Aleesya Memberi Semangat

" Meh! Meh! Meh ".

" Senang je Abang! ".

" Sikit lagi Abang! ".

Wahhhh... Kisah berlaku semasa Adam belajar menunggang basikal semalam. Amboi! Tergelak mama dan Abang mendengar celoteh Aleesya. Pandainya dia bercakap!

" Adik bagi semangat dekat Abang ye! ".

" Senang je abang! ".

Aleesya cakap dengan tangan turun naik. Siap melompat-lompat. Bila dia sebut " Meh! Meh! Meh! ", gaya Aleesya macam gaya sorang kakak nak mendukung adiknya. Hahhahaha!

Tak tau la dari mana Aleesya absorb semua tu. Yang pasti... Telatah Adik sangat menghiburkan!

1 comment: