Lady Boss


Aktiviti malam hari. Nampak kaki silang tu? Amboiiii... Yang abang tu dok mengintai iPad adik, intai tepi-tepi je. Jangan harap la adik nak bagi pinjam.

Abang ada habit yang sangat la menggeramkan hati. Pakai iPad dan malas nak charge. Bila nak pakai, bateri tak ada... dia sibuk mengendeng adik punya. Bila macam ni, menjerit la si adik. 

Nampak sangat kegilaan gadget kan dua beradik ni. Adik menyanyi lagu abang yang asyik tengok tv dan iPad... kata abang, adik pun sama. 

Kata papa... kalau pencapaian di sekolah merudum, papa akan tarik semua gadget bila buka sekolah nanti. Agaknya... bolehkah?

No comments:

Post a Comment