Request Donut

Aleesya kan tengah kena chicken pox. Jadi, tidaklah berapa berselera makan. Saiz badan Aleesya yang petite comel pun semakin mengecil.

Tiba-tiba... 

" Mama, nak donut ".

" Ok. Kejap, nanti mama buat ".

Konon-kononnya nak buat la donut. Turun bawah, yis dah tak ada. Kikiki. Naik ke atas, Adam dan Aleesya dah excited nak makan donut. Tapi mama hidangkan nudget ayam.

" Makan nudget je dulu. Tak cukup bahan nak buat donut ".

Adam pula...

" Mama buat lain kali ye adik. Sedap nudget ni ".

Nasib baik anak-anak makan dengan gembiranya. Pesanan kepada Adam, jangan sesekali sebut donut di depan adik. Kesian. Untuk beberapa hari berikutnya, memang kami mendonut setiap hari ;p

1 comment:

  1. aleesya demam campak ye..kesian..moga cepat sembuh.nasiblah demand donut je..senang nak buat.hehe

    ReplyDelete