Resepi Playdoh



Selepas breakfast, terasa macam dah lama anak-anak tak ber playdoh. Kikiki. Sebab nak main terus, mama pun kena la rajin terus menguli.

Seronok tau menguli. Kenapa? Sebab Aleesya tolong! Sibuk Aleesya nak tolong masukkan tepung, garam. Untung oooo...

Kiranya, bukan sahaja dapat main playdoh. Dapat juga la sensory play dengan tepung dan garam.


2 cawan tepung gandum
1 cawan garam 
1 cawan air
2 sudu minyak << lupa letak!
pewarna

Campur dan uli semuanya. Pewarna tu... masukkan last sekali. Sebab nak buat banyak warna. Mama ada warna merah, biru, green apple dan kuning sahaja. Campur-campur warna, dapat la 7 warna. Jimat hebat!

Aleesya main sampai tertonggeng-tonggeng. Gambar? Malas nak snap tadi. Tu kat atas tu gambar selepas main. Anak-anak tengah mandi!

Resepi ni dulu mama pernah try, di homemade playdough. Masa tu, terlembik. Kemudian ada la try lagi, just nice. Tahan dua minggu sebab tak simpan dalam peti ais. Haaaaa.... ini, lupa pula letak minyak masak. Maklum lah... kengkonon resepi senang, ada dalam kepala. Hahahah. Jadi, nanti lain kali mama update. Macam mana dengan resepi ini.

1 comment: