Buah Hati Mommy


Inilah buah hati mommy. Sebenarnya, dua beradik ni panggil mommy. Sejak adik lahir, Adam kata nak panggil mommy pula. Bukan lagi mama. Hahahaha. Macam-macam! Mama ikut kan aje. Asalkan tidak salah, ikutkan aje.

Adik pula, mengikut aje. Dah abang kata mommy, dia pun mommy.

Haaaa... ini kali, berbeza dengan gambar entri sebelum ini. Ini kali, anak mama la yang minta di ambil gambar. Siap posing lagi! Pening mama sebenarnya. Boleh ambil gambar ke tidak? << entri tu dah delete atas permintaan Adam

Semasa entri ini ditaip, Adam tak balik semalaman. Huuuu... Qiammulail di KAFA. Macam mana la anak manja mama ni. Bukan biasa tidur tanpa kami. Harap-harap pengalaman bersama rakan-rakan akan lebih mematangkan Adam. 

No comments:

Post a Comment