Darjah Satu Pun Kena Belajar Grammar

Hari ini nak cerita pasal subjek English di sekolah. Saja belek-belek buku teks sekolah Adam. Kalau buka buku teks, nampaknya penekanan diberikan kepada kebolehan membaca Dan vocabulary enrichment. Read! Alhamdulillah... Rasanya anak mama Tiada masalah membaca Bahasa Melayu, English, Jawi Dan Al-Quran. Alhamdulillah.


Cuba la buka buku kerja English pula. Baru la nampak sesuatu yang lebih sukar. Owhhhh... Jadi... Nanti Kalau Nak study untuk exam ( read Kalau Hihihi ), better refer buku kerja Dan bukan buku teks sekolah. Hihihi. Tapi Adam suka tau baca buku teks sekolah Dia tu!


Pastu la kan... Nak cerita ni. Mommy bagi Adam jawab soalan exam English. Biasa la Google soalan. Alhamdulillah. Boleh la menjawab. Confident level Tinggi Anak mommy ni. Mommy pun sebenarnya confident la Anak mommy Boleh jawab. Tapi... Tengok di bawah :


Ahahhahah.... Ate a bag! Adam Tak tau ate tu adalah past tense untuk eat. Maksudnya... Kena ajar Adam past tense juga la? Ye! Mommy Ada ajar Adam present tense. Saje je sebenarnya. Jadi Tak Ada la ajar beria. Sekadar yang simple sahaja. Nampaknya... Memang dalam silibus mereka la ni. Huiyooooo... Memang Tak sama la dulu Dan sekarang. Dulu mommy gagap-gagap tau Nak membaca in English. Hihihi.

So lepas ni... Kena refresh sikit present tense... Kalau Adam dah confident, baru la kita move on past tense. Hebat budak darjah satu sekarang ni. 

Tak puas hati lagi ni... Belek balik buku teks Adam. Ada la past tense etc. Semua yang continuous pun Ada! Mommy je yang Tak perasan atau Tak sangka Akan Ada soalan Macam ni.


Moralnya... Check! Jangan assume. Sebab assumption boleh salah. 

1 comment:

  1. Kssr fan kssm mmg kena naikkan standart soalan dan tahap. Ada kebaikan banyak jika parents macam MA ni banyak study dan explore buku2 anak.. memang kalau kita biar je, ­čśžanak mungkin lambat sikit pick up drp kawan2 yang mak ayah usahakan sama2...

    ReplyDelete