Dapat Hadiah Lima Buah Buku Daripada Wan

Hari ini, kami melawat sepupu baru. Namanya Aurora. Aurora duduk di rumah wan sebelum balik berpantang di Melaka. Comel je. Sebiji muka uncle Din.

Sepanjang tahun ini, adalah dalam 30 buah buku wan hadiahkan untuk Adam. Buku aktiviti darjah satu dan 2 buah buku belajar mewarna dan melukis. Selepas buku ke 20, ada lagi wan hadiahkan buku.

Buku belajar mewarna dan melukis tu, wan hadiahkan kerana Adam dapat "D" untuk subjek dunia seni visual semasa periksa awal tahun. Hihihihi. Kesian Adam, dia dah berusaha sehabis baik. Alhamdulillah untuk peperiksaan akhir tahun, Adam berjaya mendapat "A". Tapi, memang diakui... seni kreatif Adam perlu di polish.

Owhhh... Adam mendapat 5 buah buku aktiviti pada hari ini. Kata wan, buku ni bagus. Untuk persediaan darjah dua.

Nak tahu rahsia... Sebanyak 30 buah buku yang wan hadiahkan, hanya 6 buah buku yang disentuh : bahasa Malaysia, matematik, english dan dunia sains dan teknologi. Itu pun, belum habis dibuat. Jadi, mama berazam untuk mana-mana buku yang telah disentuh, kita akan cuba habiskan juga. Lain-lain buku yang masih belum disentuh, mungkin elok disedekahkan kepada saudara-mara. 

Bukanlah tak mahu membuat latihan di rumah, tetapi... masa yang ada hanyalah weekend. Itupun sekejap kerana sibuk dengan pelbagai urusan lain. Walaubagaimanapun, azam tahun hadapan adalah ... kita akan mencuba untuk menghabiskan buku-buku yang wan kasi. 

Terima kasih wan. Dulu mama juga dihujani buku-buku yang melambak. Asal keluar, wan berdua akan membelikan buku aktiviti sekolah. Kadang-kadang, sampai terbeli beberapa jenis yang sama. Kikiki.

No comments:

Post a Comment