Aktiviti Mengoyak Kertas

Koyak kertas? Why not! Mama suka kasi Aleesya koyak kertas. Ini kira tahap malas betul la ni. Senang kerja kan? 

Lepas tu, habis bersepah! Hahahah!

Koyak kertas free style. Aleesya belum pandai lagi kalau mama nak suruh koyak ikut saiz atau schema tertentu. Kasi can Aleesya latih jari-jemari tu mengoyak. Haaaa... silap-silap lepas ni, apa abang nak makan, adik yang tolong koyakkan. Huuuuu... Nampak gaya, abang pun kena praktis koyak kertas ni.


Untuk Aleesya, koyak je tau. Ni entry level tau. Koyak besar-besar. Nanti bila Aleesya dah expert sikit, kita suruh Aleesya koyak halus-halus ya! Gumpal-gumpal kertas belum tau lagi. Bila dah expert free style, kita bagi instructions pula.

Kenapa membazir mengoyak kertas? Bukan sengaja nak berkawan dengan setan, ini aktiviti pembelajaran. Memang best. Senang dan murah. Tak perlu preparation. Latih anak dengan motor halus dia. Exercise koordinasi mata dan tangan serentak dengan cara yang menyeronokkan! Percaya tak? Tak semua budak pandai mengoyak. Betul! 

Kata Adam, practice makes perfect. So Adam... remember to practise mengoyak kertas. Eh...

2 comments:

  1. salah satu pembelajaran kan..why not!

    ReplyDelete
  2. untuk pembelajaran apa salahnya kan, anak2 pasti suka

    ReplyDelete