Kawan-Kawan Abang Adam

Aleesya ada kawan baru. Kawan-kawan abang Adam! Ada la beberapa orang kawan abang Adam yang memang suka melayan Aleesya bermain. Kikiki. Sedang Adam sibuk berkejaran berlari bersama kawan-kawan, ada sahaja kawan Adam yang volunteer untuk menggantikan Adam bermain dengan Aleesya.

Kikiki. Untung la! Dapat abang Adam terus bermain!


Jumpa di mana ye kawan-kawan Adam ni? Jumpa di playground di antara school Adam dan Aleesya. Jika cuaca baik dan tidak hujan, mama akan singgah di playground ini untuk memberi peluang anak-anak berpeluh dulu sebelum balik ke rumah.

Dapat bermain setengah jam pun jadilah! Walaupun Aleesya kebiasaannya macam tak redha nak balik ke rumah. Kikiki :)

2 comments: