Review Buku English


Menarik tak buku ni? Cantik bukunya. Hard cover. Colorful! Dari segi fizikal, memang sangat-Sangat menarik! Meh nak review isinya. Sekali pandang, susunan isi kandungan sangat kemas. Penting untuk menarik minat ibu dan anak. Ibu nak mengajar, anak nak belajar.

Soalan? Senang sahaja. Basic macam di bawah. Yang penting, anak memahami kehendak soalan. Macam soalan di bawah, mudah sangat rasanya. Tak sampai lima minit anak boleh habis kan. Jadi, kita kena berkreatif sikit. Pebagaikan. Macam hari ini, belajar muka Surat ini sahaja. Tapi... Nak dipanjangkan sedikit masa, ajarkan juga sedikit grammar.


Untuk muka Surat ini, terangkan penggunaan "the" sahaja. Begini la cara kami. Mungkin masa yang diambil untuk belajar terlalu singkat, yang penting ia perlu diulang-ulang. Anak belajar banyak thru repetition.

Jangan pelik kenapa satu muka surat sahaja sehari. Pendek pula masanya. Kerana Adam keletihan. Mujurlah jika dapat satu muka surat. Kebiasaannya, hanya mama sahaja berceloteh aka menerangkan sorang-sorang. Dapat la juga satu atau dua soalan. 


Have.


Has.

Tak apa la. Biar slow asal lekat di fikiran :)

Tebal, tak tebal mana. Harap-harap dapat la habiskan dalam masa setahun ni. Tak mahu la macam tahun lepas, buku darjah satu sampai 40 buah. Yang bersentuh dan habis ada 6 buah sahaja :(

1 comment:

  1. salam...yaya dah follow sini...jemput join segmen ni yek...
    :)
    http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

    ReplyDelete