Belajar Guna Kamus


Kamus pertama Adam! Kamus 'dewasa' Adam. Puas mama cari tau.... kebanyakan kedai hanya ada Oxford yang besar dan saiz sederhana. Mama cari pocket dictionary untuk Adam. Bukan lah untuk disimpan di dalam poket, tapi untuk membantu Adam memahami perkataan-perkataan yang tidak diketahui.

Boleh ke? Boleh! Steps by steps la. Sebab itu mama cari pocket dictionary dulu. Supaya Adam boleh mahirkan diri.

Senang? No! Tapi practice makes perfect! Adam pun start la "abcde...." kerana hendak mencari turutan alphabet huruf. Nak cari di dalam dictionary la konon!

Nama pun stage pengenalan, jadi... memang banyak la perkataan yang tidak dijumpai. Ada... tapi tiada. Magic! Hahaha... Lama-lama, bosan kalau asyik tak jumpa!

Jadi, hadkan penggunaan. Sekejap je la. Beberapa minit untuk melatih anak.

Itu kali pertama. Bosan sikit. Sebab buku belajar! ;p

Selanjutnya, mama gunakan dengan buku yang Adam pilih!


 Aha! Kemudiannya, gunakan dengan buku pilihan anak! Mesti best! Baca sama-sama tau! Bukan tinggalkan anak sendirian dengan kamus.

Alhamdulillah. Ingat, walaupun buku pilihan anak, hadkan penggunaan dictionary. Buat permulaan, memang kita yang kena banyak membantu. Anakkan masih di dalam proses hendak belajar... 


Nampak si comel? Amboiiii... kita santai-santai belajar guna dictionary. Dia pun santai-santai tengok youtube. Padahal dia juga yang nyanyi abang asyik tengok tv, tengok ipad!

No comments:

Post a Comment