Resepi Kinetic Sand

Pernah dengar kinetic sand? Sudah membeli? Mama teringin nak membeli. Ramai yang jual : online dan kedai-kedai. Tapi, belum pernah menyentuhnya, jadi kurang la tarikan, paksaan membeli.

Dan... tadi ke Parkson. Tak tau la siapa punya kerja, packaging kinetic sand telah dibuka! Haaaa... bertompok la di atas shelves.

Mama pun apa lagi... sentuh-sentuh dan pegang-pegang la juga. Nice! Tertarik la dengan teksturnya.

Bekas kecil sahaja. Sekali tengok harga, RM99. Wow! Kecil tau bekasnya. Mahal!

Balik terus google. Jumpa resepi diy kinetic sand. Ada banyak cara. Ada yang guna pasir. Yang ini, rasanya tidak macam kinetic sand yang mama sentuh tadi. Tapi, apa salahnya mencuba. Untuk sensory play anak-anak. 

Bahan-bahan pun boleh cari di dapur sahaja. Ada yang dah mencuba?

No comments:

Post a Comment