Hujung Minggu Bersama Keluarga

Hujung minggu bersama keluarga. Buat apa? Jogging? Hahahah. Program seawal jam 7 pagi katanya. Jadi, semua bangun awal untuk menyiapkan hidangan makanan. 

Kami bukan berjogging, kami ber picnic! Amboiiii... Family lain berjogging, kami berbondong-bondong dengan bekas makanan. Kikiki.




Apa menunya? Macam-macam! Sedap menjilat jari. Makanan banyak, siap tapau bertukar-tukar hidangan :)

Wan bawa sate dan nasi impit. Sate buat sendiri, jadi sedap dengan rempah. Saiznya pun... besar!

Anti bawa puding betik laici dan brownies kedut. 

Mama bawa apa? Hahahah.... menu selain di atas. :)




Kenyang menjamu selera, sesi memberi burung makan! Kami siap bawa 2 plastik beras untuk memberi makan burung merpati. Patutnya bawa 3 plastik kot, dengan beras yang kurang sedikit. Kikiki.

Nampak kegembiraan dua beradik?










Untuk ikan, kami bawa roti! Sebuku roti dan anti juga bawa 2 buku roti. Wahhhh!!! Tapi, kata anti, lain kali kena bawa lebih roti. Hanif tak puas memberi ikan makan :)



No comments:

Post a Comment