Trend Fesyen Baju Kurung Alaf Baru

Ok. Syawal telah tamat. Tapi di sana-sini masih banyak undangan open house. Open house Bukan sekadar meraikan Syawal, tetapi untuk mengeratkan tali silaturrahim. Mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang lama tidak berhubung. Haaaa... Baju apa yang paling common untuk dipakai? Baju kurung la! Boleh dipakai di mana sahaja, siang atau malam. Langsung tak janggal berbaju kurung. Baju kurung sentiasa in! Lagi-lagi kalau kita pakai baju kurung cotton. Selesa. Tak panas. Anak mama pakai dress kain cotton. Hihihi.


Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, berbaju kurung membuatkan kita nampak lebih ayu dan sopan. Lihat la seisi keluarga beraya dengan baju kurung cotton. Ayu dan manis kan? Mood raya masih on! 


Senang! Dari pejabat terus boleh memenuhi undangan keraian ke majlis formal pada waktu lunch, petang atau malam. Juga cukup sempurna digayakan di hujung minggu. Baju kurung tidak lapuk dek zaman. Lagi pula sekarang ada banyak koleksi fesyen baju kurung moden terkini yang cantik dan segar. Contohnya baju kurung lace.

Baju kurung yang trendy menjadi pilihan bukan sahaja kepada masyarakat Melayu, tapi di terima oleh pelbagai kaum di Malaysia. Sesuai dengan trend muslimah yang semakin popular, pelbagai design baju kurung dengan citarasa moden dikeluarkan.

Terdapat banyak website online shopping Malaysia dan butik fesyen muslimah online yang menjual baju kurung moden dengan harga yang murah. Hanya perlu kuatkan iman. Kalau tidak, habis semua diborong :)





Haaaa... Nak tau satu rahsia? Kalau terdesak perlukan baju kurung, pergi sahaja ke butik-butik online yang tumbuh bagaikan cendawan. Hati-hati. Pilih lah butik yang boleh dipercayai. Macam saya, selain daripada apa yang sampai kepada kita adalah item yang betul, after sales service sangat penting! Barang yang betul mesti sampai dalam masa yang cepat. Pengalaman bershopping dengan online seller, ada seller yang barang sampai di dalam masa sehari! Tak terasa kita shopping hanya di atas talian :)

Shhhh... Ada lagi rahsia ni. Cuba lah ke zalora.com. Banyak baju rekaan designer terkenal yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Haaaa... Bila lagi nak melaram dengan rekaan designer macam ni kan! Inshaa Allah, what you get is what you see. Mana nak dapat koleksi Jovian Mandagie, Zalia dan Rizalman dengan harga yang murah? Apa tunggu lagi! Log on zalora sekarang untuk melaram di Hari Raya Haji pula!

2 comments:

  1. tak ada saiz aku la....kecik di atas besar di bawah...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli blouse atau accessories lain.

      Jam Dan mug utk Adam

      http://my-adam.blogspot.com/2013/02/review-zalora-malaysia-online-shopping.html

      Delete