Star Wars : The Force Awakens

#Throwback 18 Disember 2015 


First movie for Aleesya! Wahhhh! Star Wars!!! Masa ni, Aleesya dua tahun 3 bulan. Mama berdebar-debar tau. Kot-kot Aleesya tak suka duduk diam kat dalam tu. mama nekad. Kalau Aleesya tak selesa, tak apalah. Mama akan keluar cari port untuk lepak. Tinggalkan papa dan Adam sahaja di dalam.

Macam biasa : Kena beli hidangan movie. Kikikiki. Popcorn dan air milo. Ehhhh... Ada BB8! Harus la beli. Buat peneman BB8 di rumah. Sebenarnya, papa dan Adam beri Aleesya pilih. Aleesya pun berkenankan si BB8.




Tengok gaya si cilik ni. Nak record habis, tak cukup memory pula! Haishhh... phone penuh dengan gambar dan video anak-anak.

Senyap je... Mulut masing-masing tengah busy mengunyah!
 


Start movie, sesekali dengar juga suara Aleesya bertanya. Tapi slow aje. Nasib baik! Lepas tu senyapppppp kusyuk. Cerita belum habis, Aleesya minta menyusu dan terus tidur. Kikikiki. Kami tenok midnight. Harus la Aleesya tidur.

Nampak gaya, lain kali boleh la menonton movie lagi! Tak perlu mama cuti semata-mata nak tengok movie dengan Adam!

Yeay! Lepas ni, kita cari cerita yang sesuai untuk adik pula ye :) 

Posing dengan poster ye abang!


No comments:

Post a Comment