Persiapan Sekolah Adam

Persiapan sekolah Adam untuk 2016 ni biasa-biasa sahaja. Tidak seperti ketika masuk darjah satu. Bersederhana!

Peralatan sekolah, cuma pensil box ditukar. Alat tulis semuanya ready stock kat rumah. Baru la... tapi, beli tahun lepas!

Pensel warna, kita gunakan hadiah ustazah kasi. Adam dapat tempat pertama semasa peperiksaan pertengahan tahun bagi darjah satu di Kafa.

Baju sekolah ditambah dua pasang. Dua pasang lagi papa beli selepas raya haji tahun lepas. Kiranya masih baru. Stokin tak beli. Pakai yang tahun lepas punya. Sepasang kasut baru dibeli. Ada spare dua pasang kasut tahun lepas. Beg sekolah juga recycle beg tahun lepas.

Haaaa... jimat hebat! Nampak macam jimat sangat. Tapi sebenarnya, tahun lepas tu berbelanja besar. Kasut dan beg sekolah dibeli ketika hampir ke hujung tahun. Jadinya, semuanya masih elok.

Buku-buku sudah selesai dibalut. Lencana settle. Cuma nama bersulam sahaja yang belum. Mama tanya koperasi sekolah, katanya nanti cikgu kelas akan ambil order. Jadi... tunggu sahaja la.

Alhamdulillah. Semoga Adam terus cemerlang! Ameen!

No comments:

Post a Comment