Berkesan Ke Petua Elak Anak Conteng Dinding


Anak siapa menconteng dinding? Ahaaa! Penuh dinding dengan hasil seni anak? Nak di marah takut terbantut kreativiti. Tak Nak di marah... Makan dalam ooooo...

Alhamdulillah Adam tidak menconteng dinding. Tapi... Rumah baru telah pun mendapat sedikit sentuhan emas Aleesya. Tak Sempat mama selamatkan. Ketika itu... Kami baru pindah seminggu. Phewwww... 

Nampak sahaja Aleesya menconteng dinding, langkah seterusnya adalah membekalkan buku Dan kertas yang banyak. Conteng lah buku Dan kertas yang disediakan. Mulanya... Nampak sukar. Beberapa Kali Aleesya Macam Tak Makan saman. Dinding juga ditujunya. Beberapa Kali sesi orientasi... Akhirnya... Boleh la declare Kami berjaya. 

Kira kena gigih juga la. Kawan opis tanya masa mula-mula dinding kena conteng, " Mana Aleesya dapat marker pen? ". Haaaa... Itu lah. Dah Biasa dekat rumah, marker pen, warna pensel semuanya accessible untuk Anak-Anak. Nak pakai, Capai aje. Itu yang Aleesya pun dapat tu. Hasil training, setakat ini, hanya itu je contengan yang Ada walaupun semua marker pen, pensil colour, magic pen di letak pada tahap yang Anak-Anak Boleh Capai. Kikikiki... Dah namanya beli untuk Anak-Anak, takkan nak sorok. Haram-harap berkesan la cara ini pada Aleesya. Pada Adam memang menjadi! Ameeen ameen!  Jenguk juga Petua untuk Anak yang menconteng dinding Ye :)

1 comment:

  1. budak kreatif aleesya ni..dah pandai conteng dinding..anak sy dua2 tak pandai conteng dinding..kurang kreatif la kot.hehe

    ReplyDelete