Belajar Menunggang Basikal

Semalam Adam belajar menunggang basikal. Ye. Baru nak belajar menunggang basikal. Musim hujan dan asyik mengejar masa... Tak terajar! Tapi... Mama nak usahakan Adam pandai menunggang basikal sebelum naik darjah  dua.

Basikal besar yang di beli sebagai hadiah di atas usaha dan pencapaian sekolah Adam masih belum digunakan. Basikal tu agak tinggi untuk Adam yang masih belum pandai menunggang basikal. Jadi... Adam berlatih dengan basikal kecilnya. Memang kecil! Kesian juga!

Tapi, pada pendapat mama, Adam lebih senang nak kawal diri dari jatuh berbanding basikal besar. Jadi... Practice la dulu guna basikal kecil ni.

Sesi pertama tadi, berlatih di dalam kawasan rumah. Memang tak keluar. Mama malas nak keluar. Bayangkan halaman yang muat sebiji kereta. Itu la tempat Adam berlatih. Agak sempit kerana Aleesya juga mundar-mandir di ruangan yang sama. Jadi... Kali pertama mencuba mengayuh basikal dengan dua roda, agak mencabar untuk Adam. Mana nak kawal basikal, dengan lutut yang asyik menyentuh handle. Harap-harap Adam tak give up. 

Esok kita cuba lagi. Insya Allah, setengah jam sehari pun cukup kita rajin mencuba.

Owh... nak tengok basikal kecil tu, kat sini ye : basikal baru << tak la baru, 2012. Tapi, nampak baru sebab jarang guna :(

Nak diperturunkan kepada Aleesya la pula :)

1 comment:

  1. inshaAllah...lama2 nanti mesti pandai adam bawa basikal

    ReplyDelete