Berebut Bubbles

Alkisahnya... Stok bubbles di rumah dah nak habis. Tinggal sebotol. Sepatutnya, jika tinggal sebotol, mama elakkan untuk offer anak-anak bermain bubbles. Tapi, Aleesya tidak sihat dan sedikit meragam. Jadi... Mama offer juga, dengan harapan... Jangan la berebut ye sayang-sayangku.

Dijadikan cerita, Aleesya main dengan gembira. Tiup sini dan sana. Adam datang mengendeng untuk berkongsi main. Huhuhuhu... Langsung tak diberinya.

Kesian Adam... Monyok tak dapat bermain bersama. Tapi... Adik pujuk...

" Nanti papa beli bubbles untuk Abang. Cha tak payah! ". 

Of course la versi pelat comel. Aleesya cakap berulang-ulang. Cara dia cakap tu comel tau! Siap expression muka. Abang yang merajuk pun sampai tergelak.

" Nanti papa beli banyak untuk abang ".

Sibuk dia bercakap. Tapi cakap je la... Tak dibaginya Abang nak tumpang tiup. Yang Abang pula, sedih la. Sebab bubbles tu Abang punya, tapi adik jadikan hak milik. Langsung tak nak kongsi. Mujur la Abang jenis beralah. Terhibur dan senyum juga dengar celoteh Adik.

No comments:

Post a Comment