Terkena Chicken Pox

#throwback 4 Disember 2015

4 Disember yang lalu, Aleesya terkena chicken pox! Mak aiiii.... Kisahnya begini... 

4 Disember 2015, Aleesya demam panas. Bebudak berdua ni, kalau demam memang suhu panas sangat. 40C. Memang risau dibuatnya. Demam pastu macam elok, lepas tu demam balik! Adushhhh. Puas tilik badan, tak ada apa. 

Weekend tu, naik satu tanda di dahi. Tanda pertama. Besar! Aikkkk... chicken pox ke allergic ni? Sebab ada satu je kan. Confuse. Esoknya, naik lagi beberapa tanda. Ehhhh... macam sah chicken pox ni. Masa ni dah ada la dalam 5-6 bintik di seluruh badan!

Bawa jumpa doktor. Sekali pandang saja doktor dah tau " Chicken pox ". Namanya pun doktor kan. Bermula la kuarantine di rumah. Huuuu...

Gambar ini diambil pada 9 Disember. 

Doktor ada beri ubat tahan gatal, tapi... mama tak beri kepada Aleesya. Aleesya makan ubat homeopathy dan di sapu bedak batu. Memang Aleesya mengadu gatal, mama lupa sebenarnya. Bila teringat, mama gunakan herbal blend Shaklee. Alhamdulillah. Kegatalan reda.

Kata wan, jangan sabunkan Aleesya. Tapi, mama yang tidak selesa. Jadi, mama mandikan juga Aleesya dengan basic H Shaklee. Di syampoo kan juga dengan basic H Shaklee tu. Hahahah. Kan katanya organik. Kikikiki.

No comments:

Post a Comment