Aktiviti Menampal Sticker

Si cantik manis ni suka sticker. Sama macam abang Adam dulu la. Suka betul ye. Setakat ni, mama beli sticker sekeping-sekeping ni dulu. Tengah cari sticker macam mama belikan untuk abang dulu. Tak jumpa.

Setakat ini, selamat 6 keping sticker Aleesya tampal. Sebenarnya, 2 keping tu untuk Adam. Dah adiknya suka sangat, si abang mengalah. Semua untuk adik. Haaa...


Aktiviti malam... atau


Aktiviti siang!


Layankan video di bawah...



Kenapa mama suka sangat sticker ni? Haaa... exercise si tangan kecil. Nampak jari-jari mengumpil untuk mendapatkan sticker? Lepas dikeluarkan, ditampal pula. Kan bagus tu untuk fine motor skills. Lagi pula, aktiviti sebegini tidak memerlukan persediaan. Asal ada sticker dan kertas untuk menampal. Adam dulu, mama buat satu buku khas. Binding kertas gambar. Puas la nak menampal. Kalau atas kertas macam ni, habis di tampal nanti masuk ke tong sampah.

Nanti mama buat satu ye. Cuma, kena cari sticker dulu!!!!!

1 comment: