Bantuan Untuk Anak Yang Confuse Nombor Ribu

Kikiki. Faham ke tajuk entry? Entry ni saja mama buat. Mula-mula, semasa bawa Adam berjumpa dentist tempoh hari, mama dapati Adam sedikit confuse dengan nombor giliran. Nombor giliran angka ribu kan... Darjah satu belajar sampai ratus sahaja.

Hurmmm... Layan gambar la ye!


Mama prepare lapan soalan untuk Adam. Soalan ditulis tangan di atas kertas dan digulungkan. Surprise! Soalan di mana nilai sa, puluh, ratus dan ribu bukan bernilai sifar, mudah sahaja Adam jawab. 


Nampak tak? Letakkan nilai sa, puluh, ratus dan ribu berdasarkan soalan ( nilai yang Adam pegang di atas ).

Apabila soalan yang ada nilai sifar, Adam confuse. Contohnya "1023" disebut sepuluh ribu dua puluh tiga.

Jadi, keesokan harinya... kami bermain game yang sama lagi.


Kali ini mama taip la pula soalan nilai. Kikiki. Cantik la sikit :) Kasi motivasi pada Adam. Soalan masih sama, 8 soalan sahaja dengan nilai sifar di sana-sini. Kikikiki.

Alhamdulillah, hari kedua bermain, Adam tidak lagi confuse. Syukur! Jadi, lain kali boleh la kita mencuba aktiviti baru pula!

Untuk siapa yang nak belajar mengenal angka, kaedah ni sangat la sesuai. Mudah dan menyeronokkan. Memang macam kami sedang main game. Masa yang diperutukkan pun tidak lama. Hari pertama kami bermain 15 minit. Hari kedua pula kami bermain selama 20 minit. Main seronok-seronok, rasanya jika banyak soalan pun anak tak kisah :)

Good job Adam! 

No comments:

Post a Comment