Tips Mudah Bersalin

Adik ipar saya dah masuk labour room. Insya Allah, bertambah seorang lagi cucu wan berdua :)

Tetiba teringat kisah menerankan Aleesya semasa bersalin tahun 2015 dulu. Alhamdulillah, sekejap sahaja. Doctor masuk jam 3.20 pm, jam 3.45 pm semuanya dah selesai :)

Anak saya baru dua, seorang menerusi kelahiran c-sec, dan seorang lagi normal. Tapi, apa salahnya berkongsi ilmu yang kita ada.

Dua-dua kelahiran, saya turun darah sebagai petanda. Kedua-duanya, selepas turun darah, anak lahir pada hari ketiga. Jadi, apabila turun darah semasa mengandungkan Aleesya, saya sempat breakfast dahulu sebelum memandu ke hospital. Saya drive sendiri kerana tanda darah turun di office. Bukan nak kata tidak cemas, cuma berdasarkan pengalaman turun darah ketika mengandungkan Adam, kemungkinan besar saya bukan akan bersalin pada hari yang sama.

Pengalaman memandu? Biasa sahaja pada mulanya. Tapi, apabila contraction melanda... phewwww... Nasib baik la selamat. 

Doktor membuat ctg scan dan resultnya... Aleesya tidur kot. Tiada kontraksi yang kuat. Saya dibenarkan pulang. Sempat ke majlis kenduri keesokan harinya.

Hari ketiga... darah turun agak banyak. Kontraksi terasa kuat. Pagi hari kami ke hospital. Saya ditempatkan di dalam ward. Nasihat doktor, " Jangan baring. Banyakkan berjalan ".

Selang beberapa jam nurse akan masuk bertanya khabar. Rasa macam di bilik hotel kerana tiada kontraksi berlaku. Tapi, saya memang merajinkan diri. Tawaf bilik. March! March! Bila tengah hari... ok, mula terasa kontraksi. Tahankan aje. Jalan! Jalan!

Jam 2, nurse masuk bertanya khabar. Saya katakan kontraksi sudah semakin kuat. Lupa pula adegan seluk-menyeluk. Macam tak sangat. Semasa Adam dulu, entah berapa kali diseluk ;(

Time ni, saya masih berjalan, tapi... bila kontraksi melanda, saya duduk. Tak tahan! Sakit! Apabila hilang, saya berjalan semula.

Salah! Cara di atas salah! Haaaa... lepas doktor masuk baru tau. Doktor tanya, " Awak berjalan tak? ". " Ye, tapi, kalau sakit saya duduk ". " Sepatutnya, time sakit tu la awak kena berjalan lagi laju! ". " Owhhhh ".

Owhhhh... mana lah saya tau. Anak pun baru dua. Yang lahir normal baru seorang. Apapun, tips ini berguna untuk kita semua.

1 comment:

  1. pengalaman melahirkan anak tuu amat berguna utk bakal2 ibu disana disana., huhu2

    ReplyDelete