat sehingga pagi Sabtu.

Ini adalah kisah di pagi Sabtu. Sengaja kami datang awal untuk mengambil abang tercinta. Aleesya la yang beria nak menjemput Adam. Rindu!



Anak-anak sedang bermain di taman permainan. Alkisahnya, sedang menyusun puzzle. Hahahaha. bukan senang ooooo... susah! Gambar apa pun tak tau. Macam arnab, macam beruang. Macam-macam la!



Apa yang penting? KERJASAMA!


Susah juga puzzle nya. Gambar senada jer colour.



Macam arnab! Macam beruang! Hahahaha!



Result akhir? Tak siap! Susah! 

1 comment:

  1. bagus KAFA adam siap ada qiamulalil..dr kecik dh dididik..tu yg bagusnya

    suruh mama buat puzzle tu pun belum tentu siap..susah kan.hehe

    ReplyDelete