Sekejap Di Zoo Melaka

Amboi... Sekejap je di Zoo Melaka? Ya. Memang sekejap. Hahaha. Kisahnya begini... Kami sekeluarga bercuti ke Melaka. Pada hari akhir percutian, nak singgah ke Zoo Melaka. Maklum la... Beberapa kali ke Melaka, anak-anak belum pernah menjejak kaki ke Zoo Melaka. Kalau Zoo Negara, Adam memang dah selalu pergi. Aleesya baru sekali.

Sampai sahaja di zoo, burung-burung yang menanti di depan. 







Happy tau budak berdua tu.



Jalan depan sikit lagi... Kita jumpa pula dengan binatang-binatang ni...








Tinggi kan Adam? Dah nak sama dengan mama dia. 

Ok. Itulah pengakhiran perjalanan kami. Belum balik lagi, cuma bersiaran di atas trem. Hahhahaha. Papa keletihan. Janji dapat bawa anak-anak ke Zoo Melaka, sudah! Nanti kita ke Zoo Negara ye sayang-sayang.



Dari atas trem ni, feel kurang la kan. Tengok dari jauh. Adam nampak la juga binatang di dalam sangkar. Tapi Aleesya tak nampak. Cuma, bila sampai ke kandang gajah, barulah cergas. Sebabnya trem berhenti dan kita boleh Memberi gajah makan. 









Cuma, tak ada rezeki Adam hendak memberi gajah makan kerana semua makanan telah habis dijual.

Di tempat turun trem, sempat lah kami melawat ke kandang zirafah.





Kemudian singgah makan dan bertolak balik ke rumah. Selesai pengembaraan sekelip mata di Zoo Melaka.

No comments:

Post a Comment