Buku Simpulan Bahasa Untuk Adam

Lama kan tak update pembelajaran anak-anak? Haaa... lama sebab malas la tuuuuu... Kesian dua beradik kan, mama tak ajar. Kikiki.

Untuk Adam, mama rasa macam dah cukup la Adam pay attention dalam kelas. Sebab, kalau tanya... semua dia faham. Cuma... bab careless mistakes. Uhuuuu... macam mana nak menolong nih!

Tapi, untuk next year, rasanya kita kena start la balik belajar ye. Dapat study dua jam untuk weekend pun dah sangat-sangat baik. Sabtu sejam, Ahad sejam. Bukan la direct sejam, maunya Adam menangis... Setengah jam pagi, setengah jam malam. Kikikiki.

Jadi, ini adalah preparation tahun depan. Hahaha. Puas mencari tau. Sebab, dalam exam akhir tahun hari tu, Adam kata ada simpulan bahasa. Dan... Adam tak tahu.


Apa yang susahnya mencari buku simpulan bahasa ni? Hahah... Bukan buku simpulan bahasa yang susah nak dicari, yang susahnya... mencari buku yang nipis untuk bacaan Adam. Kebanyakan yang mama jumpa, tebal macam kamus. Kikiki. Kurang sesuai la untuk anak soleh mama ni.



Ada simpulan bahasa, maksud dan contoh ayat. Lengkap la mengikut keperluan mama.



Buku ni nipis sahaja. Buku kecil setebal buku tulis sekolah tu. Harganya pun murah. Harap-harap dapat membantu Adam semasa darjah 2 tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment