Sukanya Main Lego!

Anak-anak manja mama suka main Lego. Sukanya! Macam hari-hari main lego sahaja pun tak apa! Nasib baik la Lego ni banyak kebaikannya. Jadi, main la seharian pun ;p

Nak tau apa kebaikan bermain Lego, jom intai entry lama : Kebaikan Bermain Lego. Bila mama baca balik entry tu, teringat tentang idea tentang main Lego bertahunnnnn dulu. Kikiki. Masih belum dibuat ;p



Amboi! Sakan dua beradik ni. Kaki siapa tu?


Tu dia... empunya kaki. Dua beradik main, semua koleksi dicampurkan. Lego Shell pun ada!


Cantik la juga! Seronok tengok budak-budak main.

Ehh... apa dah jadi? 


Kata Aleesya, Lego ni demam. Sebab tu dia terbaring je dekat situ. 

Buka sekolah ni, Adam dah masuk darjah dua. Mama nak gunakan Lego ni untuk ajar Adam pecahan. Harap-harap, berjaya la ye!

1 comment: